CARA BUAT PELABURAN CRYPTO MELALUI PLATFORM YANG SAH

 Selamat sejahtera dan terima kasih kepada pembaca beloya2u. Kepada USAHAWAN yang ingin membuat pelaburan dalam KRIPTO. Artikel kali ini saya akan berkongsi mengenai pelaburan crypto atau dikenali sebagai emas digital. Emas ini dilombong menggunakan sistem khas dan ianya mengambil masa yang lama serta tenaga yang banyak untuk menghasilkan emas digital ini. Selamat datang ke dunia Crypto. Mungkin banyak masyarakat mendengar nama BITCOIN atau  RIPPLE atau ENTHERIUM. Ini semua adalah jenis Crypto yang ada di pasaran.

BERIKUT INI ADALAH PERKONGSIAN MENGENAI PELABURAN KRIPTO


ANALISIS PASARAN KRIPTO

Pada masa sekarang. Emas digital ini menghadapi nilai pasaran tidak menentu. Kebanyakkan nilai merundum. Ini adalah berita tidak menyeronokkan kepada pelabur. Kalau ada matahari tenggelam, pastinya ada matahari terbit. Pada waktu ini, adalah masa yang sesuai membuat pelaburan kerana kaedah mendapatkan keuntungan dari cyripto ini adalah membeli pada harga yang rendah dan menjual pada harga yang tinggi. Tidak terlambat untuk anda membeli sementara harga sedang menurun.

Perubahan ini adalah kerana fundamental daripada pemain-pemain industri yang besar. Antara kemungkinan penurunan kali ini adalah kerana Presiden Amerika Serikat (AS) Joe Biden membuat perubahan kod pajak termasuk merancang menaikkan pajak hingga kenaikkan modal menjadi 39.6% pada masyarakat berpendapatan lebih dari US$1 juta [rujukan]. Kemungkinan yang kedua adalah kerana pengumuman yang dibuat dalam tweet Elon Musk (TESLA) yang menyatakan tidak akan menerima transaksi pembelian keretanya menggunakan matawang kripto kerana perlombongan Bitcoin memberi impak kepada iklim dan tidak baik untuk alam sekitar [rujukan].


BAGAIMANA UNTUK MELABUR DALAM CRYPTO

Terdapat pelbagai platform yang boleh anda gunakan untuk membuat pelaburan Cryptocurrency dan antara diyakini adalah menggunakan LUNO. Anda boleh muat turun LUNO melalui Google Play dan IOS. LUNO dilancarkan di Malaysia pada penghujung oktober tahun 2019 dan diluluskan oleh BANK NEGARA. Berita baik untuk anda adalah, jika anda muat turun LUNO sekarang dengan tekan LINK  ini dan membuat deposit sebanyak RM250.00 maka anda layak untuk mendapat BITCOIN percuma bernilai RM25.00.

Aplikasi LUNO amat mesra pengguna. Bagi memudahkan anda untuk mendaftar LUNO. Sediakan maklumat berikut:

  • Nama dan Nombor kad pengenalan
  • Nombor telefon bimbit yang aktif
  • Email yang aktif
  • Alamat kediaman
Proses pendaftaran amat mudah dan hanya memerlukan dokumen kad pengenalan sahaja. Selepas semua selesai. Proses pengesahan akaun LUNO anda memerlukan lebih kurang beberapa hari sebelum anda boleh menggunakan akaun tersebut sepenuhnya. Dapatkan BTC bernilai RM25 dengan membuat deposit sebanyak RM250.

PENGALAMAN DENGAN LUNO

Saya sendiri telah mendaftar LUNO dan membuat pelaburan Kripto Etherium dan yang terkini adalah Ripple. Saya telah menjual Etherium dan telah membuat pengeluaran 200% dari hasil pelaburan asal dan akaun tersebut masih aktif dengan catatan keuntungan 60%.  Saya telah membuat pelaburan pada awal tahun 2020 dan baru-baru ini saya telah membuat pelaburan untuk Kripto Ripple dengan harga RM3.00 seunit. Pada masa sekarang harga Ripple adalah antara RM3.50 hingga RM4.50 seunit. Jika harga ini jatuh lagi di bawah paras RM3.00. Maka saya akan menambah pelaburan saya. Pelaburan ini saya akan simpan untuk tempoh yang lama.

Sahabat saya pernah membeli Ripple dengan harga RM1.00 seunit dan Bitcoin dengan harga RM0.50 seunit. Anda boleh bayangkan jika harga ini meningkat untuk beberapa tahun akan datang? Harga terkini Bitcoin adalah RM151,401 seunit. Waktu ini pelabur Kripto mula membuat pelaburan semula dan membuat keuntungan setelah harga meningkat.

Metod yang saya gunakan untuk pelaburan Kripto adalah mengeluarkan modal apabila harga kripto ini mencapai pada tahap tertentu dan menambah pelaburan jika harga menurun paling rendah dalam tempoh 1 tahun. Harga mungkin boleh jatuh lagi tetapi tidak akan terlalu jauh berdasarkan pengalaman saya yang lalu.



Catat Ulasan

0 Ulasan