PENGELUAR KUIH TRADISIONAL KUCHING SARAWAK





Mula membantu arwah ibu dan arwah ayah pada tahun 2010. Kemudian, pada tahun 2019, saya bermula lagi dengan perniagaan saya.

Pada masa itu, lesen arwah sudah tidak ada lagi kerana arwah ibu tidak ada. Oleh itu, saya membuat pembandingan untuk mendapatkan semula lesen tersebut pada tahun 2019.

Kemudian, saya mula perlahan-lahan, pada masa itu tidak ada mesin yang canggih. Saya hanya menggunakan mesin biasa. Saya bermula dengan pesanan yang sedikit. Kemudian, pesanan makin banyak.

Dengan produk ini, saya dapat menyelesaikan masalah masyarakat yang mencari rasa kuih tradisional yang asli.

Setelah pelanggan saya mencuba kuih tradisional kami, mereka mengatakan kuih saya kurang manis, segar, tidak berminyak, dan mengimbau kenangan silam.

Produk utama saya adalah kuih edram, kuih edram ori, kuih edram bijan, kuih edram berinti coklat, kacang, mentega.

Selain itu, saya juga membuat kuih rempeyek, kuih cap, kuih jala, sewed, kuih siput bergantung kepada kehendak pelanggan.

Kilang saya terletak di No 21 Kampung Rampangi Skim, Jalan Sultan Tengah 93050 Kuching, Sarawak.

Saya juga menjual produk saya di butik Zaleea Amin di Metrocity, dan kedai berdekatan masjid di bahagian Kuching.

Saya juga menjual produk di Heritage Gallery berdekatan dengan Keringkam Gallery. Pada hujung minggu, saya berada di Pasar Tani Fama berhadapan dengan Astana Cake.

Saya beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad bermula dari pukul 10 pagi hingga 6 petang. Jika anda berminat dengan produk saya, sila hubungi saya di WhatsApp 0189767834.

Anda juga boleh menghubungi saya melalui laman Facebook kami Zainon Zaini Enterprise.

Seorang usahawan haruslah tidak mudah berputus asa dan sentiasa mencari ilmu. Terima kasih Majlis Amanah Rakyat Mara.                            


@beloya2ustudio Pijan molah kuih edram makei bijan ☎️ 018-976 7834 ( wa.me/message/WN47ZHF2WFEEI1 ) #kuching #sarawak #Edram #beloya2u #kuihtradisional #kuihsarawak ♬ original sound - Beloya2u

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama