MEE KOLOK SEDAP SIHAT BORNEO SARAWAK


MEE KOLOK SEGERA SARAWAK SEDAB BERSIH HALAL


Nama saya Normawati. Saya memulakan perniagaan saya iaitu Zuema Enterprise pada tahun 2014. Ini adalah merupakan tahun ke-8 perniagaan kami. Permulaannya, perniagaan kami beroperasi di rumah dan pada tahun 2019 kami berpindah ke Kilang Intrustri Mara, Demak Laut. 

Mee Kolok Zuema amat sesuai untuk ibu-ibu yang bekerjaya, untuk pelajar-pelajar yang jauh daripada Sarawak, untuk mereka yang mementingkan kesihatan anak-anak kerana mee kolok ini sangat selamat untuk dimakan. Mee kolok ini juga dapat bertahan lama kerana ianya tidak mempunyai wax. Untuk ibu-ibu yang bekerjaya dan tiada masa untuk memasak, bolehlah membeli mee kolok kami kerana mee kolok biasa yang selalu dijual tidak dapat bertahan terlalu lama akan tetapi mee kolok zuema ini boleh bertahan dalam tempoh setahun.  

Antara maklum balas yang kami terima daripada pelanggan kami, mee kolok zuema sangat sedap. Di samping itu juga, ia mudah untuk disimpan. Kalau zaman dahulu kita membeli mee kolok yang segar, kita hendaklah menyimpan mee kolok tersebut di dałam tempat yang sejuk tetapi berbeza dengan  mee kolok zuema hanya perlu disimpan di tempat yang kering. Selain itu, mee kolok zuema mudah untuk disediakan seperti kita memasak mee segera goreng sahaja. Kelebihannya sangat mudah dari segi cara penyediaan. 

Produk-produk yang kami bekalkan ialah mee kolok kering, mee kolok ayam dan mee kolok asli.

Lokasi pemprosesan produk zuema terletak di Kilang Industri Mara, Demak Laut. Pasaran kami merangkumi seluruh Sarawak, Sabah, Semenanjung Malaysia dan pelajar-pelajar yang belajar di luar negara. Kepada individu atau mana-mana kumpulan yang ingin merasai produk zuema  atau ingin menjadi agen, boleh menghubungi kami di talian 60166914420 dan layari FB Page Zuema.

whatsapp biskut murah sedap kuching
[penafian: beloya2u tidak terlibat dalam transaksi]

Seorang usahawan haruslah ada prinsip-prinsip sendiri seperti rajin, tidak mudah putus asa, sentiasa berusaha sehingga berjaya dan berani menghadapi apa jua risiko yang kita hadapi. Jujur dan amanah adalah paling penting. Saya selalu pegang dengan kata-kata ini, "Impian adalah sesuatu tidak dapat digapai dengan tangan tetapi boleh digapai dengan akal fikiran. " 

Terima Kasih Bazaar Online Sarawakku Sayang (BROSS). 




Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama