SENARAI PESANAN JANDA KEPADA SANG ISTERI

pesanan wanita kepada wanita
PESANAN JANDA

Orang yang dikatakan mempunyai pengalaman hidup adalah orang yang merasa bahagia dan perit dalam kehidupan. Laluan setiap orang tidak sama. Jangan terus menghakimi sesiapa jika anda tidak tahu apa yang berlaku pada permulaan cerita.

Ini adalah pesanan Seorang wanita untuk Semua wanita dari pengalaman pahit manis yang dilalui sebelum ini. Ini adalah hasil perbincangan antara wanita dengan wanita dan saya kongsikan untuk difikirkan. Sama ada betul atau salah, anda tentukan sendiri.

JOM KITA LIHAT APAKAH PESANAN WANITA UNTUK WANITA


BERMANJA

Sentiasa bersikap manja dengan Suami serta memanjakan suami. Bukan hanya anda sahaja bermanja tetapi anda harus memanjakan juga. Seorang lelaki ada sikap manjanya dalam keadaan tertentu. Contohnya apabila dia dalam keadaan tertekan dan dia juga suka wanita yang manja. Tegur suami dalam keadaan yang manja jika dia buat salah. Sebenarnya teguran yang manja berbanding teguran yang meninggi suara lebih pedih di hati lelaki. Dia akan keliru dan hilang bacaan rentak yang akan dilakukan wanita selanjutnya. Ketidak jelasan itu, menyebabkannya takut.

BERHUBUNGAN

Benar wanita mempunyai 9 nafsu dan 1 akal dan lelaki mempunyai 1 nafsu dan 9 akal. Ada saja cara untuk mengelak. Namun, satu nafsu itu hampir semua orang tahu dan ada yang pura-pura tak tahu sukar untuk lelaki kawal. Sukar mengawal kerana suasana persekitaran dan jauh dari tuhan. Norma ini menunjukkan bahawa anda sebagai isteri harus pandai mematikan dadu. Maksudnya, jangan biarkan suami anda dalam keadaan penuh air semasa keluar rumah. Kebanyakkan suami memerlukan 3 kali seminggu untuk berhubungan. Jika anda tidak peduli, mungkin ada orang lain yang peduli.
_____________

_____________

WANGI-WANGIAN

Ini akan meningkatkan sistem memori seorang suami terhadap isteri. Memakai wangi-wangian yang nyaman akan merapatkan hubungan. Di mana pun sang suami pergi, jika tercium minyak wangi yang dia sukai. Dia akan teringat dengan si isteri. Jangan lupa, minyak wangi tu calitkan kat baju suami sebagai tanda dia sudah dimiliki. (Teori ni aku lama fikir). Anda sendiri ingatkan kembali, mungkin masa mula-mula bercinta. Minyak wangi sentiasa dalam bag. Mungkin juga sebelum ini tidak pernah menggunakannya. Jadi~~ lakukan perubahan sekarang.

PENDENGAR

Seperti wanita, lelaki juga memerlukan seseorang sebagai pendengar yang baik. Tidak perlu terus melenting apabila dalam situasi mendengar. Redakan dahulu keresahan atau situasi beremosi. Selepas itu, perlahan-perlahan bercakap dengan suami dengan memberi pendapat atas segala yang di dengar. Tidak perlu terus melenting. Si suami akan hilang rasa untuk berbincang jika si isteri terus melenting. Dalam keadaan ini, anda harus bertindak sebagai kawan yang rapat. Jika anda dapat lakukan bahagian ini, nescaya deria ke-enam anda mudah aktif kerana si suami mudah bercerita segalanya.

KAWAL EMOSI

Ini juga norma yang semua orang tahu dan ada yang pura-pura tak tahu. Walaupun 9 akal dan 1 nafsu, wanita selalunya akan mendahului emosi sebelum akal. Sebab itu perkataan sabar harus sentiasa di ingat. Seperti yang saya maklumkan di atas, teguran yang manja akan menjadikan lelaki takut. Samalah dengan yang ini. Jika dalam keadaan tertentu, anda masih tersenyum walau lelaki membuat kesilapan dengan teguran yang manja. Si lelaki tidak akan dapat membaca apa tindakkan anda selanjutnya. Jika anda dalam keadaan emosi, ingat perkataan "sabar". Masalah tidak akan dapat diselesaikan dalam keadaan anda terlalu marah atau terlalu sedih atau terlalu gembira. Jika ini berlaku, keputusan anda akan di iringi dengan penyeselan.

Jangan meninggikan suara. Lumrah wanita lemah lembut. Meninggikan suara tidak akan dapat memberi impak yang baik. Anda berharap pasangan anda akan faham, padahal ianya akan menambah minyak pada api yang membaca.

JAGA SOLAT

Solat tiang agama. Mendekatkan diri dengan tuhan. Apapun yang anda lakukan. Sebaik mana pun anda tahan. Sekuat mana pun anda ikatkan. Jika bukan jodoh, pasti akan perpisah juga. Tak adakah wanita baik ditinggalkan lelaki?. Ya memang ada!. Mendekatkan diri anda dengan tuhan akan menguatkan jiwa anda menghadapi hari-hari berumahtangga. Fahami ajarannya, baca kitabnya dan berguru. Jika anda benar-benar melakukan ini. Anda meletakan tuhan di hadapan dan ajaran dalam kitab tuhan akan mengarah ke arah rumah tangga yang damai. Apa yang paling penting adalah anda akan punya jiwa yang kuat.

BERDIKARI

Jangan terlalu bergantung dengan suami. Si isteri perlu berfikiran jauh. Suami bukan milik kekal. Dia boleh sahaja di ambil orang atau di ambil tuhan. Anda harus berdikari dengan tidak melanggar terma dan syarat agama. Pilih jalan yang baik dan dengan izinnya segalanya akan baik. Antara yang boleh dilakukan oleh isteri adalah, memastikan suami mengambil takaful hayat dan nyawa kerana ini adalah cara yang terbaik jika suami di ambil tuhan. Si isteri juga boleh menjalankan perniagaan kecil-kecilan di rumah dengan kemahiran yang tepat untuk menjana pendapatan. Inikan dunia digital. Kalau tak tahu, tuntutlah ilmu. Isteri seperti ini, suami pun tidak mahu di ambil orang (mungkin).

PEMILIHAN PASANGAN (BONUS UNTUK WANITA)

Ini adalah bonus isi penting. Jangan pilih suami yang panas baran, pemabuk dan bangkai dadah. Kenali sebelum menerima. Berkawan dahulu sebelum bercinta. Kawal ovari anda daripada pecah atau meletup. Sikap lelaki mudah dikenali dalam keadaan dia marah. Bagaimana dia menguruskan marahnya.

___________
Semoga artikel ini memberi mafaat kepada pembaca. Kongsikan artikel ini jika anda setuju dan kongsikan juga jika anda tidak bersetuju. Nyatakan pendapat anda.


___________

KESILAPAN FATAL WANITA ADALAH APABILA DIA BEKERJA DENGAN NIAT UNTUK BERCERAI

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama