CARA BUAT LAPORAN DENGAN MCMC JIKA ANDA DIMALUKAN DI MEDIA SOSIAL



Artikel kali ini adalah berkaitan dengan cyberbully dan bagaimana cara untuk menghadapi masalah seperti ini. Menurut peruntukkan undang-undang Malaysia Seksyen 499 , 500 , 505 kanun keseksaan terpakai sekali seksyen 241 akta multimedia dan komunikasi atas perbuatan jenayah media sosial, seseorang itu boleh dikenakan tindakkan undang-undang dan telah melakukan kesalahan jenayah (rujukan)

Andaikata anda dimalukan atau difitnah atau dibuli atau sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah anda serta disiarkan di media sosial atau apa sahaja media yang boleh menarik perhatian orang ramai anda boleh memfailkan kes tersebut untuk tindakkan udang-undang sedia ada.

Perbuatan seperti ini boleh menyebabkan seseorang menjadi murung, takut, malu, hilang keyakinan, kredibiliti tercalar dan sebagainya. Undang-undang Malaysia melindungi pengguna media sosial dari pembuli-pembuli ini.

Mungkin ada antara mangsa tidak mampu untuk melantik peguam tetapi sudah membuat laporan polis berkaitan kes yang dihadapi. Anda sebenarnya juga boleh melaporkan kes seperti ini di SKMM dan anda tidak perlu pergi ke pejabat SKMM. Anda hanya lakukan secara atas talian. Hanya guna telefon bimbit, mudah, cepat dan percuma.


BERIKUT ADALAH LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT ADUAN DENGAN SKMM

BACA SAMPAI HABIS SEBELUM ANDA MEMBUAT TINDAKKAN


LAMAN SESAWANG

Terlebih dahulu anda masuk ke laman sesawang SKMM di https://aduan.skmm.gov.my. Anda klik pada aduan baru/New complaint

JENIS ADUAN

Anda mempunyai dua pilihan, iaitu laporan atau memberi maklum balas. Jika kes anda berkaitan dengan kes buli di internet, anda pilih laporan (complaint).

PILIHAN MEDIA

Langkah seterusnya anda membuat pilihan dimanakah kes berlaku. Adakah di whatsapp, facebook, twitter, Instragram atau web atau apa sahaja yang berkaitan dengan multimedia. Jika ianya berkaitan sosial media anda pilih social networking dan anda seterusnya akan diberi pilihan jenis media sosial yang terlibat.

JENIS KES

Kemudian anda membuat pilihan berkaitan dengan kes anda. Adakah ianya berita palsu, penghinaan, kebencian, memalukan dan sebagainya. Baca semua pilihan sebelum anda membuat keputusan untuk membuat pilihan.

MAKLUMAT PENGADU

Selepas itu, langkah seterusnya anda masukkan maklumat peribadi anda untuk rujukan pihak SKMM.

LAMPIRAN BUKTI

Bahagian ini amat penting. Anda perlu menyediakan bukti yang kukuh dalam bentuk pautan (link), tangkap layar (screenshot) ataupun cetakkkan atau video atau gambar. Gunakan apa sahaja yang boleh menguatkan bukti anda.

SEMAK ADUAN

Selepas semua langkah di atas dilakukan. Anda boleh bila-bila masa menyemak aduan anda di laman tersebut. 


✅✅✅✅✅✅✅
SKMM memaklumkan bahawa ini merupakan cara yang betul untuk membuat aduan. Membuat tag atau hashtag (#SKMM) tidak akan membantu. Anda boleh lakukannya. DAN jangan lupa untuk kongsikan artikel ini dengan jiran sebelah. Anda juga boleh komen dibawah jika terdapat sebarang cadangan atau maklum balas.



Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama