MENYEWA BAJU PENGANTIN KUCHING SARAWAK

VIDEO DALAM BAHASA SARAWAK


WEDDING PLANNER KUCHING SARAWAK TERMASUK MENYEWA GAUN, SOLEKAN DAN KHIDMAT NASIHAT MAJLIS


Mula serius dalam perniagaan pada tahun 2016. Sebab permulaan saya sebagai freelance dan saya sudah terlibat dalam perniagaan ini selama 10 tahun.

Dalam bidang ini saya banyak  menolong pengantin yang bersaiz comel-comel untuk mereka mendapatkan gaun pengantin impian mereka. Sebab jika kita ingin menyewa atau buat sendiri kos akan berlipat ganda. Kedua saya banyak memberi nasihat, sebab pada pertama kali pengantin ingin berkahwin pengantin memang tiada idea dan tidak tahu dari mana nak bermula dari mana nak berhenti dan kami akan membantu memberi mereka dengan memberi pendapat dan kami akan suntik pendapat dengan mengikut cara atau kehendak mereka. Bagaimana dengan tempat letak cincin, kami bagi mereka pendapat dan kami orang akan menjadikan perkahwinannya sebagai kenangan untuk mereka dan sesuatu untuk mereka kongsikan sampai ke tua.

Antara maklumbalas pelanggan yang akan saya selalu ingat ialah pelanggan saya cakap "saya tidak akan pernah lupakan awak sampai saya tua". Sebab pada masa itu pelanggan saya pernah mengalami kemalangan dan disebabkan itu, ianya mengubah struktur muka, badan dan dalam masa yang sama matlamat saya untuk kembalikan kegembiraan, kembalikan semangat supaya dia kelihatan cantik dan sempurna pada hari istimewanya.

Antara perkhidmatan kami adalah sewaan gaun pengantin, solekan, pengayaan rambut, membekalkan aksesori perkahwinan dan perancangan majlis.

Lokasi kami adalah di di Batu Kawa dan pelanggan kami disekitar kawasan Kuching luar kuching dan termasuk seluruh Sarawak dan Semenanjung malaysia.

Pada sesiapa yang berminat untuk mengetahui perkhidmatan kami, mereka boleh hubungi kami di 60196103060 atau terus ke facebook dan instagram kami Nathalie Gosele.

whatsapp biskut murah sedap kuching
[penafian: beloya2u tidak terlibat dalam transaksi]

Sebagai Usahawan kita haruslah ada prinsip yang pertama, Senantiasa menghormati masa, kedua Berdisplin dan ketiga paling penting layanan pelanggan, sebab 3 adik-beradik ini jika salah satu hilang, susah untuk kita bangkit dan senantiasa ingat. Kita membina nama hari ini kita perlukan bertahun-tahun. tetapi untuk kita jatuh itu dalam sekelip mata sahaja. Sentiasa ingat hormat diri sendiri hormat pelanggan.

Terima kaish SME DIGITISE.

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama