TEMPAT MENARIK DI KUCHING

menarik di kuching
MANAKAH TEMPAT MENARIK DI KUCHING
Dalam artikel ini, saya kongsikan tempat yang menarik di sekitar Kuching. Namun, untuk anda bergerak ke lokasi yang dikongsikan di bawah. Anda disarankan menggunakan pemandu pelancong. Pemandu pelancong yang saya cadangkan adalah Puan Hartanty. Klik Butang di bawah untuk membuat tempahan dengan beliau.


JOM KITA SEMAK TEMPAT MENARIK DI KUCHING SARAWAK



MUZIUM DI TENGAH BANDAR

Terdapat banyak muzium di sekitar bandaraya Kuching. Antara muzium yang harus anda lawati adalah:

  1. Muzium Sarawak [pusat bandar]
  2. Muzium Cina [pusat bandar]
  3. Muzium Islam [pusat bandar]
  4. Muzium Tektil Sarawak [pusat bandar]
  5. Muzium Sarawak Baru [pusat bandar]
  6. Muzium Kucing [semariang]


Muzium yang menyediakan pelbagai informasi sejarah, haiwan dan budaya masyarakat dari dahulu hingga sekarang. Perkembangan dan sejarah politik Negara Sarawak. Rugi tak pergi ke sini. Di sinilah anda dapat merasa perasaan Sarawak.

SEKITAR SANTUBONG

Di sekitar Santubong banya juga tempat menarik. Santubong terletak di tepi pantai dan Santubong itu sendiri adalah dari nama gunung yang terdapat di situ iaitu Gunung santubong. Santubong benar-benar dekat dengan 2 tempat menarik iaitu Kuching Wetland dan Taman Negara Bako. Tapi sebelum tu, kita tengok apa yang ada di Santubong. Di santubong, anda kena lawati tempat ini:

  1. Taman Budaya Sarawak
  2. Pantai Damai
  3. Perkampungan Santubong
  4. Pantai Putri
  5. Gunung Santubong
  6. Kem Permai Santubong

Di sini anda boleh mengikuti aktiviti di laut seperi kayak, bot laju dan aktiviti tepian pantai. Taman Budaya Sarawak menyimpan pelbagai memori menarik mengenai kepelbagaian kaum di Sarawak. Pelbagai jenis rumah yang anda boleh lihat. Di sini banyak perkara yang tidak akan anda dapat lihat di tempat lain.

Gunung Santubung sesuai untuk aktiviti pendakian. Cabarannya tak sehebat mendaki Gunung Kinabalu, tetapi amat menyeronokkan. Di atas terdapat beberapa kawasan anda boleh bermandi manda. Air terjun dan sungai yang jernih serta segar.

SEKITAR MATANG

Kawasan Matang banyak menyimpan sejarah dan kewujudannya adalah dari aktiviti perang suatu ketika dahulu. Dikatakan alur jalan dari Telaga Air ke pusat bandaraya suatu ketika dahulu merupakan jalan yang digunakan penjajah untuk bergerak menawan Kuching. Jangan salah jalan, Jalan Lama dan bukan jalan baru (FAC). Jom kita tengok senarai tempat menarik di sekitar Matang:

  1. Taman Hidupan Liar Matang (Matang Wildlife)
  2. Waterfront Telaga Air (Kawasan Kuching Wetland)
  3. Gunung Serapi
  4. Taman Negara Kubah
  5. Sungei Merah
  6. Mendung Escape
  7. Bukit Singgai

Boleh dikatakan di sinilah Zoo Sarawak. Pelbagai jenis haiwan hidup yang dipamerkan di sini. Tempatnya adalah di Taman Hidupan Liar Matang. Gunung Serapi pula adalah tempat pendakian yang menarik. Di puncak Gurung Serapi anda boleh melihat Bandaraya Kuching. Selain itu, tempat lain pendakian menarik adalah seperti Mendung Excape dan Bukit Singgai.

Sungei Merah tempat mandi manda dan Waterfront telaga air, anda boleh menikmati makanan laut di tepi pertemuan sungai dan laut.

TAMAN NEGARA BAKO

Lokasi yang tidak jauh dari Santubong. Kalau guna bot boleh tahan juga masa yang di ambil. Kalau guna darat, jauh jugak pusingannya. Tapi saya kira ianya dekat sahaja. Taman Negara Bako dijaga dengan baik khazanah hutan bakaul, fauna dan flora.

Pelbagai spesis haiwan dan tumbuhan yang boleh anda boleh temui. Taman Negara bako berada di Tepi laut dan bersambung antara laut dan sungai. Anda boleh mendapat penginapan di situ.

TAMAN HIDUPAN LIAR SEMENGGOH

Lokasi terletak di Puncak Borneo. Di sini, sinonim dengan Orang Hutan. Setiap Orang Hutan diberi nama tersendiri. Seperti Taman Negara Bako, di sini juga anda boleh temui pelbagai flora dan fauna.

Jika anda ingin menemui Orang Utan di sini. Anda kena berada di lokasi di waktu pagi antara pukul 9 pagi hingga 10 pagi. Manakala sebelah petang antara 3 petang hingga 4 petang. Orang Hutan di sini dijaga habitatnya. Jika masyarakat Sarawak menemui Orang Hutan yang sakit atau kematian ibu, maka di sinilah tempat penempatan Orang Hutan untuk dijaga oleh Ranger Hutan.

SEKITAR LUNDU SARAWAK

Lokasi ini agak jauh dari Pusat Bandar Kuching. Tetapi, masih dikategori sebagai tempat yang boleh anda kunjungi. Di sekitar lundu, tempat menarik yang anda harus lawati adalah di:

  1. Taman Negara Gunung Gading
  2. Pantai Sematan
  3. Pantai Pugu
  4. Bukit Gondol
  5. Pantai Lundu
  6. Waterfall Sebat
  7. Waterfall Jangkar
  8. Kampung Telok Melano
  9. Kampung Telok Serabang


Kalau tengok perkataan waterfall, maksudnya kawasan tersebut ialah air terjun. Berani betul air tu terjun kan? dan kalau pantai, sudah tentulah pantai. Kalau anda berada di Pantai Sematan, anda akan dapati pantainya terbentang luas menghadap Laut Cina Selatan. Manakala Pantai Pugu terkenal dengan pantai yang bersih dan tempat mendarat penyu-penyu untuk bertelur. Sekitar Pantai Pugu, lokasi paling dekat yang anda boleh pegi adalah Bukit Gondol. Pemandangan Bukit Gondol amat menarik dengan suasana hijau dan biru. Bayanglah sendiri ye!!

Kampung Telok Melano dan Kampung Telok Serabang berdekatan antara satu sama lain. Tempat yang paling ramai orang pergi adalah Kampung Telok Melano dan tempat yang paling menarik pada pendapat saya adalah Kampung Telok Serabang. Pelik bukan?. Ini kerana Kampung Telok Melano mendapat liputan luas media dan disebabkan itu, lokasi tersebut menjadi tumpuan ramai. Untuk makluman, dua kampung tersebut terletak di tepi laut yang juga mengadap Laut China Selatan.

KUCHING WETLAND

Kawasan yang damai dan indah di waktu pagi dan senja. Di sini anda boleh berjumpa dengan monyet belanda dan ikan lumba-lumba. Kalau ada rezeki boleh juga berjumpa dengan Sang Bedal, Kunang-kunang dan burung antarabangsa. Kuching Wetland merupakan kawasan yang dijaga dan digezetkan di bawah Unesco. Iaitu kawasan penting atau khazanah yang harus dijaga. Kawasan ini banyak tempat pembiakan ikan iaitu kawasan cetek.

Jika anda dibawa oleh pemandu pelancong yang betul, anda akan mendapat info menarik kawasan tersebut di mana terdapat pulau-pulau kecil milik penduduk kampung dan kampung yang ditinggalkan. Terdapat juga gua yang tidak mendapat liputan media. Moga berjaya ya.

Cabaran menjaga kawasan ini bukan kepalang dengan kerakusan penjenayah koler putih mengambil pokok bakau dan meluaskan kawasan ladang menjadi cabaran utama.

SEKITAR BAU SARAWAK

Terdapat beberapa gua di sekitar Bau. Bau merupakan Bandar Satelit Kuching pada pendapat saya. Pendapat orang lain saya tak tau. Ada aku kesah. Kawasan yang menarik yang boleh anda lawati di sekitar Bau adalah seperti:

  1. Gua Angin
  2. Gua Pari-pari
  3. Tasik Biru
  4. Pasar Serikin

Gua angin dan gua pari-pari merupakan tarikan pelancong yang tinggi. Saya sendiri dah pegi gua angin. Memang berangin. Semput bila sampai ke puncak dalam gua. Tetapi pengalaman ini amat menyeronokkan. Seperti gua angin, gua pari-pari juga mempunyai cerita yang menarik yang boleh dibawa balik.

Tasik biru penuh dengan lagenda dan sejarah yang boleh anda ketahui. Yang terakhir adalah Pasar Serikin. Lokasi tersebut terletak di sempadan Indonesia dan Malaysia. Dimana, penduduk Indonesia menjual produk mereka. Harga cukup murah suatu ketika dahulu dan sekarang masih boleh dikira murah jugak la. Hu Hu.

TAMAN BUAYA JONG

Nama sahaja taman Buaya. Takkanlah Kijang kat situ kan? jangan marah, nanti kena jual. Buaya di situ dijaga dengan baik dengan pelbagai saiz dan spesis. Saat yang paling seronok berada di tempat ini adalah ketika pekerja memberi buaya ini makan. Kalau beruntung, anda akan dapat melihat aktiviti akrobatik buaya menangkap makanan yang diberi oleh pekerja di situ.

TAMAN SAHABAT

Lokasi menjadi tumpuan orang ramai untuk berjoging. Merupakan mercu tanda persahabatan antara China dan Sarawak. Dengan patung yang besar berdiri megah, pancutan air  serta jambatan-jambatan berukiran naga dan rumah besar seni China. Kalau pergi di sini, jangan lupa selfie di pintu gerbang. Boleh muat naik ke laman sosial. Letak caption, aku di China. Akhir sekali anda kena Kuarantin sebab Covid-19. He he he

RUMAH PANJANG ANNAH RAIS

Rumah panjang merupakan lokasi di mana anda boleh mendapat pengalaman budaya masyarakat tempatan. Rumah Panjang Annah Rais merupakan budaya orang Bidayuh. Usia rumah ini di anggarkan berusia 200 tahun. Anda boleh menginap di sini dan menikmati budaya orang tempatan.

Boleh juga mandi manda air terjun 3 tingkat dan berendam di kolam air panas.

KUCHING WATERFRONT

Tempat yang tidak mungkin anda tidak pergi kerana di sini pengalaman agak berbeza. Penuh dengan hiburan. Apa yang boleh anda lihat di sini ialah:

  1. Masjid terapung Kuching
  2. Jambatan Darul Hanna
  3. Dun Sarawak
  4. Astana Gabenor
  5. Astana Gajah Puteh
  6. Muzium Cina
  7. Sarawak river cruise
  8. Donat Boat.
  9. Persembahan air berirama di hadapan DUN Sarawak
  10. Kedai cenderamata
  11. Gambir Sarawak
  12. Lebuh Cina
  13. Lebuh India
  14. Perkampungan Melayu

Banyakkan?. Masjid terapung merupakan lokasi gantian kepada Masjid Tambi (India) yang ada di Lebuh India (India Street). Menariknya masjid ini dibina adalah hasil kutipan Zakat Orang Islam seluruh Sarawak. Jambatan Darul Hanna merupakan mercu tanda baru Bandaraya Kuching dengan keunikan reka bentuk dan cahaya di waktu malam.

Sarawak river cruise dan Donat boat akan membawa anda menyusuri Sungai Sarawak. Kedai cenderamata dan gambir Sarawak merupakan tarikan utama kalau berada di sini. Beli terus di sini sebelum anda pulang. Harga jauh lebih murah berbanding anda beli di Lapangan Terbang. Jangan lupa beli Kek Lapis Sarawak Sekali.

Bahagian penting lokasi ini adalah Persembahan air berirama di hadapan DUN Sarawak. Anda boleh lihat sendiri persembahan kebudayaan Sarawak dalam bentuk water screen dengan muzik yang menarik. Persembahan ini hanya berlaku di waktu malam setiap hari.

Lebuh India, Lebuh Cina dan perkampungan Melayu melambangkan sejarah suatu ketika dahulu. Tedapat pelbagai produk yang dijual di sini.

TAMAN ORKID KUCHING

Taman orkid yang menyimpan pelbagai jenis Orkid dan sebenarnya anda boleh pergi ke situ dengan hanya menaiki sampan atau melalui jambatan Darul Hanna dari Waterfront ke seberang sahaja. Lokasi Taman Orkid terletak berhadapan dengan DUN Sarawak.

Terdapat kumpulan penggemar Orkid memperjuangkan Orkid yang dipercayai sebagai khazanah Sarawak dan ada berita mengatakan terdapat pelbagai jenis Orkid di Sarawak yang tidak ada di tempat lain. Namun begitu, ada antara spesis Orkid ini telah dibawa keluar negara dan digezet sebagai Orkid mereka. Sedih bukan?. Sebab itu aktivis Orkid semakin bergerak keras di Sarawak.

____________________
Semoga artikel ini memberi mafaat kepada anda dan jangan lupa. Kongsikan artikel ini dengan kawan-kawan serta sahabat taulan yang hendak berkunjung ke Kuching Sarawak.



Jika terdapat tempat yang tidak dimasukkan dalam senarai. Sila komen di bawah. Terima Kasih.

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama