FACEBOOK MENAWARKAN GERAN KEPADA BEBERAPA NEGARA TERMASUK MALAYSIA





Facebook menawarkan sehingga $100J untuk usahawan kecil yang terkandas dengan pandemik Covid-19. Terima kasih kepada Facebook kerana respon dengan masalah yang di hadapi oleh usahawan. Terdapat beberapa syarat kelayakan yang disenaraikan oleh facebook. Mungkin juga anda sudah menerima notifikasi dari facebook mengenai geran ini. Tinjauan saya mendapati tidak banyak yang mengetahui mengenai geran ini. Semoga perkongsian ini dapat sampai kepada lebih banyak lagi usahawan-usahawan yang terlibat.

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan ini bukanlah sedikit impak kepada usahawan tetapi terlalu besar. Mujurlah kerajaan pusat dan kerajaan negeri memberi bantuan kepada semua rakyatnya. Ini berita yang bagus. Tetapi adakah perniagaan akan berjalan seperti biasa selepas ini. Sudah tentu tidak. Banyak prosedur yang harus di ikuti bagi membuka semula perniagaan..

Keadaan ini memaksa usahawan untuk menggunakan platform digital bagi memastikan kelangsungan perniagaan mereka. Inilah yang dikatakan jika kita tidak mahu berubah maka dunia akan mengubah kita. Namun begitu terdapat beberapa perkara yang tidak akan pernah berubah iaitu larangan dan kewajipan yang telah tertulis dalam al-Quran.

Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini dengan sahabat-sahabat usahawan. Anda boleh tonton video di atas untuk penerangan lebih terperinci bagaimana cara untuk memohon geran yang ditawarkan oleh facebook. Pastikan anda mendengar dengan teliti apa yang disampaikan dalam video tersebut.

Catat Komen

0 Ulasan