ORANG AWAM MENJERIT KETIKA PREMIER SARAWAK BERUCAP

SADONG JAYA: Jeritan seorang penduduk semasa Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap merasmikan Esplanade SIMUNJAN.

Jeritan tersebut sebagai tanda tidak puas hati dengan keadaan kemudahan air yang bermasalah di sekitar kawasan tersebut.

Kawasan tersebut selalu terjejas berikutan masalah saluran paip utama yang bermasalah.

Namun begitu, ADUN Gedong N.26 kelihatan tenang mendengar jeritan individu tersebut. Beliau seterusnya, menjelaskan progres kerajaan bagi mengatasi masalah tersebut.

Kerajaan NEGERI secara berperingkat sedang membangunkan bekalan air di kawasan Samarahan termasuk SIMUNJAN.


Beliau menjelaskan bahawa Kementerian Utiliti Dan Telekomunikasi sedang menaik taraf dua saluran utama ke Samarahan melalui Serian Dan Kuching.

Naik taraf tersebut dihubungkan melalui jambatan Sadong yang kini berbaki tujuh kilometer ke SIMUNJAN.

Sebanyak Empat Billion Ringgit diperuntukkan bertujuan pelaksanaan 328 projek rakyat. Projek tersebut memfokuskan projek bekalan air sebagai solusi jangka pendek Dan sederhana.

Projek ini dibangunkan melalui Jambatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB). Termasuk projek tangki paras tinggi di Samarahan, Asajaya, Sadong Jaya, SIMUNJAN Dan Sebuyau.

Projek tersebut hampir siap sepenuhnya.

"Sekarang di kawasan Sadong Jaya kita dah perbaiki. Tak ada lagi masalah di Sadong Jaya. Mula-mula saya jadi Ketua Menteri, di situlah tidak ada air. Harini Kita boleh lihat masalah ini sudah selesai. Kita dah selesaikan banyak tempat antaranya Kabong Dan Sebuyau. Kita akan selesaikan masalah di SIMUNJAN Dan Gedong sebelum 2030. Saya akan pastikan masalah ini selesai"

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama