AQIQAH KURBAN MUDAH DAN MURAH


AQIQAH DAN KURBAN KUCHING SARAWAK


Saya mula menjalankan perniagaan Aqiqah Qurban Sebagai Freelance sejak tahun 2018 yang lepas. Syarikat Am Salam telah ditubuhkan secara rasminya awal tahun 2022. Kita sudah mempunyai pengalaman selama 4 tahun dalam bidang ini.

Dengan perkhidmatan yang kami sediakan iaitu Aqiqah dan Qurban ini. Kami sebenarnya dapat membantu masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat sekitar. Pertama, masalah menghadapi kos yang tinggi. Dimana, kita faham harga seekor kambing, lembu dan sebagainya untuk dikorbankan. Harga terlalu tinggi di kawasan kita ini. Jadi, kita menyelesaikan masalah ini dengan melaksanakan Aqiqah dan Kurban di Mekah dengan kos yang minima, yang mampu milik. Yang dapat dilaksanakan oleh masyarakat kita. Yang kedua, dapat memudahkan. Dimana, kalau kita melaksanakan Aqiqah dan Qurban sendiri. Kita terpaksa menanggung kos lain. Iaitu contohnya kos-kos penyediaan makanan dan sebagainya.

Kita laksanakan di Mekah dan kita beri bukti Aqiqah dan Kurban ini melalui video dan sijil.

Antara maklum balas yang kita terima daripada pelanggan. Mereke memberitahu bahawa Aqiqah dan Kurban yang kita laksanakan dapat membantu dan memudahkan mereka. Kita juga mendapat maklumbalas pelanggan. Ada juga anak-anak mereka belum Aqiqah sehingga berumur belasan tahun. Dah lepas Aqil Baligh pun belom melaksanakan Aqiqah disebabkan kos yang terlalu tinggi.

Bila kita menawarkan perkhidmatan yang kita sediakan ini. Mereka sungguh berpuas hati dan gembira apabila dapat melaksanakan Aqiqah untuk anak-anak mereka.

Antara perkhidmatan yang kami sediakan adalah Aqiqah dan Kurban. Kita juga menyediakan badal haji dan umrah. Dan yang seterusnya kita melaksanakan wakaf al-Quran, kerusi roda dan kerusi lipat di Mekah.

Lokasi pejabat kami berada di jalan Semarak. Berhadapan dengan SMK Petra Jaya. Pelanggan kami terdiri daripada rakyat seluruh Malaysia dan ada juga daripada indonesia serta Brunai Darul Salam.

Kepada sesiapa yang berminat dengan perkhidmatan kami iaitu Aqiqah Mekah dan produk kami yang kami sediakan. Anda boleh layari Facebook Page kami di Jom Aqiqah Mekkah Mudah dan Murah. Anda juga boleh menghubungi saya di talian 60138328328.

whatsapp biskut murah sedap kuching
[penafian: beloya2u tidak terlibat dalam transaksi]

Usahawan harus mempunyai semangat yang kental. Yang kedua, tidak mudah putus asa dan yang ketiga. Berjiwa Kental.

Terima kasih Bazaar Rakyat Online Sarawakku Sayang (BROSS)

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama