CARA DAN TIPS POSTING ARTIKEL DI BLOGGER

tips posting di blogger


Membuat artikel adalah satu seni. Seni menyusun ayat untuk memberi kefahaman kepada pembaca. Tips untuk menjadikan artikel itu kreatif adalah anda taip apa yang anda hendak tuliskan dan pada akhirnya barulah anda memasukkan tajuk.

Namun begitu, saya sendiri kebanyakkan artikel. Saya memasukan tajuk dahulu untuk memuatkan bahan atau isi penting di dalam artikel. Apapun caranya, anda boleh guna apa sahaja cara mengikut kesesuaian anda sendiri.

Di dalam artikel ini saya kongsikan mengenai ciri-ciri yang terdapat dalam blogger post. Ini boleh membantu anda untuk membuat artikel, menyunting dan menyusun. Saya harap artikel ini boleh membantu anda.

JOM KITA LIHAT CIRI-CIRI PUBLISH ARTIKEL DI BLOGGER


TAJUK (POST TITLE)

Bahagian ini terletak paling atas sekali. Saya cadangkan anda menggunakan huruf besar bagi kemasan tajuk. Selain itu, tajuk tidak perlu panjang dan mempunyai maksud keseluruhan tajuk artikel.

Kalau boleh tajuk hendaklah bersesuaian dengan kata kunci carian netizen di google search. Dengan kaedah ini. Artikel anda akan mudah berada di paparan pertama dalam enjin google.

COMPOSE DAN HTML

Tedapat 2 bahagian untuk membuat artikel iaitu di compose dan HTML. Compose adalah umpama anda menaip di microsoft word. Manakala HTLM adalah bahagian editing koding artikel. Anda boleh menggunakan koding-koding mudah seperti <center> untuk meletakkan objek di tengah, <br /> sebagai enter dan sebagainya.

Susun artikel dengan kemas, mudah dibaca dan letakkan poin-poin untuk pembaca lebih faham apa yang disampaikan di dalam artikel.

FONT

Jangan guna font yang berbunga-bunga atau berkriuk-kriuk. Guna default font sahaja atau Georgia bagi memudahkan pelayar membaca artikel anda. Font yang berbunga-bunga tidak membantu pembaca dan menyukarkan google untuk mengenalpasti artikel anda.

SIZE FONT

Bergantung kepada posisi perkataan. Jika sub-tajuk, anda boleh guna large font dan jika tajuk besar anda boleh guna largest font. Susun dengan rapi bagi memudahkan netizen membaca artikel anda.

Jangan guna large font sepanjang artikel. Nampak buruk tau. Small dan smallest font juga berguna jika anda ingin masukkan nota dibawah tajuk besar atau deklarasi di bawah artikel.

[pastikan anda membaca seluruh artikel]

NORMAL OR HEADING

Bahagian ini agak sensitif. Terdapat beberapa pilihan yang boleh anda gunakan. Pilihan tersebut adalah Heading, Sub-heading, Minor heading dan Normal.

Saya nasihatkan anda untk menggunakan Heading sekali sahaja dalam artikel. Manakala sub-heading sesuai dengan perenggan yang memberi penerangan terperinci. Minor heading dan Normal mengikut kemasan yang sesuai.

SUNTINGAN PERKATAAN

Anda boleh menggunakan suntingan perkataan melalui ciri-ciri yang sudah disediakan oleh blogger seperti:

  1. B > untuk menggemukkan huruf (bold)
  2. I > untuk menyendengkan huruf (italic)
  3. U > untuk membuat garis di bawah huruf (underline)
  4. ABC  > untuk membuat garis di tengah huruf (strikethrough)
  5. A color > untuk menukar warna huruf (text color)
  6. Highlight > untuk mewarna latar belakang huruf (text background color)


Gunakan suntingan perkataan ini sebaik mungkin bagi membawa pembaca untuk lebih mudah faham dengan artikel yang anda buat.

LINK

Jika anda membuat artikel dengan rujukan dari web lain. Anda dinasihatkan untuk meninggalkan link web tersebut di dalam artikel anda sebagai rujukan atau anda ingin membaca pembaca untuk membuat rujukan di dalam artikel lain.

Link amat membantu untuk pembaca terus melayari laman blog anda.

GAMBAR

Masukkan gambar yang sesuai dengan artikel anda. Cuba elak menggunakan gambar orang lain tanpa izin. Anda juga dinasihatkan menggunakan gambar yang ringan seperti JPG atau PNG. Anda boleh menggunakan CANVA untuk membuat suntingan gambar.

VIDEO

Saya tidak menggalakkan anda untuk muat naik video di blogger kerana ianya akan memakan ruang simpanan dalam google anda. Saya sendiri tidak memuat naik video melalui blogger tetapi menggunakan youtube sebagai medium untuk memasukkan video.

Anda boleh ambed video youtube di dalam blog. Saya akan kongsikan bagaimana ambed video youtube di dalam blog pada artikel akan datang. Follow ketat-ketat blog ini dan facebook page beloya2u.

ICON 😄

Membantu anda untuk menjadikan artikel anda lebih menarik. Tetapi jangan terlalu berlebihan kerana artikel anda akan kelihatan tidak profesional.

LABEL

Ini adalah bahagian penting kerana LABEL bertindak sebagai membahagikan artikel anda kepada kategori-kategori yang sesuai dengan apa yang anda sampaikan. Ianya juga memudahkan carian di dalam blog anda. Pastikan anda merancang dengan baik untuk memasukkan kategori di dalam blog anda.

SCHEDULE

Tedapat 2 pilihan iaitu automatic dan set date and time. Automatic adalah untuk artikel anda disiarkan (publish) serta merta. Manakala set date and time adalah masa yang anda kehendaki untuk artikel anda disiarkan.

Sekiranya anda mempunyai artikel lama dan anda menggunakan kaedah Automatic. Artikel anda akan dibawa ke paparan awal dalam senarai artikel anda. Ini sebagai tanda anda telah mengemaskini data dalam artikel tersebut. Bahagian ini amat sesuai dilakukan bagi menunjukan blog anda aktif dan google suka situasi ini.

PERMALINK

Terdapat 2 pilihan iaitu Automatic Permalink dan Custom Permalink. Bahagian ini saya nasihatkan anda guna automatic sahaja kecuali anda hendak meletakkan URL artikel anda lebih pendek dari sepatutnya.

Parmalink adalah URL atau alamat artikel anda.

LOCATION

Ikut kesesuaian bahasa dan bahan dalam artikel. Rujukan artikel untuk kawasan tertentu, saya nasihatkan anda untuk meletakkan lokasi sesuai dengan bahan. Jika bahan tersebut umum dan anda menggunakan bahasa malayu, anda boleh letak lokasi Malaysia.

Jika anda menggunakan bahasa iban. Anda boleh letak lokasi di Sarawak sahaja. Jika anda berbicara tentang Miri maka letak lokasi di Miri.

Bahagian ini tidaklah penting tetapi ianya memberi impak kepada lokal SEO.

SEARCH DESCRIPTION

Jangan masukkan perkataan terlalu panjang atau berulang. Gunakan perkataan yang ringkas sesuai dengan bahan yang terdapat dalam artikel anda. Perkataan harus padat dan ringkas.

OPTIONS

Terdapat 3 pilihan bahagian ini iaitu REader comments, Compose mode dan Lilne breaks.

Reader comments
Anda boleh menghalang atau tidak menghalang pembaca anda untuk komen artikel anda. Terdapat tiga pilihan iaitu:

  1. Allow : membenarkan pembaca untuk komen
  2. Don't allow, show existing : tidak membenar pembaca komen tetapi tunjuk komen terdahulu
  3. Don't allow, hide existing : tidak membenar pembaca komen dan sembunyi semua komen.


Compose mode

  1. Show HTML literally : kod atau script yang anda masuk di compose dalam blog akan kelihatan
  2. Interpret typed HTML : kod atau script yang anda masuk di compose tidak nampak dan bertindak mengikut fungsi kod atau script


Line breaks
Saya lebih suka menggunakan pilihan yang pertama kerana memudahkan saya membuat suntingan di bahagian HTML. Berikut adalah pilihan Line breaks

  1. Use <br> tag : kod <br> akan nampak di dalam HTML jika anda memilih bahagian ini
  2. Press "enter" for line breaks : kod <br> tidak nampak di dalam HTML jika anda pilih bahagian ini.


RUMUSAN

Semoga artikel ini memberi mafaat kepada anda. Jika anda ingin berguru untuk membuat blog. Anda boleh klik butang di bawah ini




Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama