اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA.. JANGAN LUPA SUBSCRIBE YOUTUBE BELOYA TV DAN LIKE, FOLLOW SERTA SEE FIRST FACEBOOK PAGE BELOYA2U.COM UNTUK NOTIFIKASI PANTAS. SEMOGA ANDA TIDAK KETINGGALAN DENGAN LIVE PERKONGSIAN ILMU SERTA INFO YANG MENARIK

HIDUP ADALAH SEBUAH PERJUANGAN

Hidup adalah sebuah perjuangan yang tidak akan selesai sampai bila-bila. Tiada nokhtah perjuangan sehingga denyut nadi kita berhenti. Sehingga roh terpisah dari badan. Perjuangan dalam kehidupan bukanlah mudah dan bukanlah sukar sekiranya kita punya ideologi yang jelas dan pasti.

Pejuangan bukanlah sekadar untuk suvival diri sendiri atau suvival orang lain. Perjuangan adalah subjektif. Tetapi untuk bejuang, ianya adalah bermula dari diri sendiri. Bermula dengan sikap. Sikap kita berhadapan dengan masalah, sikap kita berdepan dengan kemenangan, sikap kita berdepan dengan kekecewaan dan segala sikap yang berhadapan dengan situasi dalam kehidupan.

Apa yang paling penting adalah sikap sentiasa tenang menghadapi segala yang berada di hadapan. Tidak perlu gelojoh. Tetapi cekap dalam membuat tindakkan.

Kita adalah manusia yang dicipta dengan pelbagai paras rupa, budaya, kepercayaan dan bangsa untuk saling mengenali antara satu sama lain. Saling mengenali antara satu sama lain adalah bermakna untuk memahami antara satu sama lain. Saling belajar untuk memberi yang terbaik. Mungkin kadang-kadang perbezaan itu membuatkan kita bertelagah, maka carilah persamaan. Tenangkan hati dan ingatlah bahawa hidup ini tidak lama.

Sekadar coretan dari hati.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.