APLIKASI ANAK SARAWAK SOKONGAN BANTUAN KOMUNITI USAHAWAN

 


APLIKASI UNTUK USAHAWAN DALAM ANAK SARAWAK


Usahawan digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah digital untuk memasarkan produk dan perkhidmatan. Terdapat pelbagai platfom yang boleh digunakan untuk memasarkan produk. Pada 8 April 2021 kami bersama dengan Serba Dynamic Sdn Bhd, Taqwatech Sdn Bhd dan Serojatech Sdn Bhd telah merasmikan aplikasi Anak Sarawak di D'Vitual Park Kota Samarahan.


Aplikasi Anak Sarawak diumumkan berada di dalam Google Play (Pengguna Android) dan Apps Store (Pengguna IOS). Bila-bila masa pengguna boleh muat turun untuk menggunakan aplikasi ini. Ciri-ciri aplikasi ini setakat hari ini (9 May 2021) adalah:

  1. Berkongsi maklumat (posting)
  2. Marketplace
  3. In-App Notification
  4. Bookmarks
  5. Holidays - Tarikh di Sarawak
Beberapa minggu lagi. Aplikasi ini akan dikemaskini ciri baru yang lebih menarik. Dijangkatkan antara ciri baru yang akan muncul adalah:

  1. Radio digital
  2. Chatting Box
  3. Video 
Aplikasi ini dijangka akan digunakan lebih banyak pengguna dikalangan Rakyat Sarawak pada masa akan datang dengan ciri-ciri yang lebih menarik lagi. Jika anda ingin mencadangkan ciri-ciri lain dalam aplikasi ini. Anda di alu-alukan untuk komen di bawah ini.

Semoga bakat Anak Sarawak dapat membantu lebih banyak Komuniti di Sarawak.

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama