JUALAN TAPAK KMS FOOD FESTIVAL (MJC)

 

TAPAK JUALAN KMS FOOD FESTIVAL (MJC)

Maklumat, Terma dan syarat
  1. Program ini adalah anjuran Kamek Miak Sarawak
  2. Tapak jualan adalah terhad. Pihak kami berhak untuk menolak permohonan dan mengembalikan bayaran pemohon sebelum tarikh program.
  3. Caj RM1 dikenakan oleh pembekal sistem bayaran atas talian dan tidak akan dikembalikan.
  4. Beloya Management and Services adalah penyedia sistem bayaran dan pendaftaran. Sebarang tuntutan pada masa akan datang hendaklah terus kepada penganjur iaitu KMS Media Global Empire.
  5. Bagi peniaga yang menjual makanan dan minuman diwajibkan menyertakan sijil pengendalian makanan dan slip suntikan thypoid yang masih sah. Salinan semua dokumen ini hendaklah dihantar semasa cabutan undi tapak jualan.
  6. Peniaga hendaklah menyedia dan menanggung sendiri kos keperluan/peralatan/perkakasan yang tidak disediakan oleh penganjur seperti pekakasan memasak, tong gas dan sebagainya.
  7. Peniaga dikehendakki menyediakan plastik sampah sendiri dan memastikan pembuangan sampah dengan kemas di tempat yang telah disediakan. Sentiasa menjaga kebersihan tapak jualan sepanjang program berlansung.
  8. Sekiranya peniaga membawa atau menggunakan peti sejuk/chiller/mesin aiskrim atau pekakasan elektrik berkuasa tinggi, hendaklah meminta kebenaran dengan mengisi borang daripada penganjur untuk kelulusan.
  9. Sebarang kos kerosakkan, kemalangan, kecuaian atau aktiviti jualan yang disebabkan oleh peniaga adalah dibawah tanggungan peniaga itu sendiri.
  10. Beloya Management And Services adalah wakil syarikat mengutip sewaan tapak dan semua bayaran akan diserahkan kepada KMS Media Empire
  11. Bayaran penuh dikembalikan sebanyak 50% sekiranya peniaga menarik diri 2 minggu sebelum tarikh program.
  12. Bayaran penuh tidak akan dikembalikan sekiranya peniaga menarik diri bermula pada tarikh cabutan tapak jualan dijalankan.
  13. Peniaga hendaklah memastikan produk yang dijual semasa program adalah sama sepertimana yang dimaklumkan kepada penganjur. Sebarang perubahan atau pertambahan produk hendaklah dimaklumkan dan mendapat kelulusan penganjur program.
  14. Barang jualan selain daripada jenis jualan sepatutnya dijual akan dikenakan denda sebanyak RM300 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja).
  15. Peniaga adalah dilarang sama sekali untuk menjual atau menyewakan lot jualan kepada pengusaha/syarikat lain. Sekiranya ini berlaku, penyertaan akan ditamatkan serta-merta atau denda sebanyak RM300 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja)
  16. Bayaran sewaan tapak jualan tidak akan dikembalikan kepada peniaga jika peniaga menarik diri selepas membuat cabutan undian tapak jualan.
  17. Peniaga bersetuju bahawa penyertaan dalam program ini adalah atas risiko peniaga sendiri dan peniaga bersetuju untuk tidak mempertanggungjawabkan penganjur ke atas apa-apa kerugian, kerosakkan atau kecurian, kecederaan diri atau kecelakaan yang dialami atau ditanggung oleh peniaga yang timbul daripada atau berkaitan dengan penyertaan program ini.
  18. Penganjur hanya menyediakan kanopi, satu plug elektrik untuk kegunaan kipas/caj hp/light machine dan 2 unit lampu 20'x20'
  19. Penganjur berhak mengikut budi bicara mutlaknya, tanpa memberi notis terlebih dahulu, dan tanpa menanggung sebarang liabiliti terhadap sesiapa, pada bila-bila masa mengubah terma dan syarat penyertaan, mengggantikan, membatalkan atau menyenaraihitamkan penyertaan, dan mengubah, membatalkan atau menggantung pelaksanaan program ini.
  20. Peniaga bersetuju untuk mematuhi segala prosedur dan peraturan yang ditetapkan oleh penganjur dan pihak berkuasa serta sentiasa menitikberatkan perihal kebersihan dan keselamatan serta menunjukkan penampilan diri dan kelakuan yang baik semasa mengikuti program ini.
  21. Peniaga berjanji akan menjaga nama baik sebagai peniaga yang terpilih untuk mengikuti program di bawah anjuran Kamek Miak Sarawak.
Dengan menekan butang DAFTAR di bawah adalah bermaksud saya memahami dan faham dengan terma dan syarat yang dinyatakan di atas dan saya bersetuju dengan terma dan syarat untuk mengikuti KMS Food Festival MJC

PENDAFTARAN DI TUTUP