اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA.. JANGAN LUPA SUBSCRIBE YOUTUBE BELOYA TV DAN LIKE, FOLLOW SERTA SEE FIRST FACEBOOK PAGE BELOYA2U.COM UNTUK NOTIFIKASI PANTAS. SEMOGA ANDA TIDAK KETINGGALAN DENGAN LIVE PERKONGSIAN ILMU SERTA INFO YANG MENARIK

PHOTOGRAPHER : CUMA GUNA SMARTPHONE JERRRR


Bagi anda yang ingin tahu dengan fotografi smartphone, berikut adalah tips dan trick fotografi untuk smartphone :
1. Pastikan anda memilih tempat yang banyak cahaya
Jika anda mengambil gambar dalam lingkungan cahaya yang rendah, smartphone anda pasti tahu untuk menyesuaikan diri untuk mengubah ke arah eksposureyang lebih rendah untuk membiarkan cahaya masuk lebih banyak dan ini akan menyebabkan hasil bidikan anda menjadi noise (gambar mempunyai binitik-bintik halus jika anda lihat degan jarak dekat).
Saranan saya lebih baik anda pergi ke ruang lebih terbuka seperti di luar rumah jika anda sedang beriadah bersama keluarga.
Contohnya halaman rumah kerana cahaya disitu amatlah terang berbanding dengan cahaya di dalam rumah, pejabat, kelas, dewan dan lain-lain lagi.
2. Pegang smartphone dengan lebih stabil
Anda harus memastikan bahwa anda memegang smartphone dengan baik saat mengambil foto.
Cubalah untuk tidak bergerak sama sekali saat mengambil gambar kerana jika tangan anda gementar ia akan menyebabkan foto menjadi kabur, terutama jika kamera anda tidak memiliki kemampuan menstabilkan gambar optik atau digital.
Anda juga harus bersikap lembut ketika menekan tombol shutter.
3. Elakkan penggunaan Zoom Digital
Yang ini WAJIB atau perkataan lain HARUS dielakkan kerana pembesar imej digital ini akan mengurangkan kualiti gambar, lebih banyak zoom yang anda lakukan lebih teruk kualiti gambar yang terhasil.
Jika anda mahu gambar yang baik anda boleh ‘crop’ gambar anda selepas mengambilnya memandangkan kesemua telefon pintar pasti hadir dengan beberapa kebolehan untuk mengedit gambar yang diambil.
Selain itu, anda juga boleh mengambil gambar dari jarak yang lebih dekat.
4. Bersihkan lensa kamera anda
Sebuah lensa kamera smartphone sangat mudah kotor, oleh sebab itu anda harus meluangkan masa untuk membersihkan dari waktu ke waktu. Gilaplah lensa kamera smartphone anda dengan menggunakan kain atau tisu yang lembut agar tidak menyalarkan kamera.
Tekan titik fokus dengan tepat. Jika Anda merasa foto milik anda tidak tidak fokus, tekan pada subjek anda.
Kamera pada kebanyakan smartphone dikonfigurasi untuk mengatur fokus dan eksposure berdasarkan frame yang anda tekan.
5. Rule of Thirds atau dengan bahasa mudahnya aturan satu per tiga
Aturan satu per tiga adalah trick yang sederhana dan mudah yang dapat anda gunakan saat mengambil gambar.
Bayangkan bahwa frame dibahagi menjadi tiga bagian yang sama secara vertikal dan horizontal, seperti yang digambarkan.
Tempatkan subjek Anda sepanjang salah satu garis vertikal, atau di mana garis-garis horizontal dan vertikal berpotongan. Kemudian tempatkan langit atau awan sepanjang salah satu
6. Pelajari cara menggunakan mode kamera anda
Kebanyakan smartphone datang dengan aplikasi kamera pelbagai. Beberapa diantaranya digunakan untuk menghapus
objek yang bergerak dalam bingkai atau menambahkan kesan mutunya.
Dengan kata lain yang dimaksudkan untuk mengambil foto dengan subjek yang bergerak cepat, panorama atau untuk mengambil gambar di malam hari (low light).
7. Cubalah aplikasi kamera alternatif
Sistem operasi Android, iOS, dan Windows Phone menawarkan sejumlah aplikasi alternatif untuk kamera smartphone anda. Kamera FV-5 untuk Android dan KitKam untuk iOS adalah 2 contoh bagus dari aplikasi pengganti kamera yang dibuat dengan baik.
Hal ini dilakukan jika anda menemukan smartphone yang anda gunakan kurang baik dalam pengaturan kamera canggih dan manual untuk mencubanya.
8. Ambil beberapa foto
Pernakah anda pernah mengambil foto hanya untuk melihatnya kemudian dan menyedari selepas itu bahawa ada foto seseorang yang telah mata berkedip, kurang jelas, atau tidak sesuai dengan keadaan.
Oleh itu sebaiknya anda disarankan tidak mengambil satu gambar tetapi mengambil beberapa gambar untuk langkah berjaga-jaga. Seteleh itu anda bolehlah membuat keputusan untuk delete gambar yang tidak diperlukan.
9. Mengedit foto, tapi jangan berlebihan
Ketika foto diambil dengan tepat (sharp), filter foto dapat mengubah foto yang kusam menjadi lebih mempunyai nilai seni. Namun, anda harus menghindari edit foto secara berlebihan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.