اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA.. JANGAN LUPA SUBSCRIBE YOUTUBE BELOYA TV DAN LIKE, FOLLOW SERTA SEE FIRST FACEBOOK PAGE BELOYA2U.COM UNTUK NOTIFIKASI PANTAS. SEMOGA ANDA TIDAK KETINGGALAN DENGAN LIVE PERKONGSIAN ILMU SERTA INFO YANG MENARIK

KISAH BANGUN SELEPAS JATUH MEMBUAT ANDA MENGALIR AIR MATA

Di bawah ini adalah cerita yang dikongsikan oleh Tuan Baharuddin Mohamed di dalam facebook beliau. Rata-rata beliau mendapat komen positif dan bermotivasi. Admin sendiri membaca turut berasa sayu tetapi penuh dengan keazaman.

Semoga penulisan di bawah ini membawa anda ke dimensi yang lebih luar biasa.

BANGUN SELEPAS JATUH ======================

Saya ada satu cerita. Baru ni saya dibawa oleh seorang sahabat lama saya dalam bisnes ke pejabatnya. Pejabatnya tingkat dua. .

Banyak meja kosong. .

" Bahar, aku nak jual semua barang pejabat ni. Ko nak beli. Ambil lah berapa ko nak ". .

Saya tenung matanya. Saya dapat rasakan kekecewaannya. .

" Sabarlah". .

Saya peluk dia dan tarik dia duduk. Dia ceritakan yang dia sudah 2 tahun tak ada projek. Dulu ada 20 orang dalam pejabat ni dan satu-satu berhenti dan terpaksa diberhentikan. .

Dapat projek tak dapat bayaran. Yang lain banyak mencuba, jumpa orang tu, jumpa orang ini semua tak dapat. .

Itu pun banyak lagi hutang dengan x-staf yang tak berbayar. KWSP tiap bulan hantar surat, LHDN tekan kata tak bayar cukai. .

Ada sekali tu ada satu meeting besar. Ada peluang nak dapat projek, sedang kami meeting orang potong TNB datang dan potong walau merayu. Tukang potong tu pun cakap " Apa-apa bayar dulu, bos awak kereta besar. Api pejabat pun tak nak bayar " katanya. Akhirnya meeting sedang belangsung terpaksa dibatalkan kerana panas dan bergelap. Projek tu tak dapat. .

Saya faham betul perasaan sahabat saya ni. Bila kalah semua kita buat salah. .

Muka dan badannya lesu. Dia ditagih hutang kiri dan kanan. Tak ada orang yang nak faham. Mereka mahu masalah mereka selesai. Orang bank datang ugut. Kereta ditarik, rumah nak dilelong. .

Saya banyak berdiam dan tunduk. Hampir dua jam saya bersamanya. Nak balik saya hulurkan sedikit duit. Dia peluk dan menanggis sekali lagi. Kita lebih baik cari kawan yang sedang jatuh dan masih tak ada apa-apa. Mereka yang dah naik selalu call pun tak angkat. Katanya lagi. .

Saya janji nak carikan pembeli perabut pejabatnya. Saya dapat nasihat je dan saya tak berikan sebarang solusi. .

Saya beritahu, bisnes ini tarbiyah membuatkan kita lebih baik dan bersyukur dengan apa yang ada. " Tak mustahil kau naik semula. Lupakan kegagalan dan kejayaan lepas, buang keegoan kita dan bina semula tangga kejayaan. Biar ramai yang ketawakan kita bila kita jatuh. Tapi jangan sampai ketawa mereka menjadi punca kesedihan dan tanggisan kita. Buat dari yang kecil. ". .

Bulan ramadhan ini sungguh duka. Isteri dan anaknya dia hantar ke kampung bersama ibu mertuanya. Dia jual semua barang dirumahnya. Dia bangkit semula. Setiap hari wasap saya dengan progres perjalanan nya. Senyuman sudah mula terukir dibibirnya. .

Bangkitlah sahabat ku. .

Sahabat-sahabat di luar sana yang mempunyai setuasi yang seakan sama. Bersabarlah. Saya masih ada dan faham apa yang sedang berlaku. Baliklah dan mohon pada Allah. Saya juga pernah melalui apa yang sedang anda sedang lalui dan lebih teruk dari itu. .

Usahawan perlukan jati diri yang kuat. Masih sampai sekarang orang masih senyum sinis dengan saya. Saya senyum je, mereka yang ketawa dulu pun tak kemana. Usahawan kena degil. Bangkitlah semula sahabat. .

#BangunSelepasJatuh

Share dan like

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.