POTENSI CENDAWAN DAN BONGKAH CENDAWAN SARAWAK

 



Selamat sejahtera pembaca beloya2u. Kali ini saya nak kongsikan mengenai potensi menjadi usahawan cendawan. Daripada penanaman sehingga kepada penjualan pengguna akhir. Apa yang menariknya, satu bongkah cendawan boleh dituai berkali-kali. Setiap putaran bongkah cendawan minimum memakan sehingga 5 bulan dan ianya boleh lebih daripada itu.

Jika anda pengusaha cendawan. Anda boleh melakukan beberapa hal sebagai usahawan cendawan. Antaranya menjadi tenaga pengajar jika anda boleh mengajar. Untuk mengajar anda perlukan teknik dan menyediakan modul khas. Lebih baik sekiranya anda mengambil sijil HRDF dan anda mendapat pengiktirafan mengajar dari kerajaan Malaysia.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan bongkah cendawan adalah seperti plastik bongkah, penutup bongkah, benih, habuk kayu atau bahan lain yang seumpamanya dan kapur petanian. Setiap bahan tersebut anda boleh dibekalkan kepada individu yang ingin mencuba membuat penanaman cendawan secara komersial atau sekadar hobi.

Proses membuat bongkah cendawan memerlukan kesabaran dan ketekunan. bermula dari mendapatkan habuk kayu sehingga kepada pengeraman. Nak cari habuk kayu, hanya orang berpengalaman sahaja tahu dimana nak beli dan jenis yang berkualiti. Sebenarnya ada satu lagi bahan yang boleh menggantikan habuk kayu. Nak tahu? kena belajar dengan gurulah. he he.

Produk lain yang boleh dibekalkan adalah seperti bongkah cendawan dan cendawan itu sendiri. Untuk makluman, permintaan cendawan di pasaran melebihi pengeluaran. Ini adalah peluang perniagaan yang baik untuk bakal usahawan.

Jika anda berminat untuk mendapat maklumat belajar atau mendapat bekalan cendawan atau set bongkah. Anda boleh klik butang di bawah ini untuk whatsapp dengan Pengusaha cendawan Bongkah. Mereka cukup berpengalaman dalam memberi latihan serta membekal cendawan di sekitar Sarawak.





Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama