GUNA AIR PAIP UNTUK BUAT AIR DI KUCHING FEST


Cuplikan dari akaun Tiktok yang menggunakan logo Panda 🐼 menyiarkan salah satu gerai di Kuching Fest. Tidak dapat dipastikan Festival yang mana satu.

Tetapi baru-baru ini terdapat satu festival di Kuching yang mendapat liputan luas oleh sosial media.

Kelihatan pekerja sedang membancuh air dari awal video dengan memasukkan pati air atau perisa dan kemudian masukkan ais di dalam balang air. 

Namun begitu, kelihatan pekerja tersebut membuat air menggunakan air paip atau dengan kata lain air yang tidak dimasak untuk dijual kepada pengunjung.

Imej seperti ini akan memberi impak kepada keyakinan orang ramai untuk membeli air dalam mana-mana festival. Tidak yakin dengan kebersihan. 

Apa pendapatan anda? adakah anda akan membeli air daripada syarikat tersebur atau lebih suka membeli air mineral sahaja.


@beloya2u

Yakinkah kamu minum air ini?

♬ original sound - beloya2u



Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama