CARA MENGEMBANGKAN POTENSI DIRI TINGKATKAN PRESTASI USAHAWAN

cara mengembangkan potensi diri
KEMBANGKAN POTENSI DIRI

Bagaimana mengembangkan potensi diri? ini juga merujuk kepada prestasi usahawan. Artikel ini adalah hasil perkongsian dan perbincangan pertemuan dengan ahli-ahli pemegang sijil HRDF Kuching. Saya kongsikan sebagai nota untuk diri saya dan rujukan rakyat Malaysia.

Kita akan membincangkan bagaimana meningkatkan potensi diri dan langkah-langkah untuk menaikkan prestasi usahawan. Anda boleh gunakan model ini dalam bidang pekerjaan. Dimana, sasaran anda adalah untuk mencapai KPI. Mencapai KPI bukanlah sekadar prestasi kerja tetapi pergaulan dan kepimpinan.

Dalam artikel ini saya ceritakan secara ringkas dan anda hanya dapat mafaat bila membacanya. Tetapi lebih mafaat jika anda mengamalkannya kerana pengalaman lebih memberi impak dalam keputusan yang kita buat setiap hari.


JOM KITA LIHAT LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN POTENSI DIRI USAHAWAN


BUAT PLAN RANCANGAN SETAHUN

Tulis di atas kertas sebagai rujukan apa yang anda rancang dalam setahun. Rancangan tersebut mengarahkan perjalanan kepada misi anda atau matlamat anda. Mungkin anda takut apa yang anda rancang tidak menjadi tetapi sekurang-kurangnya anda tahu apa yang hendak dilakukan untuk mencapai matlamat anda. Tidak lari dari trak yang sepatutnya.

SENARAIKAN ALAT PEMASARAN YANG KUKUH

Anda perlu mengenalpasti alat yang akan anda gunakan untuk membuat pemasaran. Antaranya sosial media, booth, risalah dan sebagainya. Sediakan bahagian bajet untuk pemasaran kerana tanpa pemasaran, perniagaan anda sukar untuk bergerak lebih jauh. Saya boleh katakan pemasaran adalah jantung pernigaan. Tanpa pemasaran bagaimana mungkin masyarakat tahu produk dan perkhidmatan anda.

Ada di antara usahawan menggunakan FB Ads setiap bulan dengan bajet khas bagi memastikan produk dan perkhidmatan mereka sentiasa segar dalam ingatan pelanggan. Ada juga membayar facebook page besar untuk membantu mereka memperkenalkan produk atau perkhidmatan mereka.

CARI PLATFORM YANG BOLEH MEMBANTU ANDA MENCARI PELANGGAN

Dimanakah kebiasaannya pelanggan anda berada. Apakah sasaran pasaran produk dan perkhidmatan anda. Catat atau tulis dengan terperinci ciri-ciri pelanggan anda. Ini amat membantu anda mengenalpasti potensi pelanggan. Anda boleh gunakan data ini untuk melancarkan iklan menggunakan FB Ads dan Google Adword.

Jika anda membuka booth. Anda tahu siapakah yang harus di utamakan apabila bertemu dengan bakal pelanggan.

_____________

_____________

BEKERJASAMA ATAU KOLABORASI DENGAN USAHAWAN BERPENGALAMAN

Banyakkan mencari kawan daripada lawan. Jika sekalipun terdapat pesaing. Bersaing secara sihat. Utamakan kualiti produk atau perkhidmatan. Kolaborasi mampu menjimatkan kos anda dan mengembangkan produk dan perkhidmatan anda. Jangan takut untuk berbincang dan memberi tawaran. Takut adalah musuh utama kerana ianya adalah penolakkan awal untuk anda melakukan rancangan anda. Jangan takut jika ditolak. Beri tawaran menang-menang antara anda dengan rakan kolaborasi anda.

Anda mendapat kelebihan dan rakan kolaborasi anda juga mendapat kelebihan. Letakan syarat dan skop tugas dengan jelas. Catat untuk rujukan pada masa hadapan. Jika sudah mendapat kata sepakat. Pastikan kedua-dua pihak mempunyai catatan yang sama.

Catatan adalah bertujuan untuk mengelak persengketaan. Kadang apa yang anda faham bukanlah yang difahami rakan kolaborasi anda. Anda merasakan kefahaman anda adalah sama dengan rakan kolaborasi. Ini bahaya dan boleh mendatangkan sengketa. Jatuh kepada hukum wajib untuk membuat catatan bersama.

KONSISTEN DALAM PROMOSI

Syarikat gergasi setakat hari ini yang sudah berniaga berpuluh tahun masih lagi membuat promosi tanpa henti. Apakah anda mahu berhenti membuat promosi?. Sperti yang saya maklumkan, Pemasaran adalah jantung perniagaan. Paling utama untuk anda mengembangkan perniagaan. Pastikan apa yang anda rancang dalam aktiviti promosi konsisten setiap minggu atau setiap bulan.

SASARKAN LUAS PASARAN LEBIH BESAR

Anda harus menyimpan cita-cita besar dalam perniagaan. Arah manakah anda hendak pergi. Setakat hari ini, berapa luas pasaran yang mampu anda pegang. Anda harus melihat lingkup pasaran lain yang mungkin ada potensi yang sama atau potensi yang lebih besar. Luangkan masa untuk mentelaah potensi pasaran.

Mungkin hari ini anda biasa dengan kawasan atau jabatan A. Anda kena perhatikan juga peluang dan ruang untuk menemburi kawasan atau jabatan B. Cari arah dan rangkaian yang boleh membawa anda ke sana.

DAPATKAN MENTOR

Ini ternyata dan terbukti. Anda dapat menjimatkan masa perjalanan menuju ke matlamat anda. Anda perlu mempunyai mentor yang berpengalaman. Sama ada pengalaman berjaya atau tidak berjaya. Kita boleh sahaja menggunakan mencari pengalaman kita sendiri tetapi bagaimana kalau kita bergabung menggunakan pengalaman orang lain untuk membuat keputusan atau bertindak. Bukankah itu lebih bagus.

Ilmu yang kita ada adalah bahagian yang kita belajar. Bagaiaman ilmu yang kita tidak belajar. Mentor adalah seseorang yang bertindak untuk menegur dan memberi nasihat apabila kita keliru untuk membuat keputusan atau membuat perancangan. Mungkin ada jalan yang lebih baik daripada apa yang kita fikirkan.



_____________

_____________

Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama