BAGAIMANA NAK JIMAT PETROL |
Ada yang menggunakan alat jimat bahan api atau petrol untuk mendapatkan penjimatan tetapi akhirnya kena tipu. Yang membeli tertipu dan yang menjual tak tahu. Bantai jual jer. Penjimatan berasaskan keyakinan sahaja dan bukan dari hasil kajian yang sahih.
Cara jimat minyak motor bukanlah dongengan, tetapi memang ada. Di dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan 6 tips jimat petrol 2020.
WAKTU MENGISI PETROL
Tahukah anda, panas akan menyebabkan molekul bergerak dengan cepat dan akhirnya menyebabkan pengembangan. Manakala, suhu sejuk akan menyebabkan molekul bergerak perlahan dan akhirnya berlaku pengucupan. Teori ini bersandarkan kepada ilmu Fizik.
Waktu yang sesuai mengisi petrol adalah sewaktu suhu sejuk. Biasa waktu sejuk adalah awal pagi atau akhir malam. Dengan teori kita dapat mengisi lebih banyak petrol sewaktu suhu sejuk.
SELENGGARA KENDERAAN
Kenderaan yang diselenggara dengan baik akan memberi kelancaran kepada pemanduan. Antara perkara penting yang harus dijaga oleh pemilik kenderaan adalah minyak hitam, penapis minyak hitam, penapis minyak petrol, tekanan angin tayar dan sebagainya.
Minyak hitam terutamanya perlulah ditukar tepat pada masanya supaya hayat enjin lebih tahan lama dan kuasa pecutan masih kuat. Penapisa minyak hitam biasanya ditukar bersama dengan minyak hitam tetapi penapis minyak petrol jarang yang mengetahuinya. Periksa penapis minyak petrol, sebab di situ boleh menghasilkan penyakit besar kepada enjin.
Kelancaran pemanduan akan menggunakan petrol yang sedikit dan pemanduan yang tidak lancar akan menggunakan petrol yang banyak untuk menampung tenaga berlebihan.
METOD BELIAN PETROL
Biasanya yang ini orang pandang sambil lewa, padahal penjimatan yang boleh diperolehi banyak sekali. Saya sendiri selalu mendapat minyak percuma dan harga rendah kerana menggunakan metod belian petrol yang betul. Bayangkan anda mendapat rebat setiap kali membeli petrol.
Sekarang ini, Petronas telah melancarkan aplikasi setel dan menjadi trend pada masa sekarang. Anda jimat pengisian petrol, mendapat rebat serta mendapat pulangan tunai yang banyak. Jangan tunggu lama-lama. Nah!!! saya bagi link [MUAT TURUN SETEL].
Nak dapat lebih lagi? guna Referal kod ini: p64gf
MATIKAN ENJIN
Duduk dalam kenderaan dengan penghawa dingin yang nyaman memang mempersonakan. Tetapi tahukah anda semasa kenderaan berhenti, minyak tetap digunakan untuk menggerakkan enjin, sistem penghawa dingin dan sebagainya.
Oleh itu, pemandu atau pemilik kenderaan jika menunggu penumpang. Dinasihatkan mencari tempat yang redup dan matikan enjin kenderaan dan hidupkan enjin jika perlu sahaja.
SIKAP PEMANDUAN
Ini merupakan punca utama dalam banyak-banyak punca penggunakan petrol tinggi. Sekali gus tiada penjimatan minyak atau petrol. Memecut dengan tiba-tiba dan memberhentikan kenderaan dengan tiba-tiba serta menekan minyak berulang-ulang dalam keadaan kenderaan statik menggunakan petrol yang banyak. Barangkali seronok dengar bunyi ekzos tetapi sebenarnya minyak anda juga berlaku pembakaran.
Oleh sebab itu, jadilah pemandu yang berhemah. Kesannya banyak. Anda akan dapat jimat petrol kenderaan, jimat duit, disayangi masyarakat dan yang penting jiwa yang tenang.
UBAHSUAI KENDERAAN
Tayar pengkang, ekzos besar, spring dipotong, wayar dalaman di tambah, speaker besar di dalam bonet, rim berkilat 20kg dan sebagainya menjadikan seorang pemilik kenderaan berasa puas dan seronok. Tahukah anda, mahal harga keseronokkan tersebut. Selain membeli alat tambahan, pemilik kenderaan juga akan menangguna penggunaan petrol yang berlebihan kerana penambahan tersebut akan mengganggu kelancaran pemanduan kenderaan.
Beban yang ditanggung kenderaan bukan sahaja memberi kesan kepada petrol tetapi juga hayat kenderaan itu sendiri. Dinasihatkan untuk tidak mengubahsuai kenderaan anda berlebihan.
Saya kongsikan pengalaman saya sendiri, Saya dahulu menggunakan rim sport. 5 Bintang. Minyak jangan cakap. Macam air. Suatu hari saya mengambil keputusan menggunakan rim original. Dan keputusan yang saya dapat adalah, saya dapat jimat banyak petrol. Mulanya saya tidak faham bagaimana perbezaan ini terjadi. Rupa-rupanya berat dan rekaan rim original dan rim lain di pasaran tidak sama.
Semoga senarai tips penjimatan petrol yang saya kongsikan memberi mafaat kepada anda semua. Jangan lupa, kongsikan artikel ini dengan kawan-kawan. Makaseh
Tags
IDEA