4 LANGKAH MUDAH HASILKAN GAMBAR IKLAN KREATIF

 Selamat sejahtera kepada pembaca beloya2u.com. Terima kasih kerana sudi MENGABAS (mengunjungi) kami. Semoga laman ini dapat membantu banyak masyarakat yang memerlukan ilmu dan kemahiran berkaitan.

Dalam artikel kali ini saya berkongsi 4 langkah MUDAH untuk membuat gambar iklan KREATIF. Sebelum itu, terlebih dahulu saya nasihatkan anda untuk membaca artikel ini atau terus menonton video yang disediakan dalam artikel 6 TIPS MUDAH MENGHASILKAN IKLAN DIGITAL KREATIF + BONUS TIPS. Artikel tersebut akan membantu anda untuk memahami teknik-teknik menyediakan gambar iklan melalui tips-tips yang diberi.

BERIKUT ADALAH 4 LANGKAH MUDAH UNTUK MENGHASILKAN GAMBAR IKLAN KREATIF

ambil gambar iklan kreatif

GUNA APA YANG ADA UNTUK MENGAMBIL GAMBAR


Tidak perlu menunggu sempurna untuk melakukan sesuatu. Tetapi lakukan untuk menyempurnakannya. Kaedah paling asas adalah meletakan gambar di atas kertas putih atau kertas kosong atau apa sahaja jenis hamparan kosong bagi tujuan untuk memudahkan editing. Letakkan di kawasan cahaya sederhana terang atau cahaya neutral (cahaya matahari). Kekuatan cahaya boleh di ubah dengan perisian yang ada di dalam internet. Anda tidak perlu risau. Sekurang-kurangnya gambar anda nampak menarik walaupun tidak profesional. Jika dilakukan secara berulang, saya percaya gambar anda akan nampak profesional pada akhirnya. Practice make perfect. Ambil banyak posisi gambar supaya anda banyak pilihan.


buang background iklan kreatif

KAEDAH MEMBUANG/MEMADAM BACKGROUND

Terdapat beberapa pilihan untuk membuang background. Tetapi yang pasti kaedah mengambil gambar penting bagi memudahkan sistem membuang background. Sistem tidak keliru dengan warna yang sama dengan background. Untuk memadam gambar latar, anda boleh menggunakan 3 web ini. Web tersebut ialah www.remove.bg, www.photopea.com dan www.fococlipping.com. Anda boleh pilih mana yang sesuai dan memudahkan kerja anda. Bagi saya remove.bg lebih mudah digunakan.


buat editing iklan kreatif

EDIT GAMBAR DAN GRAFIK

Membuat editing adalah bahagian paling mencabar. Persoalan yang paling besar adalah bagaimana gambar iklan anda lebih menarik mata untuk memandang?. Untuk bahagian ini terdapat 2 website yang saya cadangkan iaitu www.canva.com dan www.photopea.com. Antara dua website ini photopea adalah laman web yang menyediakan editing hampir sama dengan ADOBE PHOTOSHOP. Anda tidak perlu download. Semua editing hanya di laman web sahaja. www.canva.com adalah laman yang paling saya suka kerana laman ini sudah menyediakan pelbagai template, element, gambar dan sebagainya untuk memudahkan saya membuat gambar iklan. Sebelum buat bahagian ini. Saya cadangkan anda membaca terlebih dahulu artikel dalam web ini yang bertajuk 6 TIPS MUDAH MENGHASILKAN IKLAN DIGITAL KREATIF + BONUS TIPS. Saiz yang saya cadangkan untuk gambar iklan anda adalah 1080px X 1080px iaitu sama dengan saiz gambar instagram. Ini bertujuan memudahkan anda untuk meletakkan gambar anda di mana-mana sosial media.


download dan posting iklan kreatif

DOWNLOAD DAN POSTING MENGGUNAKAN FILE YANG BETUL

Apabila anda tekan butang "DOWNLOAD" terdapat beberapa pilihan jenis file yang perlu anda fahami. Namun begitu saya cadangkan anda pilih file PNG atau JPG atau JPEG. File ini sesuai untuk dimuat naik ke laman sosial. Muat naik ke laman sosial dan masukkan perkataan yang mempunyai nilai seperti tips, kaedah guna, apa yang dapat diselesaikan produk tersebut dan sebagainya yang memberi keuntungan kepada pembaca. Bahagian ini lebih kepada kemahiran menulis ayat iklan (copywriting). Saya ada menyediakan e-book copywriting percuma. Jika anda berminat sila komen "saya nak"  bawah video ini.




Saya harap pengkongsian ini dapat membantu ramai pihak. Jangan lupa untuk Share artikel ini. Terima kasih.







Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama