CARA MENDAFTAR DAN CIRI-CIRI PRODUCTLINK JANA PENDAPATAN YOUTUBER




Membuat duit melalui Youtube atau Facebook page atau Instagram bukanlah suatu perkara yang mudah. Youtube dan Facebook page mengenakan syarat yang ketat. Kini terdapat satu sistem affiliate yang membantu anda untuk menjana pendapatan walaupun anda belum monetize. Tidak perlu tunggu lama.

Saya kongsi maklumat ini setelah saya mengikut latihan secara online dengan pasukan productlink lebih kurang 2 jam hingga ke 3 jam bersama influence dari Malaysia, Indonesia dan Brunei.

Saya pada mulanya tidak yakin untuk mendaftar Productlink. Apa yang saya risau adalah, adakah laman sesawang ini diyakini dan adakah ianya melanggar terma dan syarat Youtube. Setelah mengenalpasti pemilik laman tersebut dimiliki Involve Asia maka saya yakin dengan laman tersebut. Selepas itu, banyak otai-otai Youtuber turut mengambil peluang untuk jana pendapat Productlink memberi saya keyakinan bahawa kaedah ini tidak melanggar mana-mana terma dan syarat Youtube.

Di bawah ini, penerangan langkah demi langkah bagaimana mendaftar sistem yang disediakan oleh productlink. Anda baca dengan teliti supaya pendaftaran anda tidak ada masalah. Mungkin banyak istilah yang anda tidak faham semasa pendaftaran. Semua itu saya terangkan secara terperinci di bawah untuk memudahkan anda.

Jangan lupa guna butang link di bawah untuk membuat pendaftaran. Saya amat menghargai kebaikan anda dan semoga kita semua diberi rezeki yang melimpah ruah. Amin

JOM IKUTI LANGKAH-LANGKAH DAFTAR PRODUCTLINK


DAFTAR

Terlebih dahulu anda perlu membuat pendaftaran product link dengan klik butang di bawah ini:



Selepas itu anda akan dibawa ke paparan utama productlink. Anda klik butang JOIN yang terdapat dalam web untuk pendaftaran.

MASUKKAN MAKLUMAT

Selepas anda klik JOIN. Anda akan dibawa ke paparan borang yang akan meminta maklumat seperti Nama, email, password, No telefon dan your social media URL.

Untuk youtuber, banyak yang sangkut bahagian memasukkan maklumat your social media URL. Bahagian ini. Anda perlu menyiapkan username youtube anda. Bagaimanapun, untuk mengaktifkan username. Terdapat beberapa syarat yang dikenakan oleh youtube. Syaratnya adalah:

  • Anda mempunyai100 atau lebih subscriber
  • Umur youtube anda sekurang-kurangnya 30 hari
  • Sudah memasukkan icon atau logo profile youtube
  • Sudah memuat naik Channel Art


Selepas anda memenuhi syarat di atas. Langkah yang anda kena buat untuk membuat username adalah seperti berikut:


  • Login ke youtube.com
  • Klik logo dan anda akan nampak pilihan seperti switch account, sign out dan sebagainya. Klik Setting yang terdapat dalam senarai
  • Bahagian account, anda seterusnya klik View advanced settings
  • Kemudian buat suntingan bahagian Custom URL
  • Setelah semua selesai. Klik Save 

Sekarang anda sudah mempunyai username sendiri. Username youtube saya adalah www.youtube.com/c/beloya2u
(NOTE: Jika anda menukar youtube anda kepada brand channel maka url juga turut bertukar. Hati-hati gais)

Selepas anda memasukkan semua maklumat yang dikehendaki oleh productlink. Anda klik butang submit.

VERIFIED EMAIL

Setelah anda submit pendaftaran anda. Anda perlu pergi ke email yang anda daftar untuk membuat pengesahan email. Tahniah!!! anda sudah berjaya mendaftar. Sebelum itu, terdapat beberapa perkara lagi anda perlu lakukan.

ATURAN (SETTING)

Bahagian paling penting sebelum anda membuat pengiklanan atau membuat affiliate link. Anda klik bahagian setting dan anda akan nampak bahagian account dan payment. Bahagian account mudah sahaja. Namun, bahagian payment banyak yang sangkut kerana ada yang masih tidak tahu istilah SWIFT Code, IBAN Code, IFSC Code dan Branch Code.

Anda hanya perlu fokus SWIFT Code sahaja. Anda boleh buat carian di google SWIFT Code untuk bank anda. Selain daripada itu, anda letak n/a sahaja.

Anda boleh tonton video di atas untuk penerangan lebih lanjut.



☀☀☀☀☀☀☀
Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini dengan jiran sebelah dan tinggalkan komen di bawah jika anda mempunyai sebarang kemuskilan.





Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama