7 TANDA ANDA KEJAM DENGAN DIRI SENDIRI

KEJAM DENGAN DIRI SENDIRI

Kita kadang-kadang melihat orang lain kejam berbanding memandang kita sendiri yang mungkin sebenarnya kejam pada diri sendiri.

Kejam kepada orang lain. Mungkin jelas pada pandangan mata. Tetapi kejam kepada diri sendiri tidak jelas.

Melainkan anda memahami diri sendiri. Memahami keperluan mental dan fizikal anda.

Tidak kurang dan juga tidak berlebihan. Sederhana yang memberi peluang kepada diri sendiri untuk menikmati ketenangan.

BERIKUT ADALAH ANTARA SIKAP KEJAM KEPADA DIRI SENDIRI DALAM MASYARAKAT KITA

SUKAR UNTUK MENGATAKAN TIDAK

(1) Apabila dipelawa. Sukar untuk menolak. Diam seribu BAHASA. Diam tanda setuju. Tetapi sebenarnya tidak.

Apabila tidak dapat ATAU tidak sanggup apabila di ajak ATAU dipelawa. Jawab dengan tenang dan bersahaja.

Tidak perlu mengkritik. Hanya katakan tidak kerana ada kerja yang lebih penting ATAU aktiviti yang tidak dapat di elakkan.

Jangan sekali-kali berdiam DIRI tetapi tidak memenuhi undangan ATAU tidak respon apabila dihubungi.

Lebih teruk lagi mengatakan setuju tetapi sebenarnya tidak. Kemunafikan ini jelas nyata kejam dengan DIRI sendiri.

Bukan sahaja sahaja DIRI sendiri. Sifat munafik ini juga kejam dengan orang lain. Menganiaya orang lain dengan berdusta.

Jangan jadi pengecut. Jangan takut mengatakan tidak.

KEJAM DENGAN DIRI SENDIRI

SELALU MERENDAHKAN DIRI SENDIRI

(2) Kekejaman ini selalu terjadi apabila mendapat pujian ATAU komen baik dari orang lain.

Jangan TERUS menjawab tidak. Apabila dipuji maka ucapkan syukur. Pujian adalah rezeki dan jika berlebihan itu adalah ujian.

Anda boleh berasa RENDAH DIRI. Tetapi jangan berlebihan sehingga merencat potensi DIRI sendiri.

RENDAH diri ada tempatnya Dan tidak semua tempat. Jika setiap masa merendah diri. Anda sebenarnya memanggil aura negatif.

Ini jelas kejam dengan DIRI sendiri Dan sebenarnya juga kejam dengan orang lain. Seakan anda bukan orang yang berguna.

Menyusahkan orang lain jika terdapat aktiviti yang memerlukan aktiviti secara berkumpulan.

SELALU MEMUASKAN HATI ORANG LAIN

(3) Ingat ayat ini. "Kita tidak akan pernah mampu memuaskan hati semua orang dan tidak akan pernah mampu memuaskan orang lain setiap masa."

Jangan terlalu memaksa orang lain untuk puas dengan apa yang kita lakukan. Menjadi orang lain untuk memuaskan hati semua orang.

Jangan kejam dengan DIRI sendiri sehingga menidakkan identiti sendiri. Memuaskan hati sang pencipta lebih baik dari memuaskan hati orang lain.

Lakukan yang terbaik dan tawakal. Kita buat baik pun akan ada orang tidak puas hati. Apatah lagi jika kita berbuat jahat.

Sandarkan setiap gerak-geri anda hanya pada yang satu. Tiada kemampuan atau daya kita kecuali dengan izin Allah swt.

TIDAK MELUANGKAN MASA UNTUK DIRI SENDIRI

(4) Terdapat banyak cara meluangkan masa dengan DIRI sendiri. Antaranya solat, berjoging dan sebagainya yang mampu memberi ketenangan.

KEJAM DENGAN DIRI SENDIRI

Berfikir mengenai orang lain itu bagus. Tetapi jika berlebihan, Maka ianya akan memudaratkan diri sendiri.

Setiap dari kita mempunyai keinginan tersendiri. Lakukan jika ada kesempatan. Asalkan tidak memudaratkan orang lain dan diri sendiri.

Meluangkan masa untuk diri sendiri bagaikan butang reset atau proses mengenal diri sendiri.

BERUSAHA JADI ORANG LAIN

(5) Memiliki idola adalah lumrah manusia. Kagum dengan orang lain adalah biasa. Tetapi anda tidak perlu jadi seperti dia.

Cukup mengambil kebaikkan yang mampu kita lakukan. Jangan berlebihan sehingga anda hilang identiti anda.

Anda adalah unik pada posisi anda sendiri. Keunikan tersebut anda akan temui jika menghargai diri sendiri.

Jangan kejam dengan DIRI sendiri sehingga memaksa diri kita untuk berlakon, munafik dan sebagainya.

MAKAN SECARA BERLEBIHAN

(6) Zaman sekarang terutama di Malaysia. Banyak rakyat kita yang obesiti. Obesiti adalah penyakit yang hadir kerana makan berlebihan.

Makan mengikut masa dengan kuantiti yang seimbang. Utamakan makanan yang berkhasiat yang dapat memberi mafaat kepada badan.

Tidak makan juga memberi mudarat. Berlebihan juga memberi mudarat. Maka besederhanalah dalam memilih makanan.

Puasa mampu memberi peluang kepada badan dan perut untuk berehat. Tetapi, jangan lupa bersahur dan berbuka.

Kawal pemakanan anda. Ingatlah bahawa badan kita nak pakai lama. Jangan menyusahkan diri sendiri dan orang lain.

Anda sakit juga akan menyusahkan orang lain.

TIDUR YANG TIDAK MENCUKUPI

(7) Seperti menjadi fenomena apabila kebanyakkan masyarakat bandar biasa tidur lewat.

Tidur pada waktu siang tidak akan pernah sama dengan tidur malam. Tidur pada tepat waktu dalam tempoh 6 jam sehari untuk orang dewasa.

Tidur yang benar-benar tidur adalah pada peringkat REM yang kebiasaannya berlaku pada pukul 3-4 pagi.

Tidur peringkat REM adalah waktu badan anda membaik pulih sel-sel rosak dan menggantikan sel mati.

Tidur yang tidak cukup menyebabkan anda memaksa diri anda MELAKUKAN sesuatu dalam keadaan badan yang lemah dan tidak bertenaga.

Tidur mampu menguruskan badan.


Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama