COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

PESANAN ROH KEPADA MANUSIA

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.

Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah saw bersabda:

Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah saw lagi:

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail as akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail as "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail as akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah swt menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah swt " Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah swt dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah swt.

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu. " Sebaik saja mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah swt. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah swt maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar ra telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar ra:

"Roh itu menuju ketujuh tempat:-
  1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
  2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
  3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
  4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
  5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
  6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
  7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah saw: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

  • Orang-orang yang mati syahid.
  • Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
  • Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Renungkanlah.....

Sila panjangkan (share) kisah ini kepada semua saudara islam kita.

Tak Perlu Meminta Izin.. Silakan Share & Sebarkan, Semoge Ianya Membawa Manfaat Bersama

MAAF!!: UNTUK AKIL BALIGH SAHAJA

Maaf. Untuk yang dah akil baligh sahaja

Satu hari Abg semaun menemui doktor pakar sakit lelaki.

Abg Semaun : Selamat pagi doktor.

Doktor : Selamat pagi, kenapa dengan awak maun.

Abg semaun : Doktor jangan ketawa ye?

Doktor : Of course not, saya profesional. (jawab doktor serius)

Abg semaun lalu menanggalkan seluarnya sehingga kelihatan anunya sebesar jari kelingking.

Doktor (menahan gelak tidak tertahan) : Jadi.....jadi sakitnya apa?

Abg semaun : itulah doktor, sudah satu minggu anu saya bengkak dan semakin besar.

Doktor : hahahhahaa sori2


BACA FAHAM!!: ANDA TERKAPAI JIKA TIADA MATLAMAT

Barapa orangkah antara kita yang melontarkan persoalan apakah makna kehidupan ini? Apakah tujuan kita dilahirkan di bumi ini dan apakah fungsi kita di alam ini? Apakah kita dihadirkan di alam ini untuk tujuan tertentu? Siapakah yang menghadirkan kita?

Setiap sesuatu mempunyai fungsinya sendiri dan tanggunjawab bergantung kepada kelebihan yang diberi oleh sang pencipta. Untuk menyusun atur hidup ini lebih konsisten dan rapi hendaklah kita mengaturcara matlamat kita. Tiada matlamat hidup umpama tiada arah tujuan kehidupan. Salah matlamat hidup umpama menempah kemusnahan dan kemudaratan di masa hadapan sama ada di masa hidup atau di alam kematian.

Dalam menghadapi arus kehidupan yang semakin konpetitif, semakin banyak perkara yang hendak dicapai dan pelbagai azam di olah dan di ukir untuk dicapai. Apakah azam tersebut bertepatan dengan landasan matlamat hakiki kehidupan kita pada hari ini?

Di dalam dunia perniagaan, kita hendaklah meletakkan visi dan misi perniagaan kita bagi mengemudi perniagaan kita ke arah yang lebih baik dan konsisten bersesuai dengan visi dan misi perniagaan. Di sini saya akan bincangkan mengenai visi dan misi. Apakah perbezaan Misi dan Visi?

Misi bermaksud tugas khusus yang dipertanggungjawabkan kepada atau yang akan dilakukan oleh seseorang atau berkumpulan, manakala visi bermaksud wawasan (sumber)

Apakah perbezaan makna Misi dengan Visi?

Misi bermaksud tugas khusus yang dipertanggungjawabkan kepada atau yang akan dilakukan oleh seseorang atau sesuatu kumpulan, seperti Misi organisasi contohnya "Mengadakan kemudahan pengankutan udara dan perhubungan yang paling akrab dengan keperluan negara". Visi bermaksud tanggapan dan pandangan yang jauh dan mendalam terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan masa depan dan sebagainya, atau disebut juga sebagai wawasan. Contohnya, Pemimpin yang mempunyai keperibadian yang utuh serta visi dalam kepimpinan.  (sumber)

Apakah maksud Visi dan Misi?  (sumber)

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, makna perkataan visi dan misi adalah seperti berikut:

Visi

Tanggapan dan pandangan yang jauh dan mendalam, terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan masa depan dan sebagainya, wawasan: pemimpin yang mempunyai keperibadian yang utuh serta -dalam kepimpinan; Pak Arena menganggap - itu penting dalam penulisan sebab tanpa - seseorang tidak boleh menjadi penyair, tidak boleh menjadi seniman;

Misi

Perwakilan dari sesebuah negara ke negara lain untuk sesuatu tugas; 2. urusan bukan penyiaran agama Kristian; 3. Tugas khusus yang dipertanggungjawabkan kepada atau yang akan dilakukan seseorang atau kumpulan: ~ Organisasi saya ialah mengadakan kemudahan pengankutan udara dan perhubungan yang paling akrab dengan keperluan negara.

Anda boleh rujuk sumber yang saya sertakan bagi memudah pemahaman pembaca.

LUAHAN HATI SEORANG PENJUAL BARANGAN WANITA

Ini merupakan cerita dari seorang kawan yang menjual barangan wanita. Lepak-lepak di kedai kopi lepas tu borak-borak cerita-cerita dan isu semasa. Tak ketinggalan juga isu akhirat. Saya hanya kongsikan apa yang dia luahkan pengalaman dia menjual barangan wanita suatu ketika dahulu. Sekarang dia dah berhenti dah buat jualan barangan wanita atas sebab-sebab tertentu selain dia sudah menemui perniagaan lain yang lebih menguntungkan.

Nak di jadikan cerita.. Dia merupakan seorang pekerja di sektor kerajaan selain membuat perniagaan sendiri secara kecil-kecilan. Oleh kerana beliau selalu ulang-alik ke Kuala Lumpur maka timbul idea beliau untuk membuka kedai barangan wanita yang berupa sumpin, tudung, pakaian wanita fesyen terkini dan pelbagai lagi keperluan wanita.

Pada suatu ketika, Beliau berjumpa dengan seorang teman dan berbincang mengenai perniagaan. Entah mengapa topik perniagaan beliau menjadi bualan hangat mereka berdua. Apa yang dijual oleh beliau merupakan perkara yang akan beliau bawa hingga ke mati. Mengapa jadi begitu?



Sebagai orang islam kita tidak boleh menjual arak kerana Islam melarang penganutnya menjual arak selain larangan berjudi. Perkara tersebut jelas sekali dan kerajaan telah menggezetkan orang islam tidak boleh memohon lesen untuk perniagaan tersebut. Apa kaitannya dengan perniagaan beliau?

Menjual sumpin dan barangan wanita yang berupa fesyen masa kini merupakan subhat. Saya bukan pandai sangat bab-bab agama. Tetapi apa yang di luahkan beliau ialah, sumpin jika dijual kepada wanita muslim akan mendorong wanita muslim untuk tidak memakai tudung dan baju-baju wanita yang berupa fesyen masa kini yang berupa baju singkat akan mendorong wanita muslimah untuk memakainya di khalayak ramai dan ini menyumbang kepada keterbukaan aurat terhadap wanita.

Akibat daripada itu, dosa yang beliau akan tanggung berlipat kali ganda dari keuntungan yang beliau perolehi. Perniagaan tersebut umpama mengajak mulimah untuk berpakaian tidak menutup aurat. Bayangkan berapa banyak dosa yang dia tanggung kerana menyumbang kepada keterbukaan aurat muslimah. Jika baju tersebut dipakai oleh seorang muslimah maka satu dosa yang dia tanggung dan jika baju tersebut dipinjam lagi kepada seorang lagi muslimah maka dia sudah menanggung 2 dosa dan jika baju tersebut dijadikan idea orang lain untuk membuat baju yang sama maka berlipat kali ganda dosa beliau. Jika muslimah menggunakan baju tersebut sepanjang hayatnya bagaimana?

Beliau amat menyesali perbuatannya kerana menceburi perniagaan tersebut dan beliau amat bersyukur kerana menyedari lebih awal mengenai kesilapan tersebut. Beliau tidak mahu kerana perniagaan tersebut beliau lebih banyak melahirnya muslimah yang berketerampilan tidak menutup aurat.

Beliau kemudian menyambung.. Seandainya diberi kesempatan dan kekuatan, beliau ingin sekali menegur muslimah dan muslimin yang aktif menjual barangan wanita tidak kiralah kanta mata, baju fesyen terkini dan pelbagai lagi produk yang mungkin boleh menyebabkan mereka tergolong dalam golongan yang  membawa orang lain disambar api neraka dan sekali gus membawa peniaga tersebut bersama golongan tersebut kerana sumbangan yang diberi dalam urusan perniagaan tersebut.


DOWNLOAD DOKUMEN INI DAN PRINT SERTA SEBARKAN JIKA KAMU RASA IANYA MENAFAAT
KLIK =SINI= UNTUK MUAT TURUN DOKUMEN

SUBAHANALLAH: SAYA BENCI MENGGUNAKAN HIJAB!!

SAYA BENCI MENUTUP AURAT!!!!

SAKSIKAN VIDEO DI BAWAH INI SEBELUM ANDA MEMBEBEL!!!



USAHAWAN SARAWAK BACA TOK, JANGAN SIK BACA

Jalan-jalan di alam maya membawa saya di suatu tempat yang menarik hari ini dan saya ingin kongsikan perkara ini dengan pembaca-pembaca yang rajin membaca untuk menimba ilmu dan pengalaman.


Ini berita baik untuk usahawan-usahawan Sarawak. Untuk menjadi usahawan, anda hendaklah rajin. Rajin dalam pelbagai perkara. Perkara yang penting sekali ialah anda perlu berfkiran terbuka dan  tidak jemu berusaha dan bukan hanya berpeluk tubuh.

Apa yang saya hendak kongsikan di sini ialah tentang laman web yang diwujudkan oleh kerajaan sarawak untuk membantu usahawan-usahawan tempatan dan anda WAJIB mengisi borang yang disediakan dalam web tersebut. Sebelum itu, saya akan kongsikan beberapa perkara mengenai laman web tersebut antaranya ialah fungsi-fungsinya. Fungsi laman web itu diwujudkan ialah bagi merangka dan menyelaras dasar, strategi, pelan pelaksanaan serta pemantauan pembangunan usahawan, membudayakan dan menggerakkan keusahawanan dalam kalangan masyarakat umum melalui program dalam sektor berimpak tinggi, mengenalpasti dan membangunkan produk bernilai tinggi, peluang perniagaan, promosi dan pemasaran dan menjadi pusat rujukan utama keusahawanan.


Visi ianya diwujudkan ialah
menjadi peneraju utama transformasi keusahawanan ke arah masyarakat sejahtera berpendapatan tinggi. Manakala Misi pula ialah membudayakan keusahawanan, membangunkan masyarakat perdagangan berpendapatan tinggi yang berintegriti dan berdaya saing menerusi program-program keusahawanan berteraskan kreativiti dan inovasi.

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh laman web tersebut. Daftar lah dulu yer.. pastu terjah ler satu-satu kolum yang disediakan untuk mengetahui objektifnya, struktur dan sabagainya.
Sila Klik SINI untuk pendaftaran.

TERLEBIH ILMU NAMPAK GILA TAPI... DOT DOT..

Hari ini Bandaraya Kuching diselubungi hujan bermula dari pagi sampai ke petang. Di harapkan tidak berlaku banjir di sekitar Bandaraya Kuching. Kelmarin sepetang bersama rakan-rakan membincangkan isu ketuhanan dan ilmuan memberi sedikit gambaran dan jawapan kepada persoalan-persoalan yang lepas. Saya terbuka hati untuk berkongsi dengan pembaca beloya2u.com. Diharap ianya memberi menafaat kepada rakan-rakan pembaca.

Ilmu adalah terlalu luas dan manusia hanya boleh memiliki sedikit sahaja, umpamanya hanya mampu menguasai setitis air dari lautan yang luas. Ilmu tasawuf misalnya adalah ilmu peringkat tertinggi dalam menguasai kalimah-kalimah Allah.

Ilmu trikat misalnya mempunyai kelebihannya sendiri sehingga ada yang lupa tentang dunia akibat terlalu cinta yang padu kepada yang Esa. Cinta hakiki dan abadi. Peringkat-peringkat ini memberi pandangan yang berbeza dari individu yang hanya menguasai ilmu dalam peringkat tertentu sehingga ada yang mengeluarkan kata-kata gila pada individu yang menguasi ilmu tertinggi.

Sebenarnya saya tertarik dengan perbincangan kami mengenai teknologi zikir yang sekian lama saya analisis bersama rakan-rakan yang lain di dalam group khas dalam laman sosial. Saya coretkan sedikit kisah-kisah zikrullah yang boleh membuatkan manusia terpegun mendengarnya. Antara kisah-kisahnya adalah kisah Nabi Sulaiman a.s. Dimana kisah ini adalah pertembungan seorang imam (manusia) dengan bangsa jin yang terkuat iaitu jin ifrid. Bertembungan ini berikutan arahan Nabi Sulaiman a.s untuk memindahkan istana Puteri Balqis. 

Jin Ifrid menyatakan bahawa beliau boleh memindahkan istana Puteri Balqil dengan cepat iaitu sebelum baginda Nabi Sulaiman a.s bergerak dari tempat duduknya manakala imam tersebut pula menyatakan bahawa beliau boleh memindahkan istana Puteri Balqis sebelum mata baginda Nabi Sulaiman a.s berkedip dan imam tersebut berjaya memindahkannya dalam sekelip mata. Persoalannya di sini ialah apakah ilmu yang dimiliki oleh imam tersebut sehingga mampu melakukan perkara tersebut. Kebanyakkan perbincangan kami dan risalah-risalah orang terdahulu menyatakan bahawa ianya adalah zikrullah.

Setiap kita yang lahir di muka bumi ini melalui rahim ibu mempunyai zikrullah tersendiri dan untuk menemui zikrullah tersebut adalah dengan mendekatkan diri kepada Allah swt. Apakah caranya adalah bergurulah dengan orang yang betul yang mengamalkan ilmu tanpa mengenepikan al-quran dan sunnah.

Untuk melahirkan zikrullah adalah dengan getaran angin yang bergerak dari bibir dan lidah. Getaran ini memberi impak kepada hati iaitu memberi kebersihan dalam hati. Ilmu getaran dalam ilmu yang terlalu dalam untuk difahami. Setiap yang ada di bumi mempunyai jisimnya sendiri dengan ketumpatannnya sendiri. Getaran yang betul boleh mengubah jisim tersebut dan ilmu tersebut adalah dari pencipta alam yang memiliki kerajaan langit dan bumi.

Tingkat ilmu tertinggi ini tidak semua orang mampu melakukannya kerana manusia-manusia hari ini lebih banyak terpesona dengan dunia daripada akhirat walaupun semua manusia tahu bahawa alam dunia hanyalah sementara kerana semua makhluk bernyawa di muka bumi ini akan mati dan semua tidak terkecuali. Kematiannya pula tidak akan dilewatkan bahkan tidak akan dilengah-lengahkan.

Pemahaman kita mengenai ilmu adalah apa yang kita lakukan sekarang.

WHAT!!!: TUDUNG VS PERANGAI


Terlebih dahulu saya ingin berbicara apa itu tudung dan mengapa orang islam menggunakan tudung. Berikut ialah mengapa wanita perlu bertudung:
  1. Menjalankan syi’ar Islam.
  2. Berniat untuk ibadah.
  3. Menutup aurat terhadap yang bukan muhrim.
  4. Karena saya ingin ta’at kepada Allah yang telah menciptakan saya, menyempurnakan kejadian, memberi rezki, melindungi, dan menolong saya.
  5. Kerana saya ingin ta’at kepada Rasul-Nya, pembimbing ummat dengan risalah beliau.
  6. Untuk memperoleh Redha Allah (InsyaAllah) .
  7. Merupakan wujud tanda bersyukur atas nikmat-Nya yang tiada putus.
  8. Seluruh ulama sepakat bahwa hukum mengenakan tudung itu wajib.
  9. Agar kaum wanita menutup auratnya.
  10. Bukan karena mahu bergaya.
  11. Bukan karena mengikut trend.
  12. Bukan karena berlagak baik.
  13. Bukan kerana mahu menyembunyikan dosa
  14. KLIK SINI untuk 101 sebab mengapa perlu menggunakan tudung
Setelah pembaca memahami mengapa perlu memakai tudung maka seterusnya kita fahami apakah itu perangai atau dalam bahasa englishnya Attitude atau dengan kata lain personaliti.

Definisi personaliti
personaliti adalah organisasi sistem psikologikal yang dinamik di dalam jiwa individu itu sendiri. Manakala pada pandangan Crow (1983) menyatakan personaliti adalah perwatakan fizikal ,corak pertuturan dan daya penarik yang dimiliki oleh individu itu sendiri.Gage dan Berliner (1984) pula menyatakan personaliti adalah segala aspek tingkah laku manusia kerana ia merupakan motif,sikap, pendapat ,kepercayaan ,pemikiran kognitif,emosi danciri-ciri seorang.

Realiti tudung dan sikap
Apabila seseorang muslimah menggunakan tudung pastinya semua orang berfikir bahawa dia adalah seorang yang baik dan yang tidak memakai tudung adalah seorang yang tidak baik. Itu adalah mentaliti yang tidak matang. Baik atau tidak seseorang itu adalah urusan yang esa. Tahukah kamu suatu masa dahulu penemuan muslimah memakai tudung tetapi di sebalik tudung itu terjuntai loket atau rantai yang melambangkan agama lain.

Namun begitu, seseorang yang menggunakan tudung dengan perangai yang tidak baik maka janganlah pula dipersalahkan tudung tersebut kerana dia sedang menunaikan tanggungjawabnya sebagai muslim dan yang tidak memakai tudung sudah tentu melarikan diri dari tanggungjawabnya. Umpamanya kita menyalahkan solat atau menyalahkan yang esa kerana sikap seseorang selepas menunaikan solat. Tetapi adalah orang yang menunaikan solat tersebut lebih baik dari orang yang tidak menunaikan solat atau dengan erti kata lain orang yang menggunakan tudung itu lebih baik dari orang yang tidak menggunakan tudung.

Tetapi, Orang yang mengumpat itu pastinya sedang menuai dosa daripada orang yang berdiam sahaja dan mengelak daripada aktiviti mengumpat.

Cuba anda tafsirkan sendiri setuasi berikut:

Situasi A:
Seorang muslimah menggunakan tudung dan beliau menyakitkan hati orang lain.

Situasi B
Seorang muslimah tidak menggunakan tudung dan beliau menyakitkan hati orang lain.

Anda pilih mana yang lebih kepada ke arah kebaikan?
Persoalannya di sini adakah kedua situasi tersebut dengan sengaja atau dengan erti kata lain dengan niat atau tanpa niat untuk menyakitkan hati orang lain? Jawapan tersebut hanya diketahui oleh tuan punya badan. 

Tetapi seorang muslimah yang memakai tudung jelas sekali adalah seorang yang menunaikan tanggungjawabnya dan yang tidak memakai tudung adalah seorang yang tidak menunaikan tanggungjawabnya.

Sekiranya saya silap maka tegurlah saya dengan berhikmah dan jika anda mempunyai idea yang bernas bolehlah  ajukan kepada saya untuk saya paparkan di laman ini. Saya menyiapkan artikel ini kerana kesal kata-kata yang dimasukkan dalam laman sosial mengenai orang-orang yang bertudung. Umpamanya pada pendapat saya dia marah dengan arahan yang esa. Ketahuilah bahawa setiap orang yang bernama manusia mempunyai kelemahan dan kekurangan tetapi melangkahlah ke arah kebaikan walaupun sebesar zarah.

Wa'salamu...

SUBAHANNALLAH!!! 10 JENIS ORANG SOLATNYA SIA-SIA



Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

  1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
  2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
  3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
  4. Orang lelaki yang melarikan diri.
  5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
  6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
  7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
  8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
  9. Orang-orang yang suka makan ‘riba’.
  10. Seperti berikut:

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”

Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”

BAIKLAH: SIKAP SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG


PERANAN SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG

  1. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT.
  2. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.
  3. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.
  4. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.
  5. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.
  6. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.
  7. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri.
  8. Dilarang memakan benda-benda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal, rasuah serta wang riba.
  9. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.
  10. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.
  11. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.
  12. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A’raf ayat 189 dan ayat Kursi.

ADAB SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG

Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :


  1. Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.
  2. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.
  3. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.
  4. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talak kepada isteri.
  5. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, “La ila ha illa anta subha naka inni kun tum minadzolimin” maksudnya “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim”
  6. Suami hendaklah kerap solat sunat atau solat hajat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.

♥ Mengandung akan memberi tekanan terhadap wanita dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi, maka tugas para suamilah yang menjaga hati para isteri ♥

DORONGAN SUAMI SEMASA ISTERI BERSALIN

Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristighfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.

Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi.

Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.

Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung-jawab yang berat itu.

* Korbankan ego dan nafsu anda seketika wahai suami-suami. Layan la isteri anda seelok-elok nya ketika dia mengandung kerana dia sedang mengandungkan zuriat anda, waris anda. Saya kagum dengan suami yang beralah/mengalah dengan isteri ketika isterinya mengandung. Sweetnya kalau si suami empaty dengan isteri...bukan sekadar simpati.

* Ketika isteri sedang sarat/sedang berpantang, jangan la anda pula si suami menggatal dengan perempuan lain. Jagala emosi dan hati isteri anda. Dia bergadai nyawa melahirkan zuriat anda kemudian menjaganya siang malam. Makan/tidur terganggu sedangkan anda pula berseronok di luar dengan perempuan lain. Keluar makan, menonton wayang, shopping dll. Tidakkah anda si suami terfikir duit yang anda keluarkan untuk berfoya-foya itu adalah lebih baik di laburkan untuk anak-anak.

dipetik dari : FB/Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim

Dipersilakn Share ♥

AMBOI: WANITA UMPAMA BULAN

Setiap hari ada sahaja gambar-gambar yang menarik perhatian jejaka di laman sosial. Pada pandangan saya hampir 89% adalah wanita yang memuat naik gambar dengan pelbagai gaya dan riak muka ala-ala itik gitu. Gambar-gambar yang di muat naik mempunyai pelbagai maksud dan agenda yang tersirat.

Ada antaranya bertujuan untuk kepuasan diri dan ada juga bertujuan untuk mendapatkan pujian dari orang lain malah untuk menggoda. Jika untuk mendapat pujian dan menunjuk-nunjuk maka ianya sudah dekat dengan riak.

Apa yang dikongsikan di sini ialah wanita umpama bulan di dalam laman sosial ialah bermaksud bulan apabila dipandang dari jauh iaitu tidak di depan mata nampak cantik dan apabila dilihat dengan lebih dekat penuh dengan kawah dan gersang tanpa kehidupan. Perkataan ini saya cedok dari perbualan dengan rakan-rakan hari ini.

Wajah atau gambar-gambar yang di paparkan di laman sosial kebanyakkannya mengambil posisi wajah yang menarik malah lebih nampak molek apabila di gubah atau di edit dengan perisian-perisian android. Memang cantik dan menarik gambar yang dilihat sehingga ada antaranya tergoda. Jangan tertipu dengan gambar yang dipaparkan kerana ianya bukanlah realiti dan begitu juga kabar angin yang bebas bertebaran di laman sosial.

Sesiapa sahaja boleh mengolah, menambah, menggubah dan mereka cipta maklumat dan grafik-grafik yang ada di laman sosial atau laman maya. Jangan mudah terpedaya dengan helah dan olahan dunia. Tetapi, saya tidak bermaksud semua yang ada di laman sosial adalah tidak tulen. Ada antaranya adalah benar dan ianya lebih mudah difahami kebenaran apabila di lihat dengan mata hati yang bersih. Untuk memiliki mata hati yang bersih maka lakukan aktiviti penyucian jiwa.

Ini sahaja perkongsian saya dan saya harap terdapat perkara yang boleh di ambil untuk pedoman dan tauladan dengan kehebatan yang sementara.

PATRICK TEOH HINA ISLAM!!!

Laman sosial Facebook dan Twitter hari ini menyaksikan satu lagi kontroversi - kali ini berkaitan dengan kenyataan dikeluarkan salah seorang pelakon tanah air, Patrick Teoh.

Kenyataannya yang menyentuh Islam mengundang kemarahan banyak pihak termasuk ahli politik dan selebriti tempatan yang mengenali pelakon itu secara dekat.

Teoh pernah berlakon dalam filem Buli, BAIK Punya Cilok, Buli Balik, Sumolah, The Red Kebaya dan Nasi Lemak 2.0.

Dalam kenyataan yang dibuat di laman Faebook itu, Teoh yang mengulas soal garis panduan 1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013, yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kedah, turut mempersoalkan amalan sembahyang lima kali sehari Muslim dan pemakaian tudung.

Garis panduan dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kedah melibatkan aspek pakaian, nyanyian dan tarian. Ia menetapkan cara berpakaian pegawai dan artis yang terlibat hendaklah bersopan, tidak menjolok mata, artis digalakkan membuat persembahan nyanyian dan lagu berunsurkan ketuhanan atau nasihat dan tidak melalaikan serta melampau. Dalam kenyataan itu juga, Teoh menyentuh sembahyang lima waktu dan wanita Islam menutup aurat.

Pagi tadi, kenyataan itu nyata turut mendapat perhatian Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

“Komen yang sangat kasar terhadap Islam. Patrick Teoh mungkin boleh mengkritik keputusan kerajaan Pas tanpa komen yang kesat terhadap Muslim. Tolong jangan turun ke tahap dia,” tulis Khairy melalui laman mikro Twitternya yang berharap bukan Teoh menulis kenyataan itu.

Ekoran kritikan pelbagai pihak, Teoh menerusi laman Facebooknya telah meminta maaf berhubung kenyataan yang dikeluarkannya itu.

“Sekarang saya sedar apa yang saya buat itu salah. Saya silap. Kenyataan saya betul-betul di luar batas. Saya minta maaf dengan ikhlas kepada semua orang Islam. Tetapi saya tidak minta maaf kerana menyebut orang itu... anda tahu maksud saya. Saya harap,” tulisnya.

Menerusi mesej Twitter kira-kira 12.30 tengah hari tadi, Teoh menulis, "2 (to) all Muslims, my sincere apologies for d (the) offending FB post. It's been deleted n (and) reasons are there for ur (your) scrutiny. Thank you for ur (your) patience. [Kepada umat Islam, saya minta maaf secara ikhlas atas mesej FB yang menyinggung perasaan. Ia sudah dikeluarkan dan sebab berkaitan (ada disertakan) untuk penilaian anda. Terima kasih atas kesabaran anda]."

Pelakon dan pengacara terkenal, Datuk AC Mizal pula menulis, “tolong lupakan fahaman politik kita apabila Patrick Teoh mengutuk dan mengeji agama Islam kita. Tidak kira anda Umno atau Pas."

Beberapa artis lain seperti Tomok, Danny X-Factor dan Natasha Hudson turut mengecam tindakan itu melalui laman mikro Twitter masing-masing.

Sumber

SUSU IBU MENGHALANG HIV MENULAR (KAJIAN)



Satu kajian dr University of North Carolina pd tahun 2012, telah menemui bahawa Susuan Ibu (Breastfeeding) berupaya utk menghalang jangkitan HIV kpd bayi drp ibu yg menghidap HIV (dlm 15%).

kajian mendapati Ibu yg dijangkiti HIV apabila menyusu anaknya, virus HIV berupaya dihapuskan dr mengjangkiti bayi tersebut. setakat ini, apa yg menjadi perhatian para saintist adalah 'ramuan' luar biasa/ misteri yg terkandong dlm susu ibu.

J. Victor Garcia- merupakan salah seorg dr pengkaji tersebut membayangkan sekiranya manusia dpt mengetahui rahsia yg terkandong dlm susu ibu, mungkin ia boleh digunakan utk menghalang penularan penyakit HIV.

 Sumber: NewScientist 19 june 2012.

BUDAYA ORANG KITA (TEPUK DADA TANYA IMAN)

Pertama sekali, saya amat berterima kasih kepada pembaca yang menghargai artikel saya dengan berkongsi pautan artikel ini di laman sosial dan membuat salinan semula (Copy Paste) ke dalam mana-mana blog lain dan nota ataupun apa sahaja midium untuk dikongsikan dengan orang lain. Tak kredit beloya2u.com tak apa saya tetap berterima kasih kerana ilmu menafaat adalah salah satu talian hayat dikala kita di alam kubur nanti.

Apa yang saya kongsi ini adalah realiti yang berlaku dalam masyarakat kita dan ini bukanlah pengalaman saya tetapi sebaliknya pengalaman orang lain yang dikongsikan dengan saya. Saya mengambil keputusan untuk berkongsi kepada pembaca beloya2u.com untuk dijadikan sumber untuk berfikir dan melangkah di masa hadapan.

Mungkin tajuk yang saya tulis agak luas tetapi saya hanya membincangkan beberapa perkara sahaja dan isu ini menjurus kepada individu yang bekerja tidak kira dalam sektor kerajaan atau swasta. Adakah benar jika saya nyatakan di sini bahawa apabila seseorang itu apabila sudah mendapat kerja yang baik maka perkara pertama yang difikirkannya ialah membuat pinjaman?. Saya tidaklah bermaksud perkara itu tidak baik tetapi apa yang hendak dibincangkan di sini ialah tujuan dan pengurusan atas pinjaman tersebut.

Menurut individu yang berkongsi cerita dengan saya, kebanyakkan individu yang bekerja dalam sektor kerajaan akan memikirkan untuk membuat pinjaman kereta. Tujuannya adalah bergantung kepada keperluan setiap individu. Perkara kedua yang dilakukan ialah membuat pinjaman pribadi ataupun membuat pinjaman tunai bagi tujuan pengubahsuai kereta. Apakah ini selalu berlaku kepada anak muda? Beliau mengakui kebanyakkan rakan-rakannya melakukan perkara yang sama.

Satu perkara lagi yang beliau kongsikan ialah mengenai rutin harian orang yang bekerja. Kebanyakkan mereka hanya mengejar kepuasan hidup jangka masa pendek. Rutin harian mereka kebiasaannya sama sehingga ada sesuatu yang mendesak mereka untuk mengubah senario rutin tersebut. Rutin yang saya maksudkan ialah contohnya sebelah pagi menghantar anak sekolah bagi yang sudah mempunyai anak dan kemudian bekerja. Selepas itu balik kerja dan bersosial seperti pergi ke gym, karaoke dan sebagainya. Selepas itu balik rumah seperti biasa makan dan tidur. Apakah ini juga budaya yang biasa yang terdapat dalam diri anda? jika benar adakah ini budaya yang produktif?

Namun begitu, saya telah melihat perubahan budaya ini berlangsung apabila banyak antara kita mengambil langkah untuk mencari pendapatan sampingan dengan berniaga kecil-kecilan dan berapa peratuskah yang bertindak begini?.

Faktor takut dan tidak yakin adalah punca utama golongan ini tidak menggunakan masa dengan produktif. Jika ini berlaku maka ekonomi golongan kita akan menghadapi masalah pada masa hadapan. Perjuangan memperkasakan ekonomi adalah wajib apabila kita mudah di tindas dan mudah untuk dipermainkan dalam dunia ekonomi. Wajib apabila golongan kita tidak seorangpun yang memilik perniagaan yang ditutut dan yang melibatkan keperluan asas.

Bagi memastikan produktiviti masa memberi impak yang baik maka perancangan, pengalaman dan ilmu perlu ada dalam diri setiap orang untuk mengubah budaya dan menjadikan golongan kita lebih produktif.

Mungkin apa yang saya perkatakan agak luas tetapi jika difahami ianya adalah mejurus kepada budaya  orang kita pada masa kita yang harus di ubah. Untuk mengubahnya bukanlah bergantung kepada sang pencipta sahaja tetapi adalah bermula dari diri sendiri. Tidak akan berubah suatu kaum itu jika mereka tidak mahu berubah.

Sekian... 

SEJARAH DAN AMALAN SURAH KURSI

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah di iringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasulullah SAW dengan segera memerintahkan Zaid Bin Tsabit menulis serta menyebarkannya. Antara kebesaran ayat kursi adalah seperti berikut:


  • Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar rumah atau hendak musafir, insya Allah akan terpeliharalah dirinya daripada godaan Syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarganya, anak-anak harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah Swt.
  • Mengikut keterangan dari kitab Asraarul Mufidah, sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia daripada segala bencana dengan izin Allah.
  • Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian meminumnya, Insya Allah, Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
  • Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan.
  • Sabda baginda lagi: Umatku yang membaca ayat kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.
  • Orang yang selalu membaca ayat kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Allah memelihara Nabi Muhammad Saw.
  • Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
  • Pengalam ayat Kursi juga, dengan izin Allah akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada mamasuki rumah.
  • Mengamal bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.
  • Ayat Kursi yang dibaca penuh kusyuk insya Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
  • Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat kursi 100 kali, insya Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin.
  • Barang siapa  membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 malaikat memeliharanya hingga Subuh.
  • Barang siapa membaca Kursi di akhir setiap solat Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
  • Barang siapa membaca ayat Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah sekitarnya.
  • Barang siapa membaca ayat Kursi di akhir tiap-tiap solah Fardhu, Allah menganugerahkan di ahati-hati orang yang benar, pahala nabi-nabi, juga Allah melimpahkan padanya rahmat.
  • Barang siapa membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Sumber:
Berubat Dengan Ayat Kursi
Harun Ar-Rasyid Hj. Tuskan
Pustaka Ilmi

STRATEGI PASARAN JALINAN ERAT PELANGGAN SETIA

Hari ini saya ingin berkongsi dengan pembaca mengenai jalinan erat dengan pelanggan bagi pembaca yang membuat perniagaan kecil-kecilan atau besar-besaran di luar sana. Tetapi jalinan ini tidak semesti khusus untuk peniaga atau usahawan sahaja. Jalinan persaudaraan ini adalah sesuatu yang global dan luas. Agama islam telah mengajar jalinan silaturahim ini lebih 1400 tahun dahulu. Nabi akhir zaman menyatakan bahawa dia membawa ajaran rahmah iaitu kasih sayang. Beliau bersabda kepada umatnya agar sampaikan salam selamat sejahtera di antara kalian. Pelbagai lagi ajaran yang beliau tunjukkan agar wujud perasaan kasih sayang dan jalinan persaudaraan di kalangan umat manusia.

Saya hanya menyatakan serba ringkas apa yang saya faham dari tazkirah uztaz dalam TV Al-Hijrah pagi tadi. Rutin harian mengadap TV seawal 6 pagi seakan sudah menjadi kebiasaan bagi memahami kekhilafan saya pada masa lalu dan memahami lebih lanjut ajaran islam walaupun saya di anugerahkan agama islam sejak lahir melalui keturunan. Itu tidak membanggakan saya, malah ianya memalukan saya apabila seorang mualaf lebih baik pemahamannya daripada saya yang sudah lama mengenal islam.

Berbalik kepada kisah saya pagi tadi ketika kereta saya menghadapi masalah penghawa dingin. Saya pergi ke kedai kebiasaan saya untuk memperbaiki penghawa dingin di sekitan Matang Jaya Kuching. Ini kali ke tiga dalam sebulan saya membaiki masalah penghawa dingin yang tidak sejuk. Cukup seronok bercakap dengan bangsa lain mengenai perniagaan. Satu perkataan yang saya simpan untuk hari esok ialah "Kalau semua orang boleh jadi taukeh maka tidak akan ada kuli di dunia ini dan kita tanya dengan diri kita sendiri adakah kita boleh jadi taukeh?"

Taukeh adalah bahasa cina pasar atau dikenali sebagai bos dalam satu-satu perniagaan. Taukeh kalau dipandang secara luaran memang seronok dan jika anda mengalami sendiri, pastinya anda merasakan ianya cukup mencabar. 

Apa yang saya perhatikan jalinan erat dengan pelanggan yang dilakukan taukeh tersebut ialah seperti berikut:

  1. Berkongsi ilmu :- Taukeh tersebut tidak lokek berkongsi ilmu dengan pelanggan. Malah beliau sentiasa menasihati pelanggannya agar bertindak bijak dalam mengendalikan alatan penghawa dingin di dalam kereta. Beliau kadang-kadang menerangkan perkara-perkara penting dalam komponen penghawa dingin. Saya hanya mengangguk faham dan pada dasarnya saya faham sidikit sahaja. Namun terdetik di dalam hati saya bahawa taukeh ini adalah pakar membaiki penghawa dingin kereta. Adakah anda faham mengapa berkongsi ilmu itu memberi impak yang baik kepada semua pihak? jika tidak tuntutlah ilmu dan kongsikan. Saya pasti anda akan memahaminya.
  2. Riak Wajah :- Saya pasti setiap orang yang bernama pelanggan akan memerhati muka taukeh apabila melakukan rundingan bagi mengenalpasti penerimaan mereka. Saya dapati taukeh tersebut senyum melihat saya dan menerima saya dengan hati yang terbuka. Tidak sempat saya menyatakan masalah, beliau terlebih dahulu melakukan kerja pemerhatian mengenalpasti masalah. Wajahnya senyum sahaja dan mengangap saya rezeki di pagi hari walaupun hakikatnya saya datang meminta pemasangan dan gantian percuma alatan yang rosak. Awal-awal lagi beliau bagitau saya "Jangan marah saya hoo.. saya tolong kamu baiki haa".. Pada pendapat saya beliau cukup arif mengenai pemarasan M2M (Mouth to Mouth).  Beliau cuba mengelak saya daripada saya menyampaikan berita tidak baik mengenai kedainya kepada orang lain.
  3. Layanan :- Layanan taukeh tersebut tidak sama dengan layanan di premis-premis koporat atau di hotel-hotel. Layanan beliau lebih kepada bersifat berkawan. Beliau melayan saya seperti kawan lama dengan menawarkan pemasangan percuma dan alat ganti percuma tanpa sempat saya meminta. Perbualan kami bukan berkisar kepada masalah kenderaan tetapi berkisar mengenai isu lain yang seronok dibincang.
  4. Pengurusan masa :- Kedai dibuka seawal 7.30 pagi dan ianya konsisten. Pelanggan tidak ragu-ragu untuk datang ke kedai beliau. Dan suasana di awal pagi cukup menyenangkan untuk melayani kerenah pelanggan menuruh perbincangan kami ketika pekerjanya asyik membaiki penghawa dingin saya.
  5. Perkhidmatan luar jangka :- Apa yang berlaku hari ini adalah diluar jangkaan saya apabila penghawa dingin saya di isi penuh oleh taukeh tersebut dan ianya adalah percuma. Ucapan terima kasih dan maaf daripada pekerjanya memberi erti kepada saya kemesraan yang diwujudkan. Selain itu penerangan lain juga adalah suatu yang luar jangkaan saya dan ianya membuatkan saya seronok untuk kembali semula ke premis tersebut apabila kenderaan saya memerlukan pengisian penghawa dingin.


Setakat ini sahaja perkongsian saya pada pembaca beloya2u.com dan saya harap ianya memberi menafaat kepada pembaca dan sebarkan jika ianya layak untuk dikongsi.

VIDEO UUM DAN PELAJAR DAN DOT DOT DOT

Video ini di ambil daripada youtube dengan jumlah 20,436 penonton setakat 14 Jan 2012 pukul 6.04pm. Apa yang dipaparkan di dalam video ini ialah seorang wanita atau pelajar wanita india UUM menyuarakan perasaan tidak puas hati kepada kerajaan. 

Pelajar tersebut membandingkan kerajaan Malaysia dengan kerjaan lain yang menawarkan rakyatnya untuk mendapat pelajaran secara percuma. Tindakkan pelajar tersebut telah mewujudkan ketegangan dalam forum yang berlaku di dewan tersebut. Menurut blog lain, pelajar tersebut menyuarakan fakta dan ingin mendapat maklum balas dari pihak juri.

Akibat daripada kenyataan pelajar tersebut. Juri yang menguruskan forum tersebut bersuara bagi menghalang pelajar tersebut dari terus bercakap. Ini kerana belajar tersebut telah menimbulkan ketegangan dalam forum. Mungkin nada pelajar tersebut terlalu keras dan mencabar pengurus forum tersebut dan akhirnya menimbulkan perasaan marah.

Juri tersebut bagaimanapun mengemukakan norma kehidupan yang tidak lepas dari masalah. Setiap yang terjadi tidak ada yang sempurna. Mungkin nampak negara yang memberi pendidikan pecuma tersebut sempurna tetapi jika di selidik pasti akan menemui masalah yang wujud dalam sistem tersebut.

Provokasi boleh dilakukan di mana sahaja dan bila-bila masa bergantung kepada hati. Jika hati sudah disemat dengan kebencian dan kekusutan maka mudah untuk membuat provokasi. Di sini saya memberi contoh:

"Dua orang sekawan sedang berjalan-jalan di suatu pasaraya. Salah seorang daripadanya meludah di suatu sudut pasaraya manakala seorang lagi memerhati."

Di sini kita boleh fikir, adakah yang pemerhati itu akan menegur dengan keras rakannya atau memberi nasihat dan berusaha untuk membetulkan keadaan? Jika pemerhati itu berfikir untuk membuat provokasi maka tegurlah rakannya dengan suara yang keras dan keluarkan fakta kelemahan rakannya dan saya pasti anda dapat mengagak apa reflek rakannya. Jika pemerhati tersebut ditegur dengan sopan dan di ikuti usaha untuk membetulkan keadaan maka jalinan kerjasama untuk mengelak perkara itu berulang pasti dapat dilakukan.

Inilah yang saya maksudkan dengan provokasi boleh dilakukan di mana sahaja dan bila-bila masa. Isu ini bagaimanapun dipolitikkan dan banyak yang menangguk di air yang keruh. Sudahlah keruh dan dikeruhkan lagi keadaan. Apakah jenis manusia seperti itu?..

Jika di amati apa yang diperkatakan oleh pelajar tersebut memang benar negara lain memang memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya. Pada pandangan saya itu adalah sikap cemburu kepada negara lain yang mempunyai kelebihan tersebut dan tahukah dia bahawa negara lain juga cemburu dengan kemajuan yang dikecapi oleh Malaysia. Mungkin jika pelajar tersebut menggunakan midium yang betul untuk mengetengahkan ideanya maka usaha boleh dilakukan ke arah tersebut.

Apa yang diperkatakan oleh juri adalah untuk membuka mata pelajar lain, bahawa kita tidak akan pernah terlepas daripada masalah dan untuk menyelesaikan masalah tersebut tidak perlu merungut atau melakukan provokasi tetapi usahasama dan jalinan idea antara pemimpin dan generasi baru.

Akhir kata, Tingkatkan prestasi elakkan kotrovesi....





MEMBINA KEPERCAYAAN ORANG LAIN

Saya hanya berkongsi pengalaman saya dengan pembaca yang budiman dan ini bukan ilmu yang datangnya dari faktor-faktor serta fakta-fakta yang sudah tertulis dalam buku-buku pemasaran, phsikologi atau buku- buku yang seangkatan dengannya. Membina kepercayaan orang lain terhadap diri kita umpama mendisiplinkan diri kita untuk menjadi lebih baik melainkan tindak-tanduk yang menjurus kepada kepura-puraan bagi meraih matlamat yang berat ke arah duniawi sahaja.

Perkara pertama, saya dapati kepercayaan boleh di raih dari riak wajah kita berjumpa dengan orang sekeliling kita. Riak wajah yang bersih dan tidak lokek dengan senyuman adalah perkara yang penting bagi mewujudkan suasana yang selesa orang lain dengan kita. Tetapi riak wajah seperti itu akan lebih mudah diresapi orang lain jika ianya datang dari hati yang bersih dan bukan dari hati yang penuh kepura-puraan. Maka, bersihkan hati serta sematkan perasaan kasih sayang dan hilangkan perasaan negatif seperti dendam, amarah dan sebagainya.

Perkara kedua adalah bicara. Bicara manis indah tutur kata adalah kata-kata yang penuh dengan motivasi serta pengertian. Kata-kata yang menjurus kepada kematangan pemikiran serta berfikiran jauh. Bicara keanak-anakkan boleh menyebabkan orang lain sangsi dan tidak yakin dengan kebolehan kita. Bicara yang baik dalah datang dari akal yang bersih dan sihat. Untuk mendapatkan akal yang baik dan sihat adalah melalui makanan akal yang baik iaitu dengan membaca buku-buku ilmiah.

Perkara ketiga adalah penampilan. Penampilan yang baik dan senang mata memandang iaitu tidak terlalu kusut masai (Meher) atau terlalu kompleks (Gab). Gunalah pakaian yang sesuai dengan kita. Untuk memastikan penampilan diri bersesuaian dengan kita maka tanyalah rakan-rakan yang boleh dipercayai dan diharapkan untuk menilai kita dan bukan kita menilai diri kita sendiri.

Perkara ke empat adalah disiplin dari segi masa. Menepati masa adalah perkara yang kadang-kadang sukar bagi sesetengah orang. Apabila berjanji maka penuhi janji tersebut. Dengan cara tersebut maka ianya akan memudahkan urusan anda dengan orang lain. Malah tidak timbul rungutan dari orang lain akibat dari kelewatan kita. Apabila janji ditepati maka kepercayaan orang lain terhadap kita dapat dipancing.

Itu sahaja yang saya dapat senaraikan setakat ini. Saya harap ianya dalam menjadi panduan kepada pembaca untuk menjadi yang lebih baik pada hari esok dan selamanya. Segala yang saya tulis sebenarnya sudahpun di ajar sejak 1400 tahun dahulu. Jika saya silap tegurlah saya dengan penuh berhikmah.. sekian..

ISU PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH

Isu ini sebenarnya sudah lama bertapak di Malaysia suatu ketika dahulu dan kini ianya diketengahkan apabila dipolitikkan. Apa yang saya maksudkan isu ini sudah lama di Malaysia bukanlah seluruh Malaysia tetapi di Borneo sahaja. Isu ini suatu ketika dahulu adalah terpencil sahaja kerana hanya beberapa mazhab kristian sahaja yang menggunakan nama Allah dalam kitab mereka dan ianya berbahasa indonesia. Kitab ini di bawa dari Indonesia ke Borneo.

Apa yang saya perkatakan isu ini dipolitikkan bukanlah ianya suatu yang boleh dipermainkan dan digunakan dengan sewenang-wenangnya. Ini bermakna isu ini sudah masuk ke fasa yang lebih serius. Menghalalkan penggunaan nama Allah untuk agama lain oleh pemimpin-pemimpin tertentu akan memberi kesan yang besar dan jangka panjang. Antara rakan-rakan yang di tanya mengenai isu ini menjawab seperti berikut:

..................................................................................
Azlan (Miri)
hal tok dah berlaku sejak zaman british lagik trutama di sabah & sarawak. bila bible versi indon makey nama Allah sbg tuhan. 10 tahun dolok sidak makey allah jak. tp kinek tok, Allah Taala, Subhanallah pun sidak udah pakey. masa ku pg kawan ku kewen di gereja last year, mmg paderi ya nyebut Allah Taala...
kalau kita mauk melihat isu tok dr dlm, kita kenak paham asal nya kenapa bible versi indon mengunakan nama Allah. rajin2 lah bukak web indon or mun ad asapa2 kawan indon, cuba mintak info dr sidak."
Note: "Sebahagian pendapat sahaja di ambil bagi pendapat ini bagi mengelak provokasi pihak lain"

Translate:
Hal ini dah berlaku sejak zaman british lagi terutama di Sabah Dan Sarawak. Bila Bible versi indon menggunakan nama Allah sebagai Tuhan. 10 Tahun dahulu mereka menggunakan nama Allah sahaja. Tetapi sekarang mereka menggunakan Allah Ta'ala, Subhanallah.... Masa saya pergi majlis perkahwinan rakan saya di gereja tahun lalu, paderi tersebut ada menyebut Allah Ta'ala... Kalau nak melihat isu ini dari dalam, kita kena faham asalnya mengapa bible versi indon menggunakan kalimah Allah. Rajin-rajinlah bukan web indon atau kalau ada yang berkawan dengan warga indonesia boleh minta info dengan mereka.
..................................................................................
Iskandar Syah (Kuching)
"salam..bg aku yang lebih penting ialah menyoal adakah aku telah benar-benar ikut apa yang Allah SWT suruh?, atau aku ini banyak ikut apa yang manusia suruh supaya mereka sokong aku?'. 

then next question:

'Bila aku sokong atau menentang isu penggunaan nama "Allah" oleh puak-puak bukan Islam, adakah aku buat itu untuk tujuan memenangkan agama Allah SWT, atau aku ada tujuan tersembunyi yang lain'. 
Allah SWT Maha Mengetahui". Wallahua'lam."

Translate:
As'salam, Bagi saya yang lebih penting ialah menyoal adakah aku telah benar-benar ikut apa yang Allah swt suruh? atau aku ini banyak ikut apa yang manusia suruh supaya sokong aku?
Persoalan lain:
Bila aku sokong atau menentang isu penggunaan nama "Allah" oleh puak-puak bukan islam, adakah aku buat itu untuk tujuan memenangkan agama Allah Swt atau aku ada tujuan tersembunyi yang lain'
Allah Swt maha mengetahui, Wallahua'alam
..................................................................................
Sheda (Unknow)
"Tntg isu Allah dgunakan oleh org kristian tok, ada kwn iban kmk yg penah mdh, mmg tuhan org kristian ialah Allah. Maybe dlm bible cdaknyaa tertera nama Allah ya. Tp kmk xda peluang gik untuk ngga bible ya lah.."

Translate:
Mengenai isu Allah digunakan oleh Kristian, Rakan saya berbangsa iban pernah menyatakan bahawa memang tuhan orang Kristian ialah Allah, Mungkin Bible mereka tertera nama Allah. Tetapi saya tak ada peluang untuk mentelaah bible.
..................................................................................

Zurina (Kuching)
"Kita d swak n sabah mmg sidak bangsa lain dah lama mggunakn kalimah Allah so....even mcm nei kita nak mghalangnya..ianya sudah sebati dgn life style sidak tok...
Kmk ada baca bible sidak tok wktu kmk umur 20 thn dolok...is a real shocked for me...
But bila kmk baca n teliti rupa2nya....sidak use our Allah n nabi name...but diubah from Al-Quran....
So....biarkan sidak tok...but we must teach n dedahkan kpd anak2kita ttng pkara tok...
mun islam...so mesti gaya hidup islam
Byk kmk jumpa ...n soal...kmk tok bukan poret but...kita nak tauk why sidak tok become mcm tok..."


Note: "Sebahagian pendapat sahaja di ambil bagi pendapat ini bagi mengelak provokasi pihak lain"


Translate:
Kita di Sarawak dan Sabah memang agama lain sudah lama menggunakan kalimah Allah.. walau apa cara sekalipun kita menghalangnya.. ianya sudah sebati dengan cara hidup mereka. Saya pernah terbaca bible suatu ketika dahulu kira-kira 20 tahun dahulu dan ianya amat mengejutkan saya.. Tetapi bila saya baca dan teliti saya dapati mereka menggunakan kalimah Allah dan Nabi tetapi di gubah dari Al-quran.. Maka kita tidak dapat menghalang mereka tetapi kita mesti ajar dan dedahkan kepada anak-anak kita mengenai perkara ini.. Kalau islam.. maka ikutlah cara hidup islam.. Banyak yang saya jumpa and persoalkan.. ini bukan menjaga tepi kain orang tetapi perasaan ingin tahu mengapa mereka bertindak sedemikian.

..................................................................................

Kok Keia (Sabah)
agama buddha jarang menyebut perkataan ini , tapi agama kristian dalam Bible mereka mungkin muncul perkataan ini.
"Allah" adalah tuhan orang islam, tapi di luar negara , "Allah" adalah Tuhan dan bukannya Tuhan bagi Orang Islam saja .
di mana-mana agama, pastinya ada orang yang kurang ajar dan juga orang yang tidak mengerti ajaran agaman mereka .
bagi saya , kita harus saling hormat menghormati sesama lain .
tidak ada agama yang ajar orang buat jahat , cuma penyebar agama yang buat masalah .


..................................................................................



Isu ini terpencil suatu ketika dahulu dan disebabkan itu ianya tidak memberi kesan kepada umat islam seluruhnya. Tetapi apabila isu ini diperbesarkan maka ianya memberi kesan kepada umat islam kerana apabila penggunaan kalimah Allah digunakan secara besar-besaran maka arus revolusi campuran fahaman agama akan berlaku. Umat islam ada antaranya berkeras mengekalkan aqidah asal dan tidak mahu campuran fahaman ini berlaku akan menentang penggunaan kalimah Allah. Tetapi bagi yang tidak sensitif dengan keadaan ini pasti akan membenarkan.

Saya bukanlah pakar mengenai sejarah penggunaan kalimah Allah dalam Bible tetapi di Indonesia saya pasti campuran fahaman ini sudah lama berlaku sehingga wujudnya perkahwinan tanpa menukar agama. Apakah ini juga akan berlaku di Malaysia.

Jika saya silap tegurlah dengan cara berhikmah dan sama-sama kita memikirkan jalan penyelesaiannya daripada agama, bangsa, negara kita porak peranda dek mengejar dan mengikuti ideologi yang berkepentingan peribadi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.