CARA MUDAH UNTUK TRADE FOREX

cara mudah untuk trade forex


Eh? Ada ke cara mudah untuk trade? Teknik apa yang digunakan untuk trade? Nanti saya akan jawab. Jika disebut sahaja forex. Ianya bukan mudah kerana memerlukan pengalaman dan kefahaman. Ada pun yang berjaya dalam masa seminggu atau sebulan kerana mereka menemui guru yang sesuai dengan keboleh fahaman mereka.

Sebelum ini, saya ada membuat artikel mengenai pantang larang sebagai trader forex. Pantang larang tersebut selalu dilanggar termasuk saya sendiri. Saya buat artikel tu sebagai nota dan rujukan untuk saya serta sahabat-sahabat beloya2u. Yalakan!!! manusia kan pelupa. Tak semua kita dapat ingat. Apalagi ketika kita marah. Hilang kewarasan. Bayangkan seorang trader buat Purchase Order (PO) sebab dia nak balas balik kerugian yang dia alami. Sudah tentu ketenangan dalam mengikuti SOP dalam trade hilang.

Bukanlah bermaksud saya pandai dalam trading. Ini adalah perkongsian dari otai-otai trader. Mereka cakap dan saya kongsi. Saya setuju kerana ianya pengalaman saya sendiri.

KITA TERUS KEPADA TEKNIK MUDAH UNTUK TRADE


Teknik mudah untuk trade adalah dengan copytrade. Anda memilih trader yang boleh membantu mengembangkan modal anda tanpa perlu anda membuat analisa. Segala kerja analisa akan dibuat oleh trader itu sendiri. Untuk artikel ini, saya berbincang berdasarkan broker yang saya gunakan sekarang. Anda boleh klik butang di bawah ini untuk melihat dashboard broker tersebut.



Bagaimana mengenal trader yang boleh kita copytrade? dan apakah langkah-langkah untuk copytrade?

MENGENAL TRADER COPYTRADE BERPOTENSI

Terdapat pelbagai jenis broker di pasaran dan untuk artikel ini saya berkongsi dengan broker yang saya gunakan. Berikut adalah tips-tips mengenal trader berpotensi. Anda pergi bahagian icon copy > Pilih trader dan semak bahagian ini.

  1. info about trader: bahagian ini anda boleh mengenalpasti sejarah peratusan keuntungan trader setiap bulan, syarat untuk copytrade beliau, saham manakah yang beliau suka trade, skala risiko dan berapa lama dia sudah trade menggunakan akaun tersebut. Dari sini anda sudah dapat mengenal pasti potensi trader copytrade tersebut.
  2. Trading History: bahagian ini, anda dapat melihat data-data trade yang beliau pernah masuk sebelum ini. Untung rugi dalam trading adalah perkara biasa.
  3. Portfolio: Ini adalah data trading semasa yang dilakukan oleh trader tersebut. Posisi yang beliau dah masuk semasa anda membuat semakan.
  4. Profitability Chart: Anda boleh melihat data prestasi trading dan di sinilah terdapat butang copy yang anda gunakan untuk copytrade.


BAGAIMANA UNTUK COPYTRADE

Bahagian ini anda kena memahami ciri-ciri yang terdapat dalam sistem copytrade sebelum anda menekan butang copy. Ciri-ciri tersebut terdapat dalam Profitability Chart seperti yang saya terangkan di atas. Saya terangkan satu persatu mengenai copy setting.

  1. Copy opened order: bahagian ini anda unclick atau jangan tandakan kotaknya. Ini kerana jika kotak ini aktif dan trader copytrade anda sudah masuk posisi trade. Kemungkinan risiko kerugian anda adalah tinggi. Bahagian ini saya sarankan untuk dikosongkan.
  2. Copy type: Bahagian ini adalah penentu kepada saiz lot yang anda masuk apabila trader copytrade anda membuat Purchase Order (PO). Saya terangkan secara ringkas. In Proportion to my fund adalah bermaksud saiz lot anda akan mengikut kesesuaian modal copytrader anda dan modal anda.  Full size copying 1 to 1 bermaksud saiz lot anda akan mengikut lot copytrader anda. Fixed size of each trade bermaksud saiz lot adalah sama mengikut kehendak anda dan tidak mengikut lot copytrade. Yang terakhir % of each trades volume bermaksud peratusan berbanding saiz lot copytrader.
  3. Max Min Profit and loss: Bahagian ini adalah bermaksud berapakah had kerugian yang anda sanggup tanggung dan berapakah had keuntungan yang anda tetapkan.


Kebiasaannya untuk broker ini, pilihan copy type saya sarankan menggunakan In proportion to my fund dan Max Min Profit and loss dibiarkan kosong sahaja.

CADANGAN COPYTRADE

Terdapat banyak trader yang menawarkan copytrade. Anda boleh semak satu persatu info about trader.  Terdapat 3 kategori copytrade yang anda boleh lihat. Iaitu, Popular, High profitability dan Minimal risk.

  1. Popular bermaksud terdapat banyak trader yang mengikuti copytrade trader tersebut. Trader tersebut berjaya menjalankan kempen copytrade beliau sama ada secara online atau offline.
  2. High profitability bermaksud senarai copytrade yang menghasilkan keuntungan yang tinggi. Copytrade yang mampu mendapat keuntungan yang tinggi disenaraikan paling atas.
  3. Minimal risk bermaksud copytrade tersebut adalah berisiko rendah. Risiko paling rendah berada di senarai teratas. Risiko adalah bergantung kepada modal dan saiz lot seorang trader. Jika modal 500USD dengan lot 0.001 maka ianya di anggap low risk dan jika modal 20USD dengan saiz lot 0.001 maka ianya di anggap high risk. Begitulah sebaliknya.


Saya bagaimanapun mencadangkan anda copytrade trader ini

@cbcpro
Klik butang di bawah untuk melihat info about trader @cbcpro



_______________________

KESIMPULAN

Semoga perkongsian ini memberi mafaat kepada anda. Jangan lupa, forex adalah pelaburan risiko tinggi dan berkeuntungan tinggi serta berkerugian tinggi. Kadar kecairan modal adalah tinggi. Baca artikel pantang larang seorang trader sebelum anda menjadi seorang trader atau membuat pelaburan.

Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini dengan jiran sebelah. Semoga urusan anda dipermudahkan.  Jika terdapat sebarang pertanyaan. Klik butang whatasapp di bawah. Sekian.








Catat Ulasan

0 Ulasan