SUAMI HILANG DI HUTAN KEM BELIA KEMUYANG SIBU SARAWAK

SIBU: Dilaporkan Kuta Anak Jenang 81 hilang di hutan KEM BELIA KEMUYANG. Beliau dikatakan KELUAR pada 20 ogos 2022 Dan tidak balik ke rumah.

Laporan diterima BBP Sibu Jaya Dan maklumat awal Dari isteri mangsa, Puan Rampa Anak Ugap bekata suami beliau tidak balik ke rumah hingga sekarang

Usaha mencari mangsa yang dilakukan oleh ahli keluarga Dan orang KAMPUNG tidak membuahkan hasil. Mereka hanya menjumpai terendak milik mangsa yang sering digunakan mangsa.


Berikutan usaha pencarian itu tidak berjaya. Isteri beliau kemudian membuat laporan polis di balai yang berdekatan.

Operasi SAR seterusnya dibuat untuk mencari mangsa oleh BBP. Pencarian telah dibuat dalam radius 3km tempat mangsa dipercayai hilang.

Namun begitu, operasi ditangguhkan pada pukul 4.50 petang atas faktor cuaca Dan hari mulai Gelap.

Operasi tersebut melibatkan 7 anggota Bomba, 7 Polis Diraja Malaysia, 12 Angkatan Tentera Malaysia, 4 Angkatan Pertahanan Malaysia Dan 18 orang KAMPUNG.


Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama