DEKORASI MAJLIS BESAR KECIL MAMPU MILIK

VIDEO DALAM BAHASA SARAWAK

JURUHIAS PENTAS DAN MAJLIS-MAJLIS KUCHING SARAWAK


Nama saya Sharifah Nur Hidayah. Saya mula menceburi dalam bidang perniagaan perkhidmatan dekorasi majlis ini pada tahun 2014 sehingga pada tahun 2022 dan genap 8 tahun saya berkecimpung dalam bidang ini.  

Perkhidmatan kami sediakan adalah bertujuan untuk membantu menyelesaikan masalah orang yang tiada masa, susah untuk mencari barang dekorasi, tidak ada idea dan kurang kepakaran dalam dekorasi. Antaranya, mereka yang mengalami masalah kekangan masa untuk mencari barang dekorasi, untuk servis program atau majlis korporat di pejabat. Selain itu, di Kuching sangat limited untuk mereka mendapatkan sumber-sumber untuk membuat dekorasi dan disebabkan masalah seperti ini terciptanya perkhidmatan dekosari Bunga Anggun untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut. 

Antara maklum balas yang kami terima daripada pelanggan kami, mereka memberitahu bahawa harga yang ditawarkan oleh kami sangat berpatutan (affordable) daripada tempat-tempat lain. Di samping itu juga, mereka sangat berpuas hati dengan perkhidmatan kami kerana memuaskan hati pelanggan, menepati masa dan  susunan serta kekemasan memenuhi permintaan pelanggan. 

Perkhidmatan yang disediakan oleh Bunga Anggun lebih kepada dekorasi seperti majlis harijadi, majlis persaraan, majlis penghargaan untuk pejabat-pejabat kerajaan, majlis makan malam syarikat dan sebagainya. 

Antara kawasan yang kami sediakan untuk perkhidmatan dekorasi Bunga Anggun ialah sekitar bahagian Kuching, Samarahan, Serian, Lundu, dan Sematan. 

Kepada sesiapa yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan Bunga Anggun atau pun berminat menjadi agen Bunga Anggun boleh hubungi kami di talian 60129450304 dan layari Instagram kami iaitu Bunga Anggun. 

whatsapp biskut murah sedap kuching
[penafian: beloya2u tidak terlibat dalam transaksi]

Seorang usahawan haruslah mempunyai prinsip terutama sekali ialah pengurusan masa. Pengurusan masa adalah sangat penting untuk kita menepati masa pada setiap pekerjaan kerana ia tidak akan mengganggu masa pelanggan kita yang sudah membahagikan masa mereka untuk kita. Selain itu, seorang usahawan hendaklah bertoleransi dengan pelanggan. Ini kerana kita tidak boleh mengikut kehendak kita sendiri tetapi kita haruslah mengikut kehendak dan permintaan mereka. Tambahan pula,  kita boleh memberi idea yang terbaik kerana ini adalah bidang yang kita ceburi. 

Terima kasih Bazzar Online Sarawakku Sayang (BROSS).

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama