PENDAFTARAN KMS CHARITY RUN 2.0
![]() |
klik pada gambar untuk membersarkan gambar/zoom |
- Tarikh program adalah pada 26 Februari 2023 bertempat di Metrocity Kuching Sarawak.
- Kategori 10KM adalah Terbuka Wanita dan Terbuka Lelaki sahaja.
- Kategori 4KM Terbuka Umum sahaja.
- Beloya Management and Services adalah penyedia sistem bayaran dan pendaftaran. Sebarang tuntutan pada masa akan datang hendaklah terus kepada penganjur iaitu KMS Media Global Empire.
- Peserta yang sudah membuat pendaftaran dan bayaran akan menerima medal (menamatkan larian) dan baju KMS Charity Run 2.0 (3 hari sebelum program).
- Tarikh tutup penyertaan fasa 1 adalah pada 26 Januari 2023 dan tarikh tutup fasa 2 (terakhir) adalah pada 15 Februari 2023.
- Penyertaan sebelum atau pada 26 Januari 2023 11:30PM layak mengambil baju di lokasi 3 hari sebelum program yang akan dimaklumkan melalui whatsapp personal peserta.
- Penyertaan antara 26 Januari 2023 11:30PM hingga 15 Februari 2023 11:30PM akan mengambil baju dan medal selepas program atau mengikut tarikh yang akan dimaklumkan kepada peserta melalui Whatsapp personal peserta.
- Peserta perlu membawa kad pengenalan/pasport semasa mengambil baju
- Peserta perlu membawa kad pengenalan/pasport semasa hari program
- Yuran penyertaan adalah RM75 larian 10KM dan RM55 untuk larian 4KM.
- Caj RM1 dikenakan setiap transaksi adalah caj dari pembekal sistem bayaran dan tidak akan dikembalikan.
- Peserta perlu melengkapkan borang sebelum membuat bayaran dengan memberi maklumat yang benar, tepat dan terkini.
- Peserta dikehendaki melengkapkan borang setuju terima terma dan syarat semasa mengambil baju dan medal atau sebelum program bermula sebagai pengesahan penyertaan.
- Maklumat yang tidak lengkap atau tidak tepat akan menyebabkan peserta hilang kelayakan dan akan disekat dalam larian ini tanpa pemulangan bayaran daripada pihak penganjur.
- Pihak penganjur tidak akan membuat pemulangan bayaran sekiranya peserta menarik diri selepas membuat pembayaran. Namun begitu, baju dan medal akan diserahkan kepada peserta mengikut tatacara 6 dan 7.
- Peserta akan diberikan 2 helai nombor larian dan perlu dilekatkan di hadapan dan belakang peserta sepanjang larian berlansung. Kegagalan berbuat demikian akan membatalkan penyertaan peserta.
- Pertukaran nombor larian adalah tidak dibenarkan dan sebarang penggantian peserta perlu mendapat persetujuan daripada pihak penganjur dan individu tersebut tidak layak untuk menerima sebarang hadiah mahupun kelayakan yang lain serta harus menganggap sebarang risiko itu daripada perbelanjaan mereka sendiri.
- Langkah-langkah keselamatan bagi setiap peserta adalah di bawah seliaan pihak penganjur, sebarang kecederaan peserta semasa latihan atau semasa larian sedang berlangsung adalah tanggungjawab peserta sendiri.
- Peserta digalakkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan atau berunding dengan perunding kesihatan sebelum menyertai larian ini.
- Mana-mana peserta berdaftar dan mempunyai masalah kesihatan semasa hari kejadian akan dikecualikan daripada larian.
- Peserta yang sakit/tercedera semasa larian akan dihantar ke mana-mana pusat kesihatan yang terdekat. Kos perubatan adalah tanggungjawab peserta sendiri.
- Segala risiko dan kemalangan yang membabitkan peserta dalam larian ini adalah tanggungjawab peserta sendiri. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas segala kerugian yang membabitkan kecederaan tubuh badan, kerosakan harta benda sama ada yang peribadi atau awam, atau apa-apa masalah yang timbul semasa program ini
- Peserta disyorkan untuk mempunyai insuran kemalangan peribadi atau insuran kesihatan dalam program ini.
- Penganjur berhak untuk menghadkan atau menambah atau menolak penyertaan.
- Sekiranya program ini telah dibatalkan atas sebab-sebab tertentu, iaitu berlakunya kejadian yang tidak dapat dikawal (seperti bencana alam atau isu keselamatan) daripada pihak penganjur yang boleh menyebabkan program ini tidak selamat untuk diadakan, maka pihak penganjur tidak akan memulangkan segala yuran penyertaan dan lain-lain perkara yang telah diberikan tidak perlu dipulangkan kepada penganjur melainkan pihak penganjur merasakan tuntutan yang dilakukan berpadanan dengan kesilapan dan kehilangan yang berpunca daripada pihaknya sendiri.
- Pihak penganjur berhak untuk menambah atau mengurangkan kategori yang dipertandingkan tanpa sebarang notis kepada peserta. Sebarang notis akan dimaklumkan
- Pihak penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan peserta yang tidak mengikut peraturan sepanjang program dan sebarang tuntutan bayaran tidak akan dilayan.
- Pihak penganjur berhak untuk menggunakan segala bahan termasuk gambar, rakaman, atau apa-apa sahaja bahan rekod yang lain untuk tujuan komersial dan lain-lain kegunaan.
- Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan, kemalangan, kematian atau kehilangan harta benda atas kecuaian peserta itu sendiri.
- Pihak penganjur berhak untuk mengubah atau menggantikan mana-mana syarat larian ini dari semasa ke semasa sebagaimana yang difikirkan patut diubah atau diganti. Jika terdapat kekaburan dalam mana-mana peruntukan ini, pihak penganjur berhak untuk mentafsir dalam berbuat demikian, mereka akan mengambil kira kepentingan peserta yang terjejas. Apa-apa pindaan kepada syarat-syarat akan dikemaskini di web beloya2u.com
- Pihak penganjur berhak untuk meminda laluan larian sekiranya didapati ia patut dilakukan atas sebab keselamatan peserta dan/atau untuk mengelakkan sebarang bahaya yang mungkin akan timbul ketika acara larian ini berlangsung pada bila-bila masa juga.
Dengan menekan butang DAFTAR di bawah adalah bermaksud saya memahami dan faham dengan terma dan syarat yang dinyatakan di atas dan saya bersetuju dengan terma dan syarat untuk mengikuti KMS Charity Run 2.0.
PENAFIAN:
(beloya2u dan Beloya Management And Services adalah syarikat yang dilantik sebagai perantara pendaftaran peserta. Dana disalurkan terus kepada KMS Charity Run 2.0. Sebarang tuntutan hendaklah terus kepada pengurusan KMS Charity Run 2.0)