CARA BUAT BLOG PERCUMA

cara buat blog sendiri
BAGAIMANA BUAT BLOG SENDIRI

Terdapat pelbagai cara untuk membuat blog sendiri. Ada yang blog percuma dan juga ada yang berbayar. Terpulang kepada kebolehan masing-masing. Banyak juga blog-blog besar yang menjana pendapatan ribuan ringgit setahun dari blogspot iaitu platform untuk membuat blog percuma. Blogspot adalah milik google dan anda boleh buat blog milik google ini secara percuma.

Betulkan buat blog dapat duit? Benar!! buat blog boleh buat duit jika kita rajin. Kalau kita nak monetize blog melalui google pun boleh atau hari ini buat blog esok monetize pun boleh. Anda kena pandai memilih laman pengiklan yang bekerjasama dengan anda. Antara iklan yang boleh dibawa masuk di dalam blog adalah google adsense, nuffnang, adclick dan sebagainya. Anda juga boleh memasukkan affliate atau produk serta perkhidmatan yang anda buat. Semua ini boleh menghasilkan pendapatan. Blog yang anda cipta boleh dijadikan blog bisnes atau buat blog novel.

Jika anda perlu guru untuk membuat blog. Anda boleh klik butang di bawah. Dalam artikel kali ini, saya berkongsi bagaimana membuat blog percuma.


JOM KITA IKUTI LANGKAH BUAT BLOG DENGAN BLOGSPOT



GMAIL

Jika anda belum ada gmail. Pastikan anda mendaftar gmail terlebih dahulu. Gmail adalah aplikasi untuk menerima email milik google. Pastikan anda meletakkan secondary email dan nombor telefon milik anda atau atas nama anda sendiri. Ini bagi memastikan akaun anda selamat dan mudah untuk reset semula jika ada individu cuba untuk menggodam.

PERJALANAN PERTAMA DI BLOGGER

Selepas itu, anda terus pergi ke www.blogger.com. Di sini terdapat butang "sign in" dan "create blog". Anda boleh klik mana-mana butang ini. Anda akan dibawa ke layar seterusnya.

BLOGGER PROFILE

Blogger profile bertujuan untuk biodata tentang anda sebagai penulis. Anda boleh masukkan nama pena atau nama anda yang sebenar. Terpulang kepada anda. Selepas itu, and boleh terus ke layar berikutnya. Layar berikutnya anda akan dapat melihat ciri-ciri blogpsot.

CIPTA BLOG BARU

Di sini anda boleh melihat ciri-ciri blog. Buat masa ini terdapat dua jenis layar belakang blogspot (Back End). Klasik dan moden. Anda boleh pilih antara dua layar yang anda rasa selesa. Sama ada Klasik atau moden.

Bahagian ini, anda klik "new blog" dan seterusnya anda boleh memilih nama blog, alamat blog dan tema blog. Pilih nama blog (blog tittle) mengikut jenama anda atau tema anda atau bahan yang akan anda sajikan. Alamat blog (blog address) adalah URL blog anda atau domain blog anda. Contohnya  www.beloya2uevolution.blogspot.com atau www.khalifahkhalik.blogspot.com.

Pastikan nama yang ada pilih ringkas, mudah di ingat, mudah di taip, sesuai dengan konsep blog anda, huruf kecil, tidak menggunakan tanda-tanda lain selain huruf dan senang disebut. URL ini anda boleh ubah dengan membeli domain anda sendiri.

Anda boleh klik butang di bawah untuk membeli domain anda sendiri. Harga domain berpatutan bermula dari 8.99USD. Domain sendiri bermaksud alamat anda terus ke dot com seperti beloya2u.com dan bukan beloya2uevolution.blogspot.com




TAHNIAH!!! anda sudah mempunyai blog sendiri



MEMAHAMI CIRI-CIRI BLOG

Berikut ini secara ringkas bahagian penting blogspot atau ciri-ciri blog yang anda perlu ketahui.

  1. Post - Untuk anda membuat artikel, embed youtube video, gambar dan apa sahaja skrip html.
  2. Stats - Bahagian untuk anda memeriksa statistik blog seperti trafik, artikel popular dan sebagainya
  3. Comments - Memantau komen yang masuk dalam blog anda. Mungkin terdapat komen spam.
  4. Earnings -Google adsense aktif jika blog anda memenuhi kelayakan yang ditetapkan oleh google. Jika ini aktif. Bermakna anda boleh jana pendapatan hasil dari iklan google. Sama konsep dengan youtube.
  5. Pages - Ini adalah bahagian untuk laman statik seperti mengenai anda, hubungi anda, lokasi anda atau senarai produk anda.
  6. Layout - Di sini anda boleh menyusun lanskap blog anda. Hanya dengan drag and drop sahaja. Di sinilah pelbagai widget anda boleh gunakan untuk menarik perhatian atau mencantikkan blog.
  7. Theme - Juga disebut sebagai tema blog. Anda boleh menggunakan tema yang terdapat dalam blogger.com atau anda boleh cari di google dengan kata kunci "Blogger template". Cuba dapatkan tema yang ringkas dan ringan.
  8. Setting - Di sini anda menguruskan sistem blog anda dari alamat blog, komen, google console, site map, google crawler, email blog, bahasa blog dan sebagainya. Baca sebelum anda lakukan tindakkan.

________

________

Semoga apa yang dikongsikan memberi mafaat kepada pembaca dan jangan lupa untuk kongsikan dengan jiran sebelah. Agar kabaikan ini dapat dikongsi bersama.

Ikuti blog ini. Saya akan cuba membuat satu video khas cara-cara untuk membuat blog. Artikel ini akan saya kemaskini pada masa akan datang.





Catat Komen

2 Ulasan

  1. Tahniah!! Semoga penulisan tuan boleh membantu lebih ramai mereka yang memerlukan.. Aamiin..

    BalasPadam

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.