PUNCA-PUNCA KEGEMUKAN MENDADAK

kegemukkan
SEBAB GEMUK?

Ada orang cakap gemuk merupakan pilihan dan ada yang kata gemuk itu tiada pilihan. Apa pun orang kata, mereka tidak berada di dalam situasi orang yang mengalaminya. Sebab orang suka nak mengata-ngata. Mungkin aku, engkau dia, mereka pun sama. he he he

Apakah punca gemuk mendadak? Kegemukan mendadak ini berlaku atas banyak sebab. Ada juga yang kurus mendadak. Apakah puncanya? Adakah makanan beminyak menyumbang kepada gemuk mendadak? Adakah nasi punca gemuk? Adakah susu punca gemuk? Adakah garam menggemukkan?. Ini semua adalah kemungkinan manusia cepat gemuk.

Semakin hari semakin gemuk? berikut adalah faktor atau punca gemuk.

SEBAB-SEBAB KEGEMUKAN


HORMON

Perubahan hormon secara mendadak boleh mennyebabkan kegemukan.  Hormon ini bertindak balas atas pelbagai sebab dan sebab yang paling utama adalah stress atau tekanan perasaan.

PERSEKITARAN

Dengan orang sekeliling, tempat kerja, kawan-kawan, keluarga atau apa juga persekitaran yang mengganggu emosi kita yang juga menyebabkan pemakanan serta tidur tidak teratur boleh menyebabkan kegemukan yang mendadak. Dalam keadaan tertentu, makan adalah ubat kepada persekitaran yang tidak nyaman atau telalu nyaman.
_______________

_______________

GAYA HIDUP

Kesibukan dalam kehidupan seharian menyebabkan kita hilang tumpuan dan tiada masa untuk bersenam. Tidur tidak mencukupi dan makan secara berlebihan. Pengambilan alkohol dan sebagainya. Gemuk tidak semestinya besar. Perut boroi pun gemuk tau. Nampak kurus tetapi gemuk.

MAKANAN

Pengambilan makanan yang tidak seimbang adalah punca gemuk. Bukan tidak makan daging atau ayam atau sosej. Kerbau yang makan rumput sahaja pun gemuk tau. Jadi pemakanan kena seimbang dan pengambilan mengikut masa. Ada maklumat mengatakan makan sedikit-sedikit bagus untuk mengawal nafsu makan. Tapi, bukankah sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Tak membukit ka perut tu?

UBAT-UBATAN

Ini adalah faktor yang paling drastik punca gemuk mendadak dan kurus mendadak. Bergantung kepada penerimaan individu itu sendiri. Pil perancang kehamilan dikatakan merupakan punca gemuk mendadak, tetapi sebenarnya ianya berbalik kepada gaya hidup. Kalau setakat pil yang merancang dan engkau tak merancang. Tak ada maknanya. Pengambilan vitamin yang berlebihan juga menyebabkan kegemukan. Tetapi berbalik kepada faktor tubuh badan sendiri.


KESIMPULAN


Kesimpulannya, kegemukan atau gemuk yang mendadak adalah disebabkan oleh tidak cukup tidur, pemakanan tidak teratur, pengurusan stress berterabur, kurang bersenam dan malas membaca. Ada pulak malas membaca ya?. Yela, asyik merungut gemuk tetapi nak cari informasi nak kurus taknak. Orang bagi tips kurus cakap mustahil. Semuanya bergantung kepada diri anda sendiri.

Allah tidak akan mengubah suatu kaum itu melainkan mereka sendiri hendak berubah.





SEKIAN


Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama