PANTANG LARANG SEORANG TRADER

pantang larang trader forex
APAKAH PANTANG LARANG TRADER FOREX

Trade memerlukan strategi, kefahaman dan ketajaman minda. Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan kesan kepada trading forex anda. Di dalam artikel ini, saya kongsikan tips yang boleh membantu anda.



JOM KITA LIHAT PANTANG LARANG TRADER FOREX


EMOSI

Ini adalah bahagian penting. Sebagai seorang trader. Emosi harus dikawal agar tidak membuat keputusan terburu-buru. Jiwa haruslah tenang dan pemikiran yang jelas mengenai pembacaan graf dalam MT4. Jika anda beremosi akibat stop loss atau apa sahaja berkaitan. Berhenti trade sementara waktu sehingga anda benar-benar tenang. Trade menggunakan emosi menyebabkan anda semakin bermasalah.

PENGURUSAN KEWANGAN

Pastikan anda menggunakan lot yang sesuai untuk trading. Jangan terlalu tamak meletakkan lot yang besar dengan modal yang rendah. Jika modal kecil. Anda dinasihatkan menggunakan akaun sen atau akaun kecil seumpamanya dengannya. Seorang trader yang berjaya biasanya menguruskan modal dengan baik dan tidak terlalu tamak. Ambil keuntungan bedasarkan sasaran atau objektif setiap entry.

KEPUTUSAN ENTRY

Ini melibatkan isu emosi, kewangan, pembacaan graf dan berita semasa. Pastikan keputusan entry anda bukan atas pengaruh orang lain. Jika keputusan entry anda dipengaruhi orang lain, kebarangkalian anda akan melanggar syarat trading anda sangat tinggi. Pastikan anda membuat keputusan berdasarkan kefahaman anda sendiri dan bukan dari orang lain. Di sini, anda akan belajar untuk menjadi trader yang bagus.

MEMINJAM

Ini adalah pantang larang trader kelas atasan. Jangan sekali-kali membuat pinjaman wang untuk trade di forex. Trading forex adalah aktiviti pelaburan berisiko tinggi. Menggunakan wang pinjaman untuk trading akan menyebabkan emosi anda lebih teruk dan memberi tekanan kepada anda. Masalah lain akan muncul seperti masalah untuk membayar pinjaman dan masalah hubungan anda dengan pemberi pinjaman. Lebih teruk lagi jika anda meminjam dengan ahlong bukit beruntung.

MENDAPAT PELABUR

Jangan cuba untuk mendapatkan pelabur untuk trade yang dilakukan oleh anda. Jika ada individu hendak melabur. Pastikan dia benar-benar faham mengenai risiko. Ulang kefahaman risiko kepada mereka sehingga beberapa minggu. Adakah mereka benar-benar sanggup kehilangan modal?. Ceritakan derita sebelum bahagia. Namun begitu, trading melibatkan pelabur akan memberi kesan emosi trade kepada anda. Anda akan lebih tertekan walaupun anda pura-pura tenang. Ini pengalaman kebanyakkan trader.


TERLALU YAKIN LUAR BIASA

Ini bahagian bahaya. Keyakinan luar biasa. Entry tanpa berfikir panjang. Tanpa membuat semakan terperinci TF demi TF. Terus masuk kerana haus dengan keuntungan. Keyakinan itu bagus tetapi dengan mengikuti langkah demi langkah sebelum membuat keputusan adalah keyakinan lebih bagus. Keyakinan luar biasa ini adalah yakin luar dari kebiasaan.

JOIN AND BECOME FOREX TRADER

MELANGGAR SOP

Setiap kali entry. Pastikan anda mengikuti SOP yang telah anda pelajari atau anda fahami. SOP tersebut akan mengembangkan cara anda trading pada masa akan datang. Anda akan dengan mudah menjumpai kelemahan dan memperbaiki kelemahan.






Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama