SEBAB KITA JUAL DI SHOPEE


Jual di shopee
Sebab mengapa perlu jual di Shopee
Beberapa tahun ini aktiviti digital semakin meningkat. Jualan dan pembelian yang berlaku semakin bertambah. Shopee antara platform yang terbaik untuk membuat jualan. Tetapi ada usahawan yang nak jual di Shopee tetapi tidak tahu bagaimana untuk memulakannya.

Sebelum kita berbincang dengan lebih lanjut. Saya nak pembaca faham satu perkara, iaitu KONSEP E-COMMERCE. Apakah yang dimaksudkan dengan e-Commerce? e-Commerce ialah aktiviti jual beli atau transaksi tunai yang berlaku di atas talian. Maksud e-Commerce semudah ini. Jangan keliru.

Nak jual apa di shopee? apakah barang yang terlaris di Shopee? Apakah pengalaman berniaga di Shopee? Adakah ini antara teknik jual barang online?

Banyak persoalan, tetapi terlebih dahulu kita semak mengapa kita perlu jual di Shopee?


SEBAB MENGAPA JUAL PRODUK DI SHOPEE


SOKONGAN PROMOSI

Semua orang tahu bahawa shopee membelanjakan banyak modal untuk membuat pengiklanan dari pelbagai media seperti televisyen, radio, sosial media, google, facebook dan sebagainya. Menyediakan kupon diskaun kepada pelanggan dari RM5 ke RM10. Walaupun pelanggan menggunakan kupon tersebut, tetapi penjual tetap dibayar penuh oleh shopee. Di sini anda sudah mendapat menjimatan yang banyak untuk membuat promosi produk anda. Mungkin juga produk anda akan di iklan kan oleh Shopee dan ianya percuma.

PENJIMATAN MASA

Anda tidak perlu membuat laman e-Commerce anda sendiri di mana ianya memerlukan masa dan modal yang banyak. Untuk membuat laman seperti itu, anda perlu berusaha untuk menarik banyak trafik masuk ke laman sesawang anda. Di situ sahaja, ianya mengambil masa yang lama. Segala sistem transaksi dan bayaran sudah disediakan secara automatik oleh shopee.

JAMINAN BELIAN DAN JUALAN

Shopee sebagai orang tengah yang akan menjaga kebajikan pelanggan dan kebajikan penjual. Ini untuk mengelak scam atau penipuan dalam belian dan jualan. Setiap transaksi bayaran akan terus ke akaun Shopee dan tunai tersebut dimasukkan ke akaun penjual setelah Shopee mendapat pengesahan penghantaran daripada Poslaju. Hasil jualan akan terlebih dahulu masuk ke eWallet penjual sebelum dimasukkan ke akaun bank secara automatik setiap hari rabu. eWallet tersebut juga boleh digunakan oleh penjual untuk berbelanja di Shopee.  Pastikan anda membuat pengeluaran mengikut terma dan syarat yang dikenakan oleh shopee untuk mengelakkan anda dikenakan caj tambahan.

_____________

_____________

PAPARAN MOBILE

Seperti yang kita ketahui pada masa sekarang. Kebanyakkan pengguna hanya menggunakan telefon bimbit untuk berkomunikasi dan banyak menghabiskan masa melayari internet menggunakan telefon bimbit. Shopee menyediakan aplikasi khas untuk pengguna dan peniaga. Belian boleh dibuat terus dari telefon bimbit. Untuk penjual, anda boleh berurusan dengan pelanggan hanya menggunakan telefon bimbit sahaja. Ini bermakna anda boleh menguruskan stok, pelanggan, transaksi, soal jawab dan sebagainya berkaitan hanya dengan telefon bimbit sahaja.

PENGHANTARAN DITAJA SHOPEE

Tahukah anda. Setiap kali Shopee membuat tawaran penghantaran percuma sebenarnya Shopee mengeluarkan kos sendiri untuk promosi tersebut. Penjual kena bijak mengambil peluang jika Shopee membuat promosi seperti ini. Penghantaran percuma akan berlaku jika kos penghantaran anda kurang daripada tajaan yang dibuat oleh Shopee atau mungkin separuh dari kos penghantaran anda ditaja oleh Shopee. Kaedahnya, pelanggan akan menerima diskaun penghantaran contohnya sehingga 50% dan pelanggan hanya perlu membayar selepas tolak 50%. Tetapi untuk penjual, anda akan menerima pembayaran penuh.

________________________

_____

Diharapkan, maklumat ini membantu anda untuk bergerak lebih jauh lagi. Banyak lagi yang perlu dipelajari. Anda perlu lakukan sesuatu. Anda perlu menambah pengetahuan berkaitan dengan bagaimana untuk menjual di Shopee. Saya amat rekomen anda untuk mendapatkan e-Book yang akan membantu anda menjadi usahawan berjaya di Shopee. Klik butang bawah ini untuk maklumat lebih terperinci.


Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama