اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA.. JANGAN LUPA SUBSCRIBE YOUTUBE BELOYA TV DAN LIKE, FOLLOW SERTA SEE FIRST FACEBOOK PAGE BELOYA2U.COM UNTUK NOTIFIKASI PANTAS. SEMOGA ANDA TIDAK KETINGGALAN DENGAN LIVE PERKONGSIAN ILMU SERTA INFO YANG MENARIK

JENIS TARIAN NGAJAT MASYARAKAT IBAN


            Tarian ngajat merupakan tarian tradisional masyarakat Iban yang telah diwarisi sejak turun temurun. Tarian ngajat biasanya akan dipersembahkan pada Hari Gawai bagi meraikan hasil tuaian padi ataupun untuk menyambut kepulangan pahlawan-pahlawan Iban yang baru balik ngayau (memenggal kepala). Terdapat beberapa jenis tarian ngajat Iban seperti:

1.      Ajat bebunuh
Ajat bebunuh hanya dipersembahkan oleh kaum lelaki sahaja. Ajat bebunuh merupakan tarian yang diadaptasikan oleh kaum Iban daripada ketangkasan berburu binatang buas serta melawan musuh semasa ngayau.

2.      Ajat Induk
Ajat induk merupakan tarian yang dipersembahkan oleh golong perempuan Iban sahaja. Menurut masyarakat Iban, Ajat Induk dipersembahkan untuk memapamerkan kelembutan dan kehalusan seni budaya kaum Iban. Setiap gerakan yang dilakukan mempunyai maksud yang tersendiri. Perempuan yang ngajat haruslah menggunakan pakai tradisional Iban iaitu ngepan.

3.      Ajat Lesong
Ajat lesung merupakan tarian tradisional masyarakat Iban yang dipersembahkan oleh golongan lelaki sahaja. Semasa tarian ini, golongan lelaki Iban akan menggigit lesong yang diperbuat daripada kayu. Hal ini kerana, tarian ini akan melambangkan kekuatan seseorang lelaki Iban berkenaan.


4.      Ajat Ngalu Temuai
Ajat ngalu temuai merupaka tarian yang dipersembahkan kaum Iban untuk menyambut tetamu bagi memberi penghormatan kepada tetamu yang datang bertandang.  Contohnya, dipersembahkan semasa upacara perasmian sesuatu majlis rasmi yang di hadiri oleh tetamu-tetamu terhormat serta orang ramai.

Dikarang oleh Roselind.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.