اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA.. JANGAN LUPA SUBSCRIBE YOUTUBE BELOYA TV DAN LIKE, FOLLOW SERTA SEE FIRST FACEBOOK PAGE BELOYA2U.COM UNTUK NOTIFIKASI PANTAS. SEMOGA ANDA TIDAK KETINGGALAN DENGAN LIVE PERKONGSIAN ILMU SERTA INFO YANG MENARIK

PENGGEMAR SAMBAL PERLU TAHU (PIJAR)


7 TIPS MUDAH HILANGKAN PIJAR TANGAN YANG TERKENA CILI

1. LUMURKAN GARAM / GULA

Salah satu cara yang paling selalu diamalkan adalah dengan melumurkan garam pada tangan. Biarkan seketika dan selepas itu bilas macam biasa. Atau, boleh juga ambil sebekas air suam dan campurkan sedikit garam. Rendamkan tangan ke dalamnya selama lebih kurang 5 minit atau sehingga rasa pijar semakin reda.
Selain menggunakan garam, ada juga yang menggunakan gula dengan kaedah yang sama.

2. GENGGAM BERAS

Satu lagi petua hilangkan pijar yang diajarkan oleh Mak Ayah kita adalah memasukkan tangan ke bekas berisi beras. Kalau nak senang, rendamkan terus ke dalam tong beras. Memang lega. Apapun, pastikan tangan dah dibersihkan dan dikeringkan sebelum dimasukkan ke dalamnya.
Kalau nak genggam beras pun boleh juga. Selepas itu, bilas tangan seperti biasa.

3. SAPU SUSU PEKAT

Seterusnya, kalau ada susu pekat atau susu cair, boleh juga digunakan untuk hilangkan pijar tangan. Kalau ada yang sejuk lagi bagus.
Caranya, tuangkan sedikit susu ini ke dalam bekas, kemudian rendamkan tangan dan lumur-lumurkan dengan susu. Rasa pijar akan beransur hilang.

4. SAPU MINYAK MASAK

Ini juga salah satu petua yang selalu diamalkan oleh orang-orang lama, iaitu dengan menggunakan minyak masak.
Mudah saja. Ambil sedikit minyak masak, dan sapukan pada bahagian tangan yang terasa pedas tadi.

5. GUNA HAMPAS KELAPA

Kalau ada hampas kelapa, ramaskan tangan di dalamnya. Selepas beberapa minit, rasa pijar akan hilang.

6. RENDAMAN AIR ASAM JAWA

Satu lagi cara yang boleh anda cuba adalah menggunakan asam jawa. Cubalah masukkan sedikit asam jawa ke dalam bekas yang berisi air. Kemudian, rendamkan tangan. Sekejap saja rasa pijar akan hilang.

7. GOSOK TANGAN PADA KELULI

Petua yang akhir ini mungkin kedengaran lucu, tapi ia sebenarnya berkesan. Anda boleh gosokkan tangan pada sinki atau sudu. Selepas beberapa minit, lalukan air pada tangan dan ulang lagi hingga tangan rasa lebih lega.
Selain hilangkan pijar, teknik ini juga dipercayai boleh menghilangkan bau bawang atau bau masakan yang terlekat pada tangan.

SELAMAT MENCUBA!

Senang saja semua petua ini kan? Manalah tahu, bila berlaku nanti boleh dipraktikkan. Kalau terkena pada orang lain, kita boleh tolong sampaikan.
Semoga bermanfaat pada semua.
Kredit : Nurazah Hassan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.