اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA.. JANGAN LUPA SUBSCRIBE YOUTUBE BELOYA TV DAN LIKE, FOLLOW SERTA SEE FIRST FACEBOOK PAGE BELOYA2U.COM UNTUK NOTIFIKASI PANTAS. SEMOGA ANDA TIDAK KETINGGALAN DENGAN LIVE PERKONGSIAN ILMU SERTA INFO YANG MENARIK

HARGA MINYAK TURUN LAGI HARI INI FEB 2015 (BARANG SIK JUAK TURUN)


Berita harga terkini minyak RON95, RON97 dan Diesel mulai 1 Februari 2015.

Sebentar tadi saya sendiri membeli minyak dan saya dapati harga sudah turun. Jangkaan saya minyak turun pada harga RM1.62 untuk RON97 dan RM1.61 untuk RON95 meleset sama sekali.

Seperti sedia maklum, harga ketiga-tiga bahan bakar tersebut adalah bergantung kepada pasaran semasa dunia susulan kerajaan menarik semula subsidi terhadap RON95 dan Diesel. 

Oleh itu, harga runcit bagi RON95, RON97 dan Diesel akan ditetapkan pada setiap awal bulan berikutnya.

Bagi harga runcit terkini RON95, RON97 dan Diesel pada 1 Februari 2015, kerajaan menerusi KPDNKK telah mengumumkan harga rasmi ketiga-tiga bahan bakar tersebut menerusi media massa pada 31 Januari 2015. 

Harga baru bagi RON95 adalah RM1.70 seliter manakala RON97 RM2.00 seliter dan diesel RM1.70 seliter berkuatkuasa mulai 12.01 tengah malam 1 Februari 2015.

Seperti yang kita sedia maklum, harga barang lain bagaimanapun tidak akan turun malah mungkin akan naik. Kemungkinan kenaikan harga barang adalah kerana GST dan kadar inflasi kita tinggi pada tahun ini.

Saya sendiri berjeling mata dengan tauke kedai makan apabila menaikkan harga minuman dari RM2.00 kepada RM2.50 segelas. Oleh itu, jadilah pengguna yang bijak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.