CARA UNTUK MEMOHON BANTUAN KHAS RM1,500 KERAJAAN NEGERI SARAWAK


cara mohon bantuan khas RM1500 kerajaan negeri sarawak

KEMASKINI: 12.04.2020 12:45

Bantuan Khas Sarawakku Sayang seperti yang dimaklumkan oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg. Bantuan RM1,500 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Lima Ratus Sahaja) akan diberi kepada usahawan kategori peniaga kecil dan penjaja seluruh Sarawak.

Namun begitu, bantuan tersebut akan dibayar menggunakan Sarawak Pay. Bantuan ini akan akan dinikmati oleh 64,000 usahawan kecil dan penjaja seluruh Sarawak yang bernilai RM98.4 Juta menurut laporan TV Sarawak.

Banyak orang tertanya-tanya, bagaimanakah cara untuk memohon bantuan tersebut. Setelah saya mencari maklumat melalui rakan-rakan usahawan dan beberapa sumber agensi kerajaan serta bukan kerajaan. Maklumat yang diperolehi adalah konsisten sama. Saya akan berkongsi langkah demi langkah untuk mendapat permohonan ini.

LANGKAH MEMOHON BANTUAN KHAS USAHAWAN KECIL SARAWAK


Syarat permohonan adalah peniaga dan penjaja kecil yang berdaftar di bawah pihak berkuasa tempatan dan dimiliki oleh anak Sarawak. Berikut adalah cara membuat permohonan

MUAT TURUN APLIKASI

Langkah pertama adalah memuat turun aplikasi Sarawak Pay melalui telefon bimbit anda. Anda boleh menggunakan Google Play (Android) ataupun Apps Store (IOS). Di bawah ini saya bekalkan pautan untuk memuat turun aplikasi Sarawak Pay


Apps Store (IOS): http://bit.ly/sarawakpayiOS

BEKALKAN DATA

Kemudian anda bekal data peribadi anda di dalam aplikasi Sarawak Pay. Masukkan Nombor telefon, kata laluan dan email anda. Selesai klik butang daftar dan anda akan dapat no TAC untuk pengesahan pendaftaran anda.

Selepas pengesahan anda daftar masuk ke aplikasi Sarawak Pay. Anda akan nampak satu pautan "MERCHANT"

MERCHANT

Bahagian ini adalah untuk menyediakan bahagian penerimaan bayaran daripada pelanggan menggunakan lesen perniagaan anda. Anda klik pautan Merchant untuk meneruskan pendaftaran

E-BORANG PENIAGA

Lengkapkan e-borang yang diminta dalam pautan Merchant. Maklumat yang akan diminta adalah seperti:

✅ Lesen Perniagaan

✅ Gambar premis perniagaan


LENGKAPKAN

Ini adalah bahagian terakhir. Anda hendaklah tandakan bahagaian Accept the Terms and Conditions. Jangan lupa baca terma dan syarat. Selepas itu, tekan butang submit. Selesai sudah persediaan anda untuk menerima bantuan khas dari kerajaan Negeri Sarawak. TAHNIAH!!!

Saya sendiri sudah lama mempunyai Merchant. Proses tidak lama. Hanya memakan masa kurang dari 24 jam. Namun begitu, ada yang kata sampai 7 hari. Mungkin dulu mudah memohan dan berbeza dengan sekarang. Apa-apa pun. Semoga perkongsian memberi mafaat kepada anda semua.


SOKONGAN DAN BANTUAN

Anda juga boleh memohon bantuan dan sokongan daripada khidmat pelanggan Sarawak pay melalui data di bawah ini:

Email: contactcentre@sains.com.my
Tel number: 1800-88-7246

____________

Jangan lupa untuk kongsi artikel ini kepada sahabat-sahabat usahawan anda. Komen di bawah jika terdapat pertambahan atau pengurangan pada artikel yang boleh menambah baik artikel.

Terima kasih

🔻🔻🔻🔻🔻🔻🔻
NOTA TAMBAHAN

Maklumat dari pengguna Facebook Wan Ahmad Rafiq pada 120.04.2020 12:41 di FB Group Usahawan Sarawak menyatakan:

"Maaf gass..Apps Sarawak Pay ya tengah bermasalah kinek.Dah ada Sarawak id tapi sik dapat log in.Byk org komplen benda yg sama.Moga sidak dapat settlekan masalah tok dengan kadar segera.Untuk yg sik dapat login ya bolehlah emelkan aduan anda ke : contactcentre@sains.com.my atau call hotline sidak di: 1800-88-7246.Apapun..thank you gasss for the info demi memudahkan rakyat."

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama