BURAQ TERBANG DARI LADONG RAJA SUNGAI REGATTA BATANG KAYAN 2022


Lundu: Buraq Terbang dari Kampung Ladong dinobatkan sebagai Raja Sungai Regatta Batang Kayan 2022 di Lundu Sarawak.

Raja Sungai Batang Kayan tersebut sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 dan sebuah piala.

Di tempat kedua adalah milik pasukan Bujang sigat membawa pulang Wang tunai bernilai RM5,000 dan sebuah piala

Manakala di tempat ketiga diduduki oleh pasukan Bistari yang membawa pulang RM3,000 dan sebuah piala

Majlis peyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ahli parlimen P193 Santubong Datuk Seri Wan Junaidi. 

Turut menyampaikan hadiah adalah Adun N3 Tanjung Datu YB Azizul Adenan.

Menurut Ahli Parlimen P193 Santubong, program Regatta Batang Kayan telah dimasukkan dalam kalender pelancongan Sarawak.

Ini bermakna, program seperti ini akan berlansung setiap tahun di Lundu Sarawak. Peniaga dan orang ramai harus mengambil bahagian untuk mendapatkan mafaat dari aktiviti tersebut.

Kehadiran dan kerjasama dari pelbagai agensi memeriahkan dan melancarkan program Regatta Batang Kayan 2022.

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama