KEBAKARAN PEJABAT SEKOLAH SJKC CHUNG HUA DEBAK

Betong: 18.08.2022 Selasa. Terjadi KEBAKARAN di PEJABAT SJKC CHUNG HUA DEBAK, Betong Sarawak lebih kurang jam 18:15 waktu tempatan.

Dilaporkan KEBAKARAN melibatkan ruang block Pentadbiran Sekolah Jenis separuh kekal setingkat yang berkeluasan 24x48 kaki persegi.
kredit gambar: Bomba Betong

20% Bahagian tersebut telah terbakar. Anggota yang tiba di lokasi mendapati KEBAKARAN telah dipadamkan.

Bantuan Dan kerja pemadaman dilakukan sensitif oleh pekerja Sekolah berkenaan menggunakan alat pemadam API sebanyak 8 unit.

Setelah kejadian itu, pihak Bomba MELAKUKAN pengudaraan bagi mengeluarkan asap di dalam ruang yang terbakar.

Bagi memastikan keadaan benar-benar Selamat. Pihak Bomba MELAKUKAN pemeriksaan lanjutan.
kredit gambar: Bomba Betong


Seterusnya memadam bara API yang Masih membara di tempat kejadian.

Setakat ini tiada mangsa dilaporkan cedera Dan nilai kerugian Serta punca KEBAKARAN masih dalam siasatan.

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama