KEBAKARAN RUMAH DI SUNGAI BIDUT SIBU SARAWAK

SIBU: Kebakaran Rumah jenis tidak kekal berukuran 20 x 30 kaki persegi. Dilaporkan hangus 100%.

Laporan diterima pada pukul 12 pagi 27.08.2022. Balai Bomba Dan Penyelamat kemudian bergerak ke lokasi.

KEBAKARAN berlaku di alamat lot 102 jalan Ing Guong, Sungai BIDUT, Sibu Sarawak.

Menurut maklumat BBP Sungai Merah, Rumah tersebut dihuni oleh 5 orang. Dua orang lelaki Dan tiga perempuan.

Sebanyak 13 anggota dikerahkan di lokasi tersebut dan melibatkan agensi lain seperti PDRM dan Sarawak Energy.

Selain rumah hangus 100%. KEBAKARAN juga melibatkan sebuah KERETA Jeni's Toyota Avanza Serta tiga buah motosikal.

KENDERAAN terbakar 100% yang diletak berhampiran dengan dengan lokasi kebakaran.

Anggota Bomba berjaya memadam kebakaran dengan menggunakan 1 aliran 2 nozel Sumner air pili Bomba.

Anggota Bomba turut mengawal KEBAKARAN Dari merebak ke bangunan tadika yang bersebelahan dengan punca kebakaran.

Setelah mendapati keadaan Selamat dan kebakaran padam sepenuhnya. Anggota kemudian berangkat balik ke balai.

Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

Orang ramai dinasihatkan bewaspada dengan alatan mudah terbakar dan jangan biarkan kanak-kanak bermain dengan bahan mudah terbakar.

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama