JENIS-JENIS HANTU DALAM KEPERCAYAAN MASYARAKAT IBAN SARAWAK

hantu kepercayaan orang iban


Masyarakat IBAN adalah Masyarakat Pribumi Di Sarawak. 

Seperti Masyarakat lain kaum IBAN Banyak menyimpan kisah2 seram Berkaitan dengan Hantu2 mengikut keepercayaan mereka.

Berikut Ada 3 Jenis Hantu Yang paling popular Dan sinonim dengan Masyarakat iban ini.

JENIS HANTU DARI SARAWAK


HANTU KOKLIR


(1) Antu koklir ini adalah asal Dari jelmaan perempuan Yang Mati Dalam keadaan selepas melahirkan atau semasa mengandung.

Mengikut keepercayaan orang iban perempuan Yang Mati semasa atau selepas melahirkan anak. 

Jika tidak Di buat persiapan Yang secukup nya Dan patang larang bekemungkinan besar perempuan Yang Mati itu menjelma menjadi Antu Koklir sangat tinggi.

Keganasan Antu koklir ini juga sangat digeruni kerana dikatakan sangat Suka memakan Biji Lelaki. dan sangat di takuti oleh kaum lelaki iban.

Antu koklir ini lebih kurang Sama dengan Hantu pontianak versi Masyarakat melayu.

HANTU BUYU


(2) Antu Buyu ini antara Yang paling popular Yang Sering terjadi Dalam Masyarakat Iban.  Antara Antu Yang paling kuat Dan paling Seram.

Antu buyu ini adalah jelmaan Dari binatang seperti kijang, buaya, Kera atau pun ular.

Kadang-kadang menjelma sebagai seorang lelaki atau perempuan yang sangat kacak atau cantik parasnya. bagi mengoda mangsa.

Ada pelbagai Jenis lagi Antu Buyu. Ada Jenis Yang membunuh budak-budak kecik yang belom baligh.

Ada juga membunuh kanak-kanak perempuan Yang belom akil baligh atau datang haid.

Mendamping atau menunang lelaki atau perempuan Yang belom bekahwin.

Sehinggakan perempuan atau lelaki Yang ditunang ITU hidup Dalam kecelaruan.

Menyendiri suka melakukan perbuatan Yang menyakitkan diri sendiri Dalam keadaan tidak sedar Yang akhirnya Akan membawa kepada kematian.

HANTU GERASI


(3) Antu Yang Di gambarkan dengan fizikal yang sangat besar tinggi serta sangat ganas.

Antu Yang sangat Di takuti Oleh pemburu Yang masuk ke hutan kerna digambarkn mempunyai lidah Yang panjang mampu membelit mangsa.

 Selalu menganggu orang yang masuk ke dalam hutan yang dalam atau kawasan gua- gua yang gelap.

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama