CARA MENGETAHUI KARAKTER DIRI SENDIRI SEBAGAI USAHAWAN

mengenal karaktor diri sendiri

Bagaimana cara mengetahui karaktor diri sendiri sebagai usahawan? Setiap usahawan akan melalui masa dimana mereka tidak tahu apakah tindakkan yang harus dilakukan selanjutnya apabila menghadapi beberapa situasi. Dalam keadaan tertekan contohnya. Mereka hilang punca. Seakan tidak mengenal diri sendiri.

Setiap orang mempunyai potensi dan dengan potensi tersebut boleh membawa usahawan untuk pergi lebih jauh. Dalam artikel ini, saya kongsikan beberapa isi penting yang dibincangkan dalam pertemuan ahli HRDF Cert. Ini sebagai nota saya dan rujukan kepada sahabat-sahabat beloya2u. Semoga mafaat untuk anda semua.

Biasa saya tulis nota dalam buku atau google keep. Kali ini, saya catat di blog supaya orang lain pun dapat menjadikan ini sebagai bahan rujukan.

JOM KITA LIHAT SAMA-SAMA ISI PENTING MENGETAHUI POTENSI ATAU KARAKTER SEBAGAI USAHAWAN


APAKAH PENGALAMAN ANDA

Pengalaman yang anda lalui sebelum ini merupakan guru terbaik. Kenal pasti apakah pengalaman anda sehingga menjadikan diri anda seperti hari ini. Pengalaman adalah aktiviti yang lepas, juga memandu anda ke destinasi baru. Pengalaman juga mematangkan anda dan menjadikan anda lebih kuat. Kekuatan dari pengalaman lebih kukuh.

Senaraikan pengalaman anda yang membantu anda untuk terus bergerak.

APAKAH MASALAH YANG MAMPU ANDA SELESAIKAN

Ini adalah kelebihan dari pengalalaman yang lalu dengan ilmu yang anda pelajari. Ada juga masalah yang sememangnya anda tahu untuk menyelesaikannya tetapi anda tidak ambil peduli. Itu digelar minat dalam sesuatu bidang. Ketahui kemampuan anda dalam menyelesaikan masalah. Jika anda mampu menyelesaikan masalah pelanggan dari pengalaman yang lalu. Tahniah!!! anda semakin mengenali karakter anda.

Masalah yang lahir dalam masyarakat antara punca lahirnya usahawan. Usahawan adalah kumpulan yang membantu menyelesaikan masalah masyarakat. Sekarang, senaraikan masalah yang mampu anda selesaikan.
__________

__________

APA YANG ORANG FIKIR TENTANG ANDA

Kadang, kita tidak perlu fikir sangat apa yang orang fikir tentang kita. Tetapi kali ini, anda mengambil ianya sebagai data penting tentang pandangan orang mengenai anda. Data ini bertujuan mengenalpasti capaian rangkaian atau kesedaran orang lain tentang kebolehan anda. Semakin banyak orang mengenalpasti kebolehan anda. Ini bermakna itu adalah jenama anda.

Pasaran anda semakin luas apabila orang mengenali anda sebagai apa yang yang mahir. Teruskan mengumpul data mengenai apa yang orang fikir tentang anda. Jika baik maka tambah baikkannya dan jika tidak baik maka ubahkan ianya menjadi lebih baik.

KUMPULAN PASARAN MANAKAH BIASA ANDA LUANGKAN MASA

Ini adalah bersangkutan dengan pergaulan anda seharian. Pergaulan menghasilkan rangkaian. Adakah rangkaian anda sihat atau tidak. Tetapi ingat, jangan sesekali meremehkan orang lain atau menghina orang lain. Setiap kita dijadikan dengan kelebihan masing-masing. Cuma, kali ini anda harus kenalpasti bagaimana anda meluangkan masa anda setiap hari.

Pelanggan anda terdiri daripada pelbagai peringkat dan adakah anda memenuhi kehendak mereka. Sekarang senaraikan kumpulan pasaran yang sudah anda biasa luangkan masa dan kumpulan yang tidak pernah anda sentuh.


KESIMPULAN

Daripada isi penting semua di atas. Sekarang anda kenalpasti persamaan data yang anda catat. Bahagian mana lebih dominan. Anda boleh sahaja mengubah data dominan tersebut dengan mengubah langkah atau mengatur strategi baru seperti yang anda mahukan dan anda minat yang boleh mendatangkan hasil kepada aktiviti usahawan anda.

Semoga artikel ini memberi mafaat kepada pembaca. Jangan lupa, kongsikan dengan sahabat-sahabat yang lain. Semoga saham pahala ini dapat dikongsikan bersama.





Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama