اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA.. JANGAN LUPA SUBSCRIBE YOUTUBE BELOYA TV DAN LIKE, FOLLOW SERTA SEE FIRST FACEBOOK PAGE BELOYA2U.COM UNTUK NOTIFIKASI PANTAS. SEMOGA ANDA TIDAK KETINGGALAN DENGAN LIVE PERKONGSIAN ILMU SERTA INFO YANG MENARIK

BAGAIMANA MENYEDIAKAN ROTI CANAI FROZEN UNTUK DIMAKAN

LIVE WOMENPRENEUR

Bersama:
SITI HAFIZAN BINTI TORAN
Mohaizan Homemade
Pengusaha Roti Canai Segera

Aktiviti:
CARA MENYEDIA ROTI CANAI SEGARA

Dibawakan oleh:
Sarawak Product



URUTAN YANG BETUL DAN KENAL PASTI ANATOMI BADAN

LIVE WOMENPRENEUR

AKTIVITI:
♥TIPS URUTAN YANG BETUL DAN KENAL PASTI ANATOMI BADAN

HOST:
♥ Tkj Hani Gani

JEMPUTAN:
♥ Nurshafiza Binti Razemi
♥ Nurshafiza Beauty Company
♥ Urutan | SPA | Ibu Bersalin

OBJEKTIF:
♥Berkongsi pengalaman dan tips

DIBAWAKAN OLEH:
♥ Sarawak Digital Entrepreneur Community Cooperative BHD

#saradec
#beloya2u
#sarawak
#womenpreneur



ALAT MUZIK TRADISIONAL "TAPI" LUN BAWANG

LIVE BEAUTY BORNEO

↔TAJUK↔
ALAT MUZIK TRADISIONAL LUN BAWANG "TAPI'"

↔HOST↔
Maranata Mj @ VLOG Maranata

↔JEMPUTAN↔
Peter Paris

#vlogmaranata
#beloya2u
#beautyborneo
#borneo



BAGAIMANA MENCIPTA BLOGGER


YALATEK!!! LIVE NOW Tajuk: DEMO MENYEDIAKAN LAMAN BLOG HOST: Khalifah Khalik Dibawakan oleh: Sarawak Digital Entrepreneur Community Cooperative BHD



ASAS KEMAHIRAN PEMASARAN ONLINE

ONLINE TRAINING JIMAT MASA | JIMAT TUNAI | JIMAT TENAGA MARKETING AND ADVERTISING #Basic Marketing Strategy & Skill Jemputan kita minggu ini ialah: Ali Hanafiah Daud #onlinetraining #freetraining #digitalbusiness


BAGAIMANA WANITA JANA PENDAPATAN RM700 SEMINGGU

LIVE WOMENPRENEUR AKTIVITI: ♥Jana pendapatan RM700 seminggu kursus percuma dibiayai oleh kerajaan negeri melalui Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak HOST: ♥ Tkj Hani Gani JEMPUTAN: ♥ Mel's Aisymie ♥ Supervisor teratak SPA Resourse ♥ Beauty estetik/SPA Therapy OBJEKTIF: ♥Berkongsi pengalaman dan tips DIBAWAKAN OLEH: ♥ Sarawak Digital Entrepreneur Community Cooperative BHD

BAHAYA: BOLEH EDIT FACEBOOK POST DAN SEBAR BERITA TIDAK BENAR


LIVE YALAHO!!! ◄TAJUK:► BAGAIMANA EDIT POST FACEBOOK DENGAN SEMPURNA TANPA ANDA KETAHUI ◄HOST:► Khalifah Khalik​ PLEASE LIKE AND FOLLOW FACEBOOK PAGE BELOYA2U.COM



TIPS BALIK GAWAI RAYA

LIVE DALAM MENPRENEUR PROGRAM DI FACEBOOK PAGE Sarawak Product SELASA | 28 MAY 2019 | 03:00PM AKTIVITI: Tips balik kampung Gawai Raya OLEH: Wan Azizul Ceo Aznu Resources Sdn Bhd OBJEKTIF: Berkongsi pengalaman dan tips

VIRAL MARKETING DAN NICHE BUSINESS


ONLINE TRAINING JIMAT MASA | JIMAT TUNAI | JIMAT TENAGA MARKETING AND ADVERTISING #ViralMarketing #NicheBusiness Like dan follow facebook page beloya2u.com


BELAJAR BAHASA SARAWAK



DIKEMASKINI PADA : 7 JULAI 2019

kongsi-kongsi ilmu dengan korang mengenai bahasa sarawak mudah. Apa yang terlintas di fikiran itu lah yang aku taip.. so... enjoy arrr...

  1. Beloya=berborak
  2. Awak pergi mana?= Kitak gi sine?
  3. Awak buat apa? = Kitak apa polah?
  4. Awak dah makan? = Kitak dah makan?
  5. Awak buat apa sekarang? = Apa polah kitak kinek tok?
  6. Awak apa khabar? = Kitak apa khabar tek?
  7. Boleh bantu saya tak? = Boleh nolong kamek sik?
  8. Semangat awak tinggi betol = Tinggi nar semengat kitak juak?
  9. Apa maksud makan hati? = Apa reti makan hati?
  10. Bila awak nak kawin? = Bila kitak nak nikah gik?
  11. Ye la tu = Aok ajak la
  12. Awak nampak cantik hari ni = Kacak na kitak aritok
  13. Sombongnya awak = Lawa kitak owh..
  14. Awak dah mandi ke belum? = Kitak dah mandik lom?
  15. Lepas ini pergi mana pulak? = Lepas tok pegi sine?
  16. Panas betul hari ni kan? = Panas na aritok owh?
  17. Gatalnya budak tu.. = Kenja nar nemiak ya eh?
  18. Pandainya awak = terer na kitak?
  19. Kesian = owhh tedah
  20. Dia pula yang terpilih = Nya indah dipilih?
  21. Awak nampak biru la hari ni = Kitak nampak biru la haritok
  22. Apa cerita dekat sana = Apa cerita kat sinun.
  23. Orang sini sihat je = Orang sitok sihat jak.
  24. Saya mengantuk lah = Kamek ngantok eh
  25. Macam mana nak jumpa awak = Camne nak jumpa kitak
  26. Bawa perlahan-lahan kenderaan tu ye = embak slow-slow kereta ya
  27. Pening betol kepala saya = Pening na palak tok eh
  28. Hari macam nak hujan je = Hari macam nak hujan jak
  29. Awak lepak kat mana malam tadi? = Kitak relex sine malam tadik?
  30. Macamana awak boleh kurus macam tu? = Camne kitak boleh kurus kedak ya?
  31. Awak semua cakap tentang apa? = Kitak orang beloya pasal apa?
  32. ♪♫Cubit-cubitan♫ senggol-senggolan♪ = ♪kubit-kubitan♫ senggol-senggolan♪♫
  33. Ketawa terbahak-bahak = tetak perey
  34. Jahat = Gaok
  35. Bosan nya saya = Angol na kamek
  36. Menyampah aku tengok budak tu = ingga ku nangga nembiak ya
  37. Cawan awak cantik la = Cangkir kitak kacak lah
  38. Mana beli almari tu? = Sine meli kabat ya?
  39. Buruk betul perangai dia = jaik na perangenya eh.
  40. tengok tu = Diat ya
  41. Awak ada lihat tak surat khabar hari ni? = Kitak ada nangga sik surat kabar aritok
  42. Awek tu cantik sangat la = Pempuan ya kacak gilak aie.
  43. Awak tahu tak? = Kitak tauk sik?
  44. Dia juga ke yang ikut kita ni? = Nya juak ka ikut kita tok?
  45. Siti situ sana sini = Siti sinun sia sitok
  46. Dia tak pernah berubah lah = Seranto-ranto nya camya
  47. Awak percaya saya tak? = Kitak cayak kamek sik?
  48. Bila sampai? = Bila sampey?
  49. Tak pernah ku tengok budak ni = Sik kalak aku nangga nembiak ya
  50. mengutip sampah = mutit sampah
  51. Dia memang patut di marah = Nya memang patut di anok.
  52. Jangan nakal-nakal tau = Jangan berolah tauk
  53. saya tak pandai la = endak ku pande eh
  54. Terhempas = terempas
  55. bagitau dia = padah nya
  56. Minyak regular = Minyak benjen
  57. Marah = manas/meradang
  58. Awak Poyo = Bujat kitak
  59. Cermin Muka awak tu = Muka ko diat
  60. Kecilkan suara awak dan jangan bising sangat = Kecikkan sora kitak dan Jangan terkiak-kaong gilak.
  61. Dia orang mabok la = Sidaknya palau-palau jak.
  62. Aku kempunan makan telur = Kamek ponek makan telur.
  63. Jangan lama sangat = Iboh lamak gilak.
  64. baru saya tahu = Bok kamek tauk.
  65. Menarik = Mengancam
  66. Heboh = Kamboh
  67. Jangan makan banyak sangat = Iboh kitak berkaul gilak makan.
  68. Comel = Kejawak
  69. Merapu = Ngereco
  70. Awak mengulang perkataan yang sama la. = Kitak mala jak ngitok benda ya.
  71. Bulu kening awak cantik = Bulu mansu kitak kacak eh.
  72. Saya tersedak setelah mendengar berita itu = Meransak kamek dengar berita ya?
  73. Barang saya telah di selongkar = Barang kamek kenak kerugak.
  74. Boleh tak saya menghiburkan awak = Boleh sik kamek ngibor kitak.
  75. Guli itu tenggelam = Guli ya tenggelup.
  76. Janganla membebel = Jangan ngerepak.
  77. Luka awak dah sembuh? = Lukak kitak dah bait?
  78. Saya basah kuyup kena hujan = Kamek lebor laur kenak ujan.
  79. Orang tak nak jangan di paksa = Orang sik maok jangan dipejal.
  80. Barang yang awak bawa tu terjatuh la = Barang yang kitak embak ya berayan eh.
  81. Suapkan makanan kat mulut dia = Sapik makanan rah mulutnya lok.
  82. Dah siap ke kerja awak tu? = Dah lekak kerja kitak tek?
  83. Comot = Empeyak
  84. Saya jalan dulu yer = Kamek mopok lok ah.
  85. Aku tak pernah dengar pun = Sik kalak aku nengar pun.
  86. Rambut awak selekeh betul = Unsa-ansei nar rambut kitak.
  87. Mereka bertempiaran lari ke bukit itu = Sidaknya ngelepar lari ke bukit ya.
  88. Saya tak nak jadi penjahat = Kamek sik maok jadi pak sauk.
  89. Sakit hati saya tengok budak tu = Sak ati nar nangga nembiak ya.
  90. Loya anak tekak saya = Berbual sa nyawa kamek.
  91. Jangan jadi penipu = Jangan jadi pembulak.
  92. Hentam je = Gasak jak.
  93. Awak ni kurang pandai la = Kitak tok belukuk bena eh.
  94. Cantiknya almari awak = Kacak nar jemari kitak.
  95. Ambil pisau tu untuk saya = Ambik ladin ya ngan kamek.
  96. Anjing itu kurap = Asuk ya kurap.
  97. Mata saya mengantuk = Mata kamek kelat.
  98. Jangan main dekat lopak tu, kotor tau. = Jangan main rah lopak ya, kemaik/kamah tauk sik.
  99. Awak makan ke mencekik = Kitak makan ka majoh.
  100. Jangan berlari = Jangan berekot.
  101. Letih aku melayan kamu nih! = Ajab rasa nyawaku  melayan kau ya!!
  102. Kelmarin awak buat apa? = Ari marek kitak apa polah?
  103. Awak berkelakuan pelik ni kenapa? = Kitak merange kenak?
  104. Awak jalan lurus je kat situ = Kitak jalan joros jak rah sia.
  105. Sedapnye.. Teringin nak rasa lagi = Sedap na eh, belalak rasa nyawa eh.
  106. Aku pulak yang kena = Kamek indah yang kenak.
  107. Jangan main dalam semak-samun = Jangan main dalam rumbu/babas.
  108. Saya tersangat letih sampai tak dapat nak pegang pen = Kamek sempe gilak sampe sikpat nak megang pen.
  109. Bagi saya kepak ayam 2 kg = Berik kamek sayap manok 2 kg.
  110. Letih betul buat sangkar ayam hari ini = Kepak nar molah raban manok ari tok.
  111. Budak tu main tipu lah = Nembiak ya ngakal eh.
  112. Saya minta maaf sebab dah lukakan hati awak = Kamek mintak maaf sebab nyakit ati kitak.
  113. Selamat malam, Tidur lena yer = Selamat malam, Tido lena kitak ah.
  114. Di Sini kita berkumpul = Di sitok kita bergelumok. 
  115. Aku tak suka la budak tu = Sik ku rajin nembiak ya. 
  116. Cantik pepatong tu = Kacak kelontet ya.
  117. Dia menumpang motosikal si mamat = Dia berganden make tosikal si mamat.
  118. Terdapat kumbang di dalam pokok kelapa = Ada emberu di dalam pokok niok.
  119. Maaflah.. saya nak cepat = Sori.. kamek begaut.
  120. Saya tak nak la = Sik ku betah.
  121. Buruk perangai mereka = Jaharu perange sidaknya.
  122. Segak kamu hari ini = Gap kitak aritok.
  123. Tak berbaloi awak buat macam tu = Sik bebela kau molah camya.
  124. Lemah longlai = Lemah lintuk
  125. Kena panah kilat = Kenak pangkak nyaruk.
  126. Terkejut sebab barang terjatuh = Beliang entam barang gugok.
  127. Tak kuasa saya nak melayan = Sik pian kamek nak melayan.
  128. Kapal terbang MH370 belum dijumpai = Belon MH370 belum ditemu.
  129. Bising bunyi ekzos motosikal = Tebabak bunyi ekzos tosikal.
  130. Beritahu dia saya dan sampai = padah dengannya kamek dah sampe
  131. Rasa tak bermaya = Mah wa ku (Bahasa Ringkas)
  132. Rasa malas = Alas ku (Bahasa Ringkas)
  133. Bukan main lagi bermekap = Terit jak beresep
  134. Tolong undurkan kereta awak = gostan kereta kitak lok
  135. Saya nak bawa awak lepak = Kamek nak ngajak kitak lepak
  136. Saya tak tahu awak camni = Kamek sik tauk kitak camtok
  137. Awak berimejinasi pasal apa tu = Apa dimejin kitak ya
  138. Tak habis-habis cerita pasal dia = Ndak alah-alah cerita pasalnya
  139. Kesian budak tu kan. = Otedah nembiak ya nak
  140. Selamat berbuka puasa = Selamat bersungkey
  141. Jangan meninggi suara = Jangan nerais sora
  142. Anak saya begitu teruja mendapat barang mainan = Anak kamek kejeron ada jak dapat menan baru
  143. Saya sempat singgah di kedai abu = Kamek nyelepat singgah kedei abu.
  144. Awak tak dengar cakap.. kenapa? = Kitak ya entaleh.. kenak?
  145. Berdenyut kening saya = Ngerijik sa kening ku.
  146. Dagu awak macam mat salleh = Jungo kitak kedak omputeh.
  147. Dilarang cukur bulu kening = Dilarang cukur bulu mangsu.
  148. Awak memang degil = Kitak nang engtingal.
  149. Temankan dia = Ulunya lok
  150. Jangan berdiri di depan pintu = Jangan berdiri di lang pintu
  151. Kerja awak kemas = Usei kerja kitak
  152. Saya tak sokong dia = Kamek sik melan nya
  153. Sesuka hati awak jer camtu = Sukahati kitak jak medo camya
  154. Awak sibuk tak malam ni? = Kitak gago sik malam tok?
  155. Budak tu ada kepandaian lah = Miak ya ada pemande lah
  156. Leher awak merah tu kenapa? = Geruk kitak merah ya kenak?
  157. Dia suka bergurau = Nya suka pelente
  158. Awak lucu = Cali kitak
  159. Jangan paksa dia = Jangan mejal nya
  160. Awak nak gaduh ke? = Ko nak bebukut ka?
  161. Budak tu nakal sangat = Nembiak ya mancai gilak
  162. Kembang hidung dia selepas dipuji = Empengo hidungnya lepas kenak puji
  163. Seksi awek tu = Mancit ompuan ya
  164. Ko nak rasa siku aku? = Ko nak rasa sigong aku?
  165. Badan saya melekit sebab kuat berpeluh = Badan kamek beletik kotan berpeloh.
  166. Jangan ambik lauk pakai tangan = Jangan cerko lauk ya
  167. Terperanjat saya = San buyan kamek
  168. Awak menginap ke? = Kitak berambeh kah?
  169. Tak berubah kedudukan batu tu = Sik ngerujik kedudukan batu ya
  170. Tolong isikan air = Tolong isik air
  171. Dia adalah kawan yang baik = Nyalah geng yang bait
  172. Jalan lambat = Jalan lombot
  173. Kau ni anak siapa? = Kau tok pureh sapa
  174. Aku dah tak ada duit ni = Kamek dah sandat tok
  175. Jika la awak cinta saya = Mun la kitak suka kamek
  176. Kenapa pentas itu kosong = Kenak pentas ya puang
  177. Dia tengah demam tu = Nya tengah meroi ya
  178. Dia teruja membeli barang = Nya begagan membeli barang
  179. Gatal sangat dengan si jamal = Lanji gilak dengan si Jamal
  180. Mereka bergaduh kat sana = Sidaknya berusah kat sinun
  181. Awak guna apa tu? = Kitak make apa ya?
  182. Jangan degil sangat!!! = Jangan entingal gilak!!!
  183. Kenapa terburu-buru sangat? = Kenak sengaut gilak?
  184. Kaki dia terseliuh = Kitak nya selauk
  185. Anak dia terjatuh = Anak nya terusuk
  186. Awak pengotor sangat la = Kitak ceridak gilak la
  187. Mulut dia banyak cakap = Mulut nya cerobeh
  188. Budak tu bijak comel = Nembiak ya ceredit
  189. Baju dia warna merah jambu = Baju nya warna gadong
  190. Saya nak beli baju warna unggu = Saya nak beli baju warna engkodok
  191. Hidup si Polan amat sukar tak teratur = Idup si Polah merinsak



KEPADA PEMBACA ARTIKEL INI
ANDA MUNGKIN ADA SOALAN BERKAITAN DENGAN BAHASA SARAWAK
JIKA ADA DAN NAK JAWAPAN LEBIH CEPAT
LIKE PAGE KAMI DAN ANDA BOLEH TERUS INBOX KAMI










google-site-verification: googlea42f4b3cde35075b.html

VIDEO : HERINAWATI PENDAFTARAN SYARIKAT DAN PEMASARAN

(AUDIO TIDAK CEMERLANG - SILA GUNA HEADSET)


ONLINE TRAINING

JIMAT MASA | JIMAT TUNAI | JIMAT TENAGA
MARKETING AND ADVERTISING

Jemputan kita minggu ini ialah:
Herina Arriana


YOUTUBE MODE

FACEBOOK MODE
skip minit 2:15

VIDEO : DAYANGKU KHALIZAWATI TIPS PENULISAN IKLAN


ONLINE TRAINING

JIMAT MASA | JIMAT TUNAI | JIMAT TENAGA
MARKETING AND ADVERTISING
#contentcopywriting

Jemputan kita minggu ini ialah:
Dayangku khalizawati

Subscribe Youtube Channel beloya2u untuk video terkini


VIDEO : HANI GANI PEMASARAN DAN PERNIAGAAN SPA


ONLINE TRAINING

JIMAT MASA | JIMAT TUNAI | JIMAT TENAGA
e-Commerce Trend 2019 #Marketing #Spabusiness

Jemputan kita minggu ini ialah:
Tkj Hani Gani

Sila sediakan pen dan kertas untuk mencatat. Untuk video terkini pendidikan secara online sila subscribe Youtube channel beloya2u

VIDEO : KHAALIQ AHMAD MEMBANGUN JENAMA DAN KUASA PENJENAMAAN


ONLINE TRAINING

JIMAT MASA | JIMAT TUNAI | JIMAT TENAGA
e-Commerce Trend 2019 #buildingbrand #brandpower

Jemputan kita minggu ini ialah:
Khaaliq Ahmad

Like dan follow beloya2u youtube channel


VIDEO : NURHASYIMAH BALQIS SELF BRANDING DAN COPYWRITING ADS


ONLINE TRAINING

JIMAT MASA | JIMAT TUNAI | JIMAT TENAGA
e-Commerce Trend 2019 #onlineselfbranding #copywritingads

Jemputan kita minggu ini ialah:
Nurhasyimah Balqis

Like and follow Facebook page beloya2u.com serta youtube channel beloya2u

VIDEO : AMIRUL HAFIZ SOCMED DAN VIDEO ADS

ONLINE TRAINING

JIMAT MASA | JIMAT TUNAI | JIMAT TENAGA
e-Commerce Trend 2019 #SocMedAds #VideoAds

Jemputan kita minggu ini ialah:
Amirul Hafiz

Sila like and follow Facebook page beloya2u.com

Sila share artikel ini jika ianya memberi mafaat kepada anda. Jangan lupa pen dengan kertas untuk mencatat sambil menonton video ini.

VIDEO : ALI HANAFIAH DIGITAL MARKETING, E-COMMERCE DAN AUTO SALES


PERKONGSIAN PENGALAMAN MINGGU INI DALAM BORNEO PEOPLE TALK


Daripada Ali Hanafiah Daud


Perbincangan yang menarik adalah teknik funnel yang boleh membantu usahawan mengenal pasti pelanggan yang benar-benar berpotensi. Ikuti video di bawah. Jangan lupa sediakan pen dengan buku untuk mencatat.

Moga video memberi mafaat kepada anda. Sila share dengan kawan-kawan. Moga anda mendapat pahala yang berlipat kali ganda.

Selamat menonton



VIDEO : LIZA TEKNIK COPYWRITING DAN KEPENTINGAN FACEBOOK PAGE


ONLINE TRAINING

JIMAT MASA | JIMAT TUNAI | JIMAT TENAGA

Jemputan kita minggu ini ialah:


Sila bawa pen dengan kertas supaya dapat mencatat. Semoga video ini memberi mafaat kepada anda semua. Sila share supaya orang lain pun mendapat mafaat.

VIDEO : YUSOF ABD AZIZ SMART E-COMMERCE (MOOMOL)


Perkongsian dan tips untuk mendapatkan sumber produk perniagaan secara atas talian. Bagaimana? Sila tonton video di bawah

JIMAT MASA | JIMAT TUNAI | JIMAT TENAGA
e-Commerce Trend 2019 #smartecommerce
Jemputan kita minggu ini ialah:
Smile Je @ Yusof Abd Aziz
Sila like dan follow fb page #beloya2u




VIDEO : AWANG SAIFELUDDIN EVENT INDUSTRY DAN PROMOSI

ONLINE TRAINING JIMAT MASA | JIMAT TUNAI | JIMAT TENAGA e-Commerce Trend 2019 #eventindustry #promotion Jemputan kita minggu ini ialah: Awang Saifeluddin ►Founder of grit Event Management ►Race director of Mulu Eco Challenge ►Organised and participated in more than 40+ sport event in multiple countries Sila share dengan kawan-kawan jika video ini memberi mafaat kepada anda. Semoga kawan-kawan lain dapat mafaat yang sama.



VIDEO : DAYANGKU KHALIZAWATI TIPS AGRO DAN PENJENAMAAN

LIVE Video bersama Dayangku Khalizawati berbincang mengenai agro dan penjenamaan. Ikuti video ini dan dapatkan tips dan perkongsian pengalaman yang boleh membantu aktiviti perniagaan anda.

Jangan lupa sediakan pen dan kertas untuk membuat catatan. Semoga urusan anda dipermudahkan dan permudahkan urusan orang dengan kongsi artikel atau video dengan dengan kawan-kawan anda.

Makaseh. Selamat menonton


JOURNEY TO JAPAN 19 MAY 2019 - 28 MAY 2019



Program bersama La Via Campesina di Jepun. Program ini di hadiri 12 negara di sekitar Asia dan Asia Tenggara. Perbincangan menjurus kepada kepentingan orang asal dan makanan organik. Menjaga budaya dan adap masyarakat Asia serta kelangsungan hidup yang semakin mencabar.

Dalam program ini terdapat kumpulan feminism yang membuat perbentangan. Pada pendapat saya kumpulan ini tidak seperti kumpulan lain yang pernah kita dengar atau kumpulan extreme fiminism. Hari pertama dalam program ini, mereka telah membuat perbentangan mengenai dasar feminism mereka dan saya merasakan kelembutan dalam dasar mereka. Mereka melibatkan lelaki dalam dasar mereka. Bila difikirkan balik, ini sepatutnya terjadi kerana wanita dan lelaki saling bergandingan untuk membangun institusi keluarga atau negara. Feminism yang mementingkan diri adalah feminism yang memikirkan mereka sahaja tanpa memikirkan jantina lain.

Saya balik ke Malaysia membawa satu naskah resolusi PBB yang dimeterai pada Disember 2018 di mana bahagian penting adalah menjaga hak asasi orang asal dan makanan tempatan yang tidak bercampur dengan bahan kimia.

Dominasi program ini adalah lebih kepada menjaga hak-hak petani kecil. Di Malaysia, saya bersyukur kerana petani kecil di sini dijaga dengan baik walaupun terdapat kecacatan. Kita sedia maklum bahawa dalam setandan pisang pasti ada sebiji buahnya rosak. Tiada yang sempurna tetapi kita kena terus cuba mengejar kesempurnaan.

Saya nampak apa yang patut saya lakukan dan bahagian mana harus ditambah baik hasil dari pengalaman bersama 12 negara di Jepun. Selepas ini, saya akan membawa lebih banyak lagi anak muda untuk merasai pengalaman seperti saya. Saya akan memimpin mereka secara lansung dan tidak langsung.

Video blueprint:

.

VIDEO : TIPS PENJIMATAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK

LIVE Video bersama Zambri Bin Mohammad dengan host program En Khall dalam program Borneo Digital Champion membincangkan penjimatan kos pendidikan untuk anak-anak dengan impak maksimum prestasi anak-anak

Moga video ini mafaat kepada anda. Sila kongsi dengan kawan-kawan supaya mereka mendapat mafaat yang sama.

Selamat menonton

AMANAT HARI RAYA BY #BELOYA2U

AMANAT HARI RAYA BY #beloya2u


Allah maha besar.. Allah maha besar.. Allah maha besar... Allah maha besar..Allah maha besar..Allah maha besar.. Allah maha besar..

Dalam memperjuangkan agama, bangsa dan negara ini. Bukanlah mudah. Kita bukan 1 tapi berjuta. Macam² cerita. Ada yang suka dan ada yang tak suka. Kita tak mampu memuaskan hati semua tetapi kita boleh lakukan yang terbaik untuk kita semua. Ada yang faham dan ada juga yang tidak faham. Lakukan apa sahaja yang sesuai berdasarkan kehendak masyarakat asalkan berpandukan sunnah dan al-quran. Masyarakat yang rajin membaca dan memahami apa yang dibaca lebih cepat memahami dan tidak mudah melatah dari setiap berita yang diterima.

Pengalaman bersama rakan² dalam negara dan luar negara. 1 perkara yang jelas pada pengamatan saya. Semua mencari² formula untuk mencari hidup yang sempurna dan kadang terpaksa bertikam lidah dan bertegang urat untuk menyatakan formula masing² betul dan sempurna, namun pada akhirnya sentiasa bertukar. Pada pemahaman saya, hanya merujuk kepada sunnah dan Al-quran sahaja mampu mendamaikan umat ini.

Namun begitu hormat menghormati adalah jalan untuk melegakan perbezaan ini. Kamu dengan cara kamu dan kami dengan cara kami. Setiap surah yang dibaca sudah dipupuk dengan rasa kasih sayang iaitu. Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang. Jelas!! Pengasih dan penyayang. Allah mengajar kita untuk berkasih sayang. Setiap perjumpaan dan ucapan dimulai dengan doa kedamaian iaitu Assalamualaikum yang bermaksud, Sejahteralah ke atas kamu. Jelas bukan.

Sebagai pemimpin dari peringkat tertinggi sehingga peringkat bawahan. Bersabarlah dalam amanah kamu. Teruskan bersikap adil. Jangan sesekali kamu menghukum sesuatu kumpulan/individu yang kamu tidak suka dengan cara yang tidak adil. Sikap adil kamu akan menaikkan martabat kamu.

Semoga Organisasi dibawah pimpinan saya dan pimpinan rakan saya mendapat kesejahteraan pada tahun ini dan tahun² yang mendatang. Jangan memandang kejayaan itu dengan apa yang kita miliki sekarang tetapi proses untuk mendapatkan nya lebih bernilai.

Saya menyusun 10 jari memohon kemaafan kepada seluruh masyarakat Malaysia dan Sarawak Khasnya tidak kira bangsa dan agama sekiranya saya tersalah bahasa dan tingkah laku yang melukakan hati kamu. Datanglah kepada saya dan beritahu saya, bukan orang lain sekiranya saya ralat dalam tindakkan saya yang melukai hati kamu. Duduk berbincang dan kita sedaya upaya jernihkan yang keruh.

Alhamdulillah. Moga Allah ampunkan dosa kita semua dan mengharamkan api neraka ke atas ibu bapa kita tidak kira masih ada atau telah tiada.

Sekian Dari hati kamek #beloya2u

8 TAHUN TUPAI INI MENGETUK PINTU RUMAH KELUARGA INI


Haiwan sememangnya mudah berinteraksi dengan manusia, termasuklah dengan haiwan liar yang jarang dibela dan dipelihara oleh manusia. Ia juga boleh menzahirkan ‘sesuatu’ buat manusia. Sebagai contoh, tupai ini yang mempunyai ikatan dengan keluarga ini yang telah menyelamatkan nyawanya.

Pada tahun 2009, Brantly Harrison dan keluarganya telah menyelamatkan seekor tupai berusia 4 minggu daripada diserang oleh seekor burung hantu. Teruk juga keadaan tupai berkenaan pada ketika itu, menyebabkan keluarga Brantly mengambil dan membawanya pulang ke Carolina Selatan dan menjaganya sehingga keadaannya pulih.

Tupai itu dinamakan Bella. Ia diberi makan buah-buahan dan kekacang bagi memberikannya nutrien sehinggalah ia sihat sepenuhnya dan dibebaskan ke habitat asal pada musim bunga tahun 2010. Keluarga Brantly tidak menyangka bahawa mereka akan bertemu semula dengan Bella.

Ternyata Bella pulang semula ke rumah keluarga itu dengan kerap selama 8 tahun. Ia akan menunggu di tingkap sehingga seseorang dalam keluarga itu perasan akan kehadirannya. Ia sangat manja sehingga boleh mengikuti keluarga itu ke taman.

Bella telah menjadi sebahagian daripada keluarga berkenaan dan ia sangat suka menghabiskan masanya bersama keluarga Brantly.

Namun, pada suatu hari, Bella menunggu di depan pintu dengan kecederaan pada kakinya. Hal ini menyebabkan ia dijaga semula oleh keluarga itu dan ia diberikan antibiotik.

Apabila Bella sudah pulih dan bersedia untuk dilepaskan semula, keluarga itu membuat kejutan dengan membeli sangkar untuknya.

Bella telah melahirkan 3 ekor anak tupai yang comel. Pastinya keluarga Brantly sangat gembira kerana mereka juga seakan menerima bayi yang comel.

Bella mahu berkongsi perjalanan hidupnya bersama manusia yang sangat menyayanginya dan ia akan menjaga anaknya sehinggalah mereka bersedia untuk dibebaskan ke habitat asal mereka.

Sumber: happiest.com

BERUBAH JADI KACAK SELEPAS BERHENTI MEROKOK

Photo Goodtimes



Pastinya umum sudah tahu tentang kesan negatif rokok kepada kesihatan. Namun, masih ramai lagi yang tetap menghisapnya meskipun ia merupakan punca penyakit seperti strok, penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan kanser paru-paru.

Menurut statistik terbaru ynag dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 10,000 rakyat di negara ini meninggal dunia setiap tahun disebabkan penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok.

Tetapi walaupun dalam kealpaan, ramai juga yang tersedar tentang hakikat buruk tabiat ini dan nekad untuk berhenti. Salah seorang daripadanya adalah lelaki yang berasal dari Taiwan ini. Sebelum ini beliau pernah memuat naik gambar transformasi wajahnya ketika menjadi seorang perokok dan apabila sudah berhenti.

Perubahan tersebut kelihatab sungguh ketara kerana sewaktu beliau merokok, wajahnya nampak kusam, berkedut malah lebih kelihatan lebih tua dari usia sebenarnya.

Setelah berhenti merokok, wajahnya terlihat lebih segar dan tampak awet muda. Pemuda ini juga mengakui bahawa dirinya dahulu merupakan perokok tegar yang mampu menghabiskan satu kotak rokok dalam masa sehari. Malah beliau juga sanggup tidak makan, asalkan dapat menghisap rokok.

Bahkan kerana tubuh badannya yang kurus dan terlihat lebih tua, ramai yang menyangka bahawa beliau merupakan seorang penagih bahan terlarang. Kerana sedar akan keadaan itu, beliau tekad untuk belajar berhenti merokok walaupun sukar. Ini oleh kerana beliau memerlukan tempoh 4 tahun untuk benar-benar berhenti menghisapnya.

Tetapi semua itu berbaloi apabila berat badannya kini sudah meningkat hingga 70 kg dan wajahnya menjadi lebih bersih, tiada jerawat mahupun kedut. Selera makannya juga bertambah dan beliau sering memberi galakan kepada mereka yang merokok.

“Tidak susah untuk berhenti merokok, apa yang anda perlukan adalah kesungguhan.” katanya

Jadi kalau anda semua ingin kelihatan lebih muda, berseri dan sihat, anda haruslah berhenti merokok. Jaga kesihatan dan mulakan hari dengan gaya hidup yang sihat kerana semua kenikmatan ini adalah untuk diri anda sendiri, bukannya orang lain.

Sumber : Keepo.me

BENARKAH WANITA LEBIH GATAL DARIPADA LELAKI?



Kutipan undian dari 15 orang dengan pemilihan jantina secara rawak menghasilkan keputusan berikut:

73% Setuju
27% Tidak Setuju

Beberapa komen dari peserta adalah seperti berikut:

  • Gatal wanita tidak nampak iaitu secara sembunyi-sembunyi. Misalnya memerhati lelaki kacak secara dalam.
  • Saya terbaca dalam laman sosial. Anda boleh google sendiri cari bahawa penonton porno lebih banyak dikalangan wanita berbanding lelaki.
  • Lelaki juga gatal. Pendek kata, sebenarnya dua-dua gatal bergantung kepada individu.
  • Sebenarnya lelaki lebih gatal. Mereka lakukannya secara terang-terangan.



LELAKI DI AMBANG BAHAYA DAN WANITA KENA BERSEDIA



PBB menerbitkan Laporan Demografi suku pertama 2019

Ada 7.7 Billion orang di planet bumi ini. 

Laporan menunjukkan:

 Wanita = 5.6 Billion
 Lelaki = 2.1 Billion

Jadi, mereka menyarankan wanita untuk berhati-hati dalam menunjukkan sikap kepada para lelaki kerana :-

Dari 2.2 Billon lelaki:

• Satu billion sudah menikah.
 • 130,000 berada di penjara.
 • 70,000 sakit jiwa.

Itu bererti bahawa bumi ini hanya memiliki 1 billion lelaki yang ada untuk menikah, dan ratio jumlah lelaki dan wanita adalah nisbah 1 : 4.

Dan perlu diketahui dari 1 Billion lelaki itu :

 • 50% menganggur
 • 3% adalah gay
 • 1%  duda tak nak nikah
 • 10% saudara anda
 • 35% berumur 66 tahun keatas

Jadi salah satu jalan keluarnya seperti yang di anjurkan dalam Islam, bagi para lelaki yang mampu silakan melakukan POLIGAMI hinga memiliki 4 isteri, agar tidak ada lagi wanita yang tidak memiliki pasangan hidup.

Jadi, bagi para wanita baik yang sudah menikah maupun yang masih belum bernikah, mulai sekarang anda harus menjaga lelaki sebaik baik nya.

Untuk detail, kunjungi laporan demografi PBB
 http://www.worldometers.info/world-population

https://www.worldometers.info/world-population/world-population-gender-age.php

NASA BERI AMARAN ASTROID BESAR MEMUSNAHKAN BUMI



AGENSI Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik (Nasa) memberi amaran bahawa asteroid besar mampu menghentam Bumi pada bila-bila masa semasa kita masih hidup.

Selain itu Nasa juga menyeru supaya kajian global tentang ancaman asteroid terhadap planet Bumi dilakukan.

Administrator Nasa Jim Bridenstine percaya, prospek asteroid akan memusnahkan kehidupan manusia dengan menghentam Bumi bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau dilihat sebagai adegan sains fiksyen seperti dalam filem Hollywood.

Sebaliknya Bridenstine berkata Amerika Syarikat (AS) perlu memperkuatkan pertahanannya dalam berdepan ancaman meteor.

Kenyataan ini disampaikannya dalam Persidangan Pertahanan Planetary 2019 di Washington DC, Isnin.

Gesaan ini dibuat ketika Nasa, Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan dan pihak-pihak lain akan melakukan latihan pertahanan di persidangan itu yang melakukan simulasi apa akan terjadi jika asteroid menuju ke Bumi.

“Kita harus pastikan semua orang faham bahawa ini bukan tentang Hollywood, ini bukan tentang filem.

“Ini tentang melindungi satu-satunya planet yang kita tahu, saat ini menampung kehidupan dan ia adalah planet Bumi,” kata Bridenstine semasa persidangan tersebut, memetik Daily Mail, Rabu.
Dia memberi contoh kes di kota Chelyabinsk, Rusia untuk membuktikan peningkatan keseriusan dan potensi untuk berlakunya lagi peristiwa-peristiwa seperti ini.

Meteor tersebut yang terbakar jatuh ke Bumi pernah melintasi pergunungan Ural selatan pada Februari 2013.

Ia merupakan peristiwa meteor jatuh ke bumi terbesar yang tercatat lebih dari satu abad, setelah peristiwa Tunguska tahun 1908.

Lebih dari 1,600 cedera akibat gelombang ledakan itu yang mana kekuatannya dianggarkan sekuat letupan 20 bom atom Hiroshima.

Dalam peristiwa di Chelyabinsk, asteroid berukuran sekitar 100 kaki atau 30 meter melewati Bumi dan ia dikenali sebagai Duende.

Bridenstine berkata nasib baik Duende hanya lalu sahaja, namun kemungkinan akan kembali pada 2123.

Walaupun peristiwa seperti itu dijangka berlaku sekali dalam setiap 60 tahun, Bridenstine berkata ia telah berlaku sebanyak tiga kali dalam 100 tahun terakhir.

Melihat apa yang telah berlaku itu, dia berkata peristiwa serupa boleh berlaku dalam hidup kita pada masa depan.

“Saya sebut peristiwa ini luar biasa unik, tapi sebenarnya tidak,” kata Bridenstine.
Bridenstine berkata pertahanan planet sama penting dengan misi-misi Nasa yang lain, seperti mendaratkan manusia di bulan.

Dia menambah, Nasa sedang berusaha untuk mengesan dan mengkaji 90 peratus asteroid terdekat yang berukuran 459 kaki atau lebih besar, yang dapat menyebabkan kerosakan teruk ketika hentaman.
Sebahagian daripada usaha Nasa untuk mempertahankan Bumi daripada asteroid termasuklah misi Double Asteroid Redirection Test (DART), yang dijadualkan pada Jun 2021, termasuk bantuan dari SpaceX milik Elon Musk.

Misi inovatif ini akan menjadi usaha pertama yang ditunjukkan untuk membelokkan asteroid dengan cara menembak objek ke asteroid sasaran melalui kecepatan tinggi.
Setelah diluncurkan dari pangkalan Angkatan Udara Vandenberg California di atas roket Falcon 9 pada 2021, pesawat DART diharapkan mencapai objek Didymos pada Oktober 2022, ketika jaraknya 6.8 juta batu dari Bumi.

DART akan mensasarkan Didymos asteroid dekat Bumi, yang berukuran sekitar 2.600 kaki.
Sumber: Mstar Online

KISAH BANGUN SELEPAS JATUH MEMBUAT ANDA MENGALIR AIR MATA

Di bawah ini adalah cerita yang dikongsikan oleh Tuan Baharuddin Mohamed di dalam facebook beliau. Rata-rata beliau mendapat komen positif dan bermotivasi. Admin sendiri membaca turut berasa sayu tetapi penuh dengan keazaman.

Semoga penulisan di bawah ini membawa anda ke dimensi yang lebih luar biasa.

BANGUN SELEPAS JATUH ======================

Saya ada satu cerita. Baru ni saya dibawa oleh seorang sahabat lama saya dalam bisnes ke pejabatnya. Pejabatnya tingkat dua. .

Banyak meja kosong. .

" Bahar, aku nak jual semua barang pejabat ni. Ko nak beli. Ambil lah berapa ko nak ". .

Saya tenung matanya. Saya dapat rasakan kekecewaannya. .

" Sabarlah". .

Saya peluk dia dan tarik dia duduk. Dia ceritakan yang dia sudah 2 tahun tak ada projek. Dulu ada 20 orang dalam pejabat ni dan satu-satu berhenti dan terpaksa diberhentikan. .

Dapat projek tak dapat bayaran. Yang lain banyak mencuba, jumpa orang tu, jumpa orang ini semua tak dapat. .

Itu pun banyak lagi hutang dengan x-staf yang tak berbayar. KWSP tiap bulan hantar surat, LHDN tekan kata tak bayar cukai. .

Ada sekali tu ada satu meeting besar. Ada peluang nak dapat projek, sedang kami meeting orang potong TNB datang dan potong walau merayu. Tukang potong tu pun cakap " Apa-apa bayar dulu, bos awak kereta besar. Api pejabat pun tak nak bayar " katanya. Akhirnya meeting sedang belangsung terpaksa dibatalkan kerana panas dan bergelap. Projek tu tak dapat. .

Saya faham betul perasaan sahabat saya ni. Bila kalah semua kita buat salah. .

Muka dan badannya lesu. Dia ditagih hutang kiri dan kanan. Tak ada orang yang nak faham. Mereka mahu masalah mereka selesai. Orang bank datang ugut. Kereta ditarik, rumah nak dilelong. .

Saya banyak berdiam dan tunduk. Hampir dua jam saya bersamanya. Nak balik saya hulurkan sedikit duit. Dia peluk dan menanggis sekali lagi. Kita lebih baik cari kawan yang sedang jatuh dan masih tak ada apa-apa. Mereka yang dah naik selalu call pun tak angkat. Katanya lagi. .

Saya janji nak carikan pembeli perabut pejabatnya. Saya dapat nasihat je dan saya tak berikan sebarang solusi. .

Saya beritahu, bisnes ini tarbiyah membuatkan kita lebih baik dan bersyukur dengan apa yang ada. " Tak mustahil kau naik semula. Lupakan kegagalan dan kejayaan lepas, buang keegoan kita dan bina semula tangga kejayaan. Biar ramai yang ketawakan kita bila kita jatuh. Tapi jangan sampai ketawa mereka menjadi punca kesedihan dan tanggisan kita. Buat dari yang kecil. ". .

Bulan ramadhan ini sungguh duka. Isteri dan anaknya dia hantar ke kampung bersama ibu mertuanya. Dia jual semua barang dirumahnya. Dia bangkit semula. Setiap hari wasap saya dengan progres perjalanan nya. Senyuman sudah mula terukir dibibirnya. .

Bangkitlah sahabat ku. .

Sahabat-sahabat di luar sana yang mempunyai setuasi yang seakan sama. Bersabarlah. Saya masih ada dan faham apa yang sedang berlaku. Baliklah dan mohon pada Allah. Saya juga pernah melalui apa yang sedang anda sedang lalui dan lebih teruk dari itu. .

Usahawan perlukan jati diri yang kuat. Masih sampai sekarang orang masih senyum sinis dengan saya. Saya senyum je, mereka yang ketawa dulu pun tak kemana. Usahawan kena degil. Bangkitlah semula sahabat. .

#BangunSelepasJatuh

Share dan like

LANGKAH-LANGKAH #COPYTRADE MENGGUNAKAN BROKER LITE FINANCE

Berikut ialah langkah-langkah untuk copy akaun manager. Perkara pertama adalah membuat analisa porfolio manager. Macamana nak buat analisa. Nanti saya akan ceritakan dalam artikel selepas ini.



LANKAH 1
Pilih manager
Antara manager dalam circle saya dan saya kenali adalah @cbcpro, @beloy2u dan komeng89. Akaun saya copy sesama sendiri setiap manager yang saya sebutkan. Membuat pecahan akaun adalah bertujuan untuk mengurangkan risiko.

LANGKAH 2
Klik manager
Setting "amount to copy"
Berapakah nilai yang anda hendak copy

LANGKAH 3
Klik copy setting
Terdapat 3 bahagian yang keluar iaitu:

  • Copy opened order
  • Copy type
  • Max loss/max profit


LANGKAH 4
Copy opened order
-pastikan anda unclick box tersebut

Copy type
-in proportion to my fund
Risiko tinggi dan juga boleh menghasilkan keuntungan yang tinggi. Saiz lot yang digunakan bergantung kepada nisbah nilai modal anda dengan modal manager

-full size copying 1 for 1
Risiko bergantung kepada modal manager. jika modal manager besar dan anda kecil. Makan risiko tinggi dan jika sebaliknya maka risiko rendah

-fixed size of each trade
Saiz lot adalah mengikut kehendak anda. Berapa pun saiz lot yang manager masukkan. Saiz lot anda dalah tetap dan tidak berubah. Risiko adalah bergantung kepada jumlah modal anda.

-% of each trade's volume
Gandaan saiz lot anda dengan saiz lot yang dimasukkan oleh manager. Risiko adalah tinggi

-Max loss/max profit
Kebanyakkan trader tidak menggangu bahagian ini.
Berapakah nilai anda sanggup rugi dan berapakah nilai keuntungan yang anda akan ambil.

LANGKAH 5
langkah terakhir
Klik copy (butang biru)


PERHATIAN:
Jika anda masih tidak faham dengan arahan di atas. Anda boleh mendapat khidmat rundingan melalui link whatsapp http://beloya2u.wasap.my.

Untuk mendapatkan khidmat rundingan daftar dulu akaun anda menggunakan link ini:
https://goo.gl/AfkShX

Selepas daftar. Hantar nombor id anda yang boleh anda semak di bahagian profile kepada http://beloya2u.wasap.my

Berikut adalah antara porfolio yang boleh anda semak:

@beloya2u 
Akaun cents yang hanya menggunakan modal 10USD = 1000USDC



@CBCPRO
Akaun standard best capital adalah 100USD



@komeng89
Akaun standard best capital adalah 300USD


COPYWRITING DAN FB PAGE : DIGITAL KENYALANG ACHIEVERS



Minggu ini bersama dengan kita adalah Puan Liza yang akan berkongsi mengenai tips copywriting ataupun mengolah ayat iklan. Bagaimana membangun Facebook page

Ikuti video di bawah ini untuk maklumat terperinci



PERNIAGAAN DI HUJUNG JARI!

Bengkel Digital Marketing
(Rujuk gambar)

Selaras dengan Dunia IT & Teknologi menjelang wawasan 2020!

Anda boleh hubungi #coachope (Liza) untuk maklumat terperinci atau klik link whatsapp berikut wasap.my/60103427505/bengkeldigitalmarketing

Nota kaki👇🏿
°Certified eUsahawan Trainer
°Digital Marketing Trainer
°Founder Hope Dld Enterprise (Btu/870/2016)
°Entrepreneur
°Freelance Motivator

HANYA PERLUKAN PC/LAPTOP/HP DAN INTERNET UNTUK ANDA JANA PENDAPATAN

ANDA NAK JANA PENDAPATAN
HARIAN? MINGGUAN? BULANAN?


DAFTAR HARI INI DAN KAMI AKAN MENYEDIAKAN
PERCUMA khidmat rundingan DCW
PERCUMA kelas pengenalan trading
PERCUMA khidmat nasihat penilaian portfolio


Anda buat pilihan sendiri, anda kawal sendiri akaun anda. Anda bebas deposit dan bebas mengeluarkan deposit anda. Anda hanya perlu belajar sedikit, iaitu menilai porfolio pengurus saham yang ada di pasaran.

Kami boleh memperkenalkan beberapa orang yang boleh anda ikuti dan kami ajar sekali teknik penilaian

BAGAIMANA NAK DAFTAR? IKUTI LANGKAH-LANGKAH BERIKUT
(1) DAFTAR

(2) PENGESAHAN PENDAFTARAN

(3) PENGESAHAN SEMAKAN ID
  • Pihak kami akan membalas whatsapp anda setelah semakan berjaya
(4) SEMAK LOKASI LATIHAN

  • Cari "Saradec Learning Centre" di google maps atau guna link di bawah ini
  • KLIK https://goo.gl/maps/13uKf5LhMUA2
  • Anda boleh datang ke lokasi ini untuk mendapat khidmat rundingan percuma
(5) PERSEDIAAN ANDA
  • Buku dan pen
  • Laptop (jika ada)
  • Lapangkan minda anda
  • Internet



PERHATIAN!!
Risiko tinggi pulangan tinggi | Risiko rendah pulangan rendah

BANGKITNYA ANTU KACANG DALAM DALAM KECELARUAN : DIGITAL KENYALANG ACHIEVERS


Untuk membangun atau mencipta pengalaman bukan satu perkara yang mudah dan apatah lagi memiliki pengalaman yang banyak dengan masa yang singkat. Cara yang terbaik untuk memperbanyakkan pengalaman adalah dengan mendengar pengalaman orang lain.

Bersama dalam artikel ini kami sediakan video perkongsian pengalaman usahawan yang sedang membangun.

Semoga perkongsian ini memberi mafaat kepada anda. Sekiranya video ini memberi mafaat kepada ada. Silalah share.. 





DIGITAL KENYALANG ACHIEVERS: BAGAIMANA USAHAWAN MEMBELI PRODUK DI CHINA TANPA PERLU PERGI KE CHINA -TUAN YUSOF



Pelajaran kita kali ini adalah mengenai teknik membeli produk di china secara pukal tanpa perlu pergi ke china. Menarikkan?

Biasanya kos untuk ke china lebih kurang RM1,500.00 belum dikira lagi keselamatan serta masa yang diambil. Kalau saya katakan kos ini hanya RM150 bagaimana? he he.. sila la tonton video di bawah

Berikut adalah video yang menarik mengajar anda bagaimana membeli stok di china tanpa perlu pergi ke china.



PENDAPATAN SAMPINGAN MINGGUAN/BULANAN DENGAN #COPYTRADE


Ini adalah salah satu instrumen pelaburan. Pelaburan Foreign Exchange adalah berisiko tinggi dan juga pulangan yang tinggi. Untuk belajar jual beli saham dalam Foreign Exchange memerlukan masa dan wang ringgit yang banyak. Disebabkan itu, Lite Finance menawarkan #copytrade untuk memudahkan pelabur membuat pelaburan. Sebelum membuat #copytrade, pelabur hendaklah memahami porfolio trader yang mereka #copytrade.

Di bawah ini adalah langkah-langkah untuk memulakan proses copytrade.
PERTANYAAN WHATSAPP
Klik link untuk whataspp http://beloya2u.wasap.my/



LANGKAH COPYTRADE

(1) 
DAFTAR DENGAN KLIK BUTANG DI BAWAH


(2) 
DEPOSIT
guna local depositor


(3) 
KLIK BUTANG PORTFOLIO COPYTRADE

MIN USD50

MIN USD200



(4) 
LIKE FACEBOOK PAGE BELOYA2U.COM

Untuk kemaskini (update) terkinektok


(5) 
PERTANYAAN WHATSAPP
Klik link untuk whataspp http://beloya2u.wasap.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.