اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA.. JANGAN LUPA SUBSCRIBE YOUTUBE BELOYA TV DAN LIKE, FOLLOW SERTA SEE FIRST FACEBOOK PAGE BELOYA2U.COM UNTUK NOTIFIKASI PANTAS. SEMOGA ANDA TIDAK KETINGGALAN DENGAN LIVE PERKONGSIAN ILMU SERTA INFO YANG MENARIK

KAWAN JADI KEKASIH

Tak semua percintaan boleh berakhir dengan persahabatan boleh berakhir dengan percintaan. Betul tak?



Percintaan memang mengambil masa, lebih-lebih lagi dengan seorang teman.

Berikut tips memudahkan korang menukar kawan kepada kekasih.

Ambil inisiatif

Kalau anda ada perasaan suka kat kawan tu, kenapa tak mulakan sesuatu? Cuba ajak dia keluar minum, atau tengok wayang. Bersikap natural, ini bukan dating tapi satu cara korang kenal lebih rapat.

Tunjuk sifat kasih sayang

Untuk dia lihat korang lebih daripada seorang kawan, korang perlu buat sesuatu yang lebih. Cuba berikannya hadiah. Tak perlu mahal, yang penting bermakna. Tanya khabar selalu pun boleh.

Yakinkan dirinya yang anda serius.

Pada masa ini, anda dah di tahap berbual jujur dengan dia. Jadi cubalah bercakap soal hati. Yakinkan dirinya betapa mendalam dan seriusnya perasaan anda. Tapi janganlah pula bersikap memaksa.

Kongsikan impian dan harapan

Andaikan kawan anda sudah pun bersedia mengambil langkah serius bersama anda. Ini masanya untuk berkongsi hal yang lebih peribadi. Ini dapat menguatkan lagi perhubungan itu.

Jumpa keluarganya

Mungkin masa anda berkawan lagi dah biasa jumpa ahli keluarganya, tapi kali ini anda perlu berjumpa sebagai seorang kekasih. Ini waktu untuk maklumkan kepada keluarganya status teman itu sudah berubah.

Bersabar

Hanya kerana anda bersahabat baik, tak semestinya perhubungan cinta itu juga baik. Penting untuk berikannya masa walaupun dia sudah menerima anda sebagai kekasih.

Pesanan saya janganlah memaksa dia. Ingatlah jodoh itu rahsia. Usaha sahaja ya.

sumber : BT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.