KEMALANGAN LUAR BIASA "RARE" MELIBATKAN BABI HUTAN DAN BUAYA

Brunei: Berlaku di Kampung Sungai Teraban, Kuala Belait selepas stesen Minyak Brunei. Jalan Menuju ke Miri dari Brunei.

kemalangan kereta melanggar buaya dan babi hutan di brunei


Menurut individu yang memberi maklumat. Babi hutan tersebut sudah mati di tempat kejadian. Tidak dapat dipastikan punca kematian babi tersebut dan apakah spesis babi.


Buaya kemudian naik ke atas jalan raya untuk mendapatkan bangkai babi. Tetapi Malang bagi Si Bedal apabila kemudian dilanggar sebuah kereta yang kebetulan melaju di kawasan tersebut.


Buaya tersebut didapati mati di tempat kejadian setelah dilanggar oleh sebuah kereta.


Kes ini kes luar biasa dan jarang terjadi. Dinasihatkan pemandu di sekitar Borneo berhati-hati semasa memandu di kawasan persekitaran hutan.


Saya sendiri sebelum ini telah melanggar kera hutan yang tiba-tiba muncul dari arah hutan. Kes berlaku di Betong, Sarawak. Lebuhraya lebih kurang 1km sebelum sampai ke Stesen Minyak Betong.


Tidak dapat dipastikan keadaan monyet tersebut dan terdapat kerosakkan pada bahagian bawah kereta.


Ini pentanda bahawa habitat haiwan banyak terganggu. Kita berkongsi dengan mereka, namun jika berlaku gangguan habitat menyebabkan hidupan liar berpindah ke tempat lain.



Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama