اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

LELAKI DI AMBANG BAHAYA DAN WANITA KENA BERSEDIA



PBB menerbitkan Laporan Demografi suku pertama 2019

Ada 7.7 Billion orang di planet bumi ini. 

Laporan menunjukkan:

 Wanita = 5.6 Billion
 Lelaki = 2.1 Billion

Jadi, mereka menyarankan wanita untuk berhati-hati dalam menunjukkan sikap kepada para lelaki kerana :-

Dari 2.2 Billon lelaki:

• Satu billion sudah menikah.
 • 130,000 berada di penjara.
 • 70,000 sakit jiwa.

Itu bererti bahawa bumi ini hanya memiliki 1 billion lelaki yang ada untuk menikah, dan ratio jumlah lelaki dan wanita adalah nisbah 1 : 4.

Dan perlu diketahui dari 1 Billion lelaki itu :

 • 50% menganggur
 • 3% adalah gay
 • 1%  duda tak nak nikah
 • 10% saudara anda
 • 35% berumur 66 tahun keatas

Jadi salah satu jalan keluarnya seperti yang di anjurkan dalam Islam, bagi para lelaki yang mampu silakan melakukan POLIGAMI hinga memiliki 4 isteri, agar tidak ada lagi wanita yang tidak memiliki pasangan hidup.

Jadi, bagi para wanita baik yang sudah menikah maupun yang masih belum bernikah, mulai sekarang anda harus menjaga lelaki sebaik baik nya.

Untuk detail, kunjungi laporan demografi PBB
 http://www.worldometers.info/world-population

https://www.worldometers.info/world-population/world-population-gender-age.php

NASA BERI AMARAN ASTROID BESAR MEMUSNAHKAN BUMI



AGENSI Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik (Nasa) memberi amaran bahawa asteroid besar mampu menghentam Bumi pada bila-bila masa semasa kita masih hidup.

Selain itu Nasa juga menyeru supaya kajian global tentang ancaman asteroid terhadap planet Bumi dilakukan.

Administrator Nasa Jim Bridenstine percaya, prospek asteroid akan memusnahkan kehidupan manusia dengan menghentam Bumi bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau dilihat sebagai adegan sains fiksyen seperti dalam filem Hollywood.

Sebaliknya Bridenstine berkata Amerika Syarikat (AS) perlu memperkuatkan pertahanannya dalam berdepan ancaman meteor.

Kenyataan ini disampaikannya dalam Persidangan Pertahanan Planetary 2019 di Washington DC, Isnin.

Gesaan ini dibuat ketika Nasa, Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan dan pihak-pihak lain akan melakukan latihan pertahanan di persidangan itu yang melakukan simulasi apa akan terjadi jika asteroid menuju ke Bumi.

“Kita harus pastikan semua orang faham bahawa ini bukan tentang Hollywood, ini bukan tentang filem.

“Ini tentang melindungi satu-satunya planet yang kita tahu, saat ini menampung kehidupan dan ia adalah planet Bumi,” kata Bridenstine semasa persidangan tersebut, memetik Daily Mail, Rabu.
Dia memberi contoh kes di kota Chelyabinsk, Rusia untuk membuktikan peningkatan keseriusan dan potensi untuk berlakunya lagi peristiwa-peristiwa seperti ini.

Meteor tersebut yang terbakar jatuh ke Bumi pernah melintasi pergunungan Ural selatan pada Februari 2013.

Ia merupakan peristiwa meteor jatuh ke bumi terbesar yang tercatat lebih dari satu abad, setelah peristiwa Tunguska tahun 1908.

Lebih dari 1,600 cedera akibat gelombang ledakan itu yang mana kekuatannya dianggarkan sekuat letupan 20 bom atom Hiroshima.

Dalam peristiwa di Chelyabinsk, asteroid berukuran sekitar 100 kaki atau 30 meter melewati Bumi dan ia dikenali sebagai Duende.

Bridenstine berkata nasib baik Duende hanya lalu sahaja, namun kemungkinan akan kembali pada 2123.

Walaupun peristiwa seperti itu dijangka berlaku sekali dalam setiap 60 tahun, Bridenstine berkata ia telah berlaku sebanyak tiga kali dalam 100 tahun terakhir.

Melihat apa yang telah berlaku itu, dia berkata peristiwa serupa boleh berlaku dalam hidup kita pada masa depan.

“Saya sebut peristiwa ini luar biasa unik, tapi sebenarnya tidak,” kata Bridenstine.
Bridenstine berkata pertahanan planet sama penting dengan misi-misi Nasa yang lain, seperti mendaratkan manusia di bulan.

Dia menambah, Nasa sedang berusaha untuk mengesan dan mengkaji 90 peratus asteroid terdekat yang berukuran 459 kaki atau lebih besar, yang dapat menyebabkan kerosakan teruk ketika hentaman.
Sebahagian daripada usaha Nasa untuk mempertahankan Bumi daripada asteroid termasuklah misi Double Asteroid Redirection Test (DART), yang dijadualkan pada Jun 2021, termasuk bantuan dari SpaceX milik Elon Musk.

Misi inovatif ini akan menjadi usaha pertama yang ditunjukkan untuk membelokkan asteroid dengan cara menembak objek ke asteroid sasaran melalui kecepatan tinggi.
Setelah diluncurkan dari pangkalan Angkatan Udara Vandenberg California di atas roket Falcon 9 pada 2021, pesawat DART diharapkan mencapai objek Didymos pada Oktober 2022, ketika jaraknya 6.8 juta batu dari Bumi.

DART akan mensasarkan Didymos asteroid dekat Bumi, yang berukuran sekitar 2.600 kaki.
Sumber: Mstar Online

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.