اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA.. JANGAN LUPA SUBSCRIBE YOUTUBE BELOYA TV DAN LIKE, FOLLOW SERTA SEE FIRST FACEBOOK PAGE BELOYA2U.COM UNTUK NOTIFIKASI PANTAS. SEMOGA ANDA TIDAK KETINGGALAN DENGAN LIVE PERKONGSIAN ILMU SERTA INFO YANG MENARIK

IRAN DAN ISRAEL DI AMBANG PEPERANGAN

TEHRAN: Serangan Israel terhadap Iran sudah pasti berlaku tetapi Republik Islam itu sudah bersedia dan negara Yahudi itu akan musnah.

“Perang akan berlaku tetapi tidak pasti di mana dan bila,” kata Ketua Pengawal Revolusi, Jeneral Mohammad Ali dalam wawancara “Mereka berpendapat hanya perang saja boleh menghalang kita. Tetapi, mereka begitu bodoh hingga Amerika Syarikat terpaksa menyekat mereka.

“Jika mereka memulakan serangan, ia sudah pasti menjadi permulaan kepada kemusnahan mereka. Ia akan berakhir dengan Israel lenyap dari muka bumi ini,” katanya.

Ini kali pertama Iran mengaku kemungkinan sengketa bersenjata dengan Israel akan meletus. Republik Islam itu sebelum ini menganggap senario seumpama itu sebagai karut.

Israel, satu-satunya negara Asia Barat yang dipercayai memiliki senjata nuklear, berulang kali mengancam untuk melancarkan serangan udara terhadap loji nuklear Iran yang didakwanya bertujuan menghasilkan senjata atom.

Iran menegaskan, program nuklearnya hanya bertujuan untuk keamanan. - AFP

1 ulasan:

  1. “Perang akan berlaku tetapi tidak pasti di mana dan bila,” kata Ketua Pengawal Revolusi, Jeneral Mohammad Ali dalam wawancara “Mereka berpendapat hanya perang saja boleh menghalang kita.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.