3 MAUT JATUH GAUNG KAPIT SARAWAK

KAPIT: Menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.35 pagi Isnin. Dilaporkan sebuah kenderaan terjatuh di dalam gaung jalan Merit Kapit.

Terdapat 3 mangsa yang masih berada di dalam kenderaan. Pasukan Bomba terus bergerak ke lokasi kejadian.

Namun begitu, pihak Bomba terpaksa menggunakan kenderaan pacuan 4 roda untuk sampai ke tempat tersebut.

Jarak laluan lebih kurang 30KM dan merupakan laluan balak yang tidak dapat dimasuki menggunakan kenderaan biasa.

Setelah sampai di lokasi kejadian, didapati terdapat sebuah kenderaan berat jenis lori simen jatuh ke gaung sedalam 20 kaki dan mangsa dilaporkan tersepit.

Pasukan penyelamat kemudian memulakan kerja-kerja menyelamat menggunakan sistem takal dan hydraulic rescue tool untuk memotong bahagian yang menghimpit mangsa.

Ketiga-tiga mangsa berjaya dibawa keluar dan dibawa naik menggunakan kaedah basket stretcher.

Mangsa yang terlibat adalah lelaki, iaitu George ak Wong 33, Bunyau ak Maggie 40 dan Steven Janggai ak Bungkang 33.

Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Anggota yang terlibat dalam operasi menyelamat adalah seramai 6 anggota Bomba dan 5 anggota PDRM.

Takziah kepada keluarga mangsa

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama