اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA.. JANGAN LUPA SUBSCRIBE YOUTUBE BELOYA TV DAN LIKE, FOLLOW SERTA SEE FIRST FACEBOOK PAGE BELOYA2U.COM UNTUK NOTIFIKASI PANTAS. SEMOGA ANDA TIDAK KETINGGALAN DENGAN LIVE PERKONGSIAN ILMU SERTA INFO YANG MENARIK

TANAH RUNTUH MENGANCAM PENGGUNA JALAN RAYA BAU LUNDU

BAU: Pengguna jalan raya yang melalui Jalan Bau-Lundu berdepan risiko jalan runtuh kesan daripada hakisan tanah sehingga menyebabkan keretakan pada sistem pembetung dan jalan.

Lebih membimbangkan, keadaan jalan yang sempit dan tidak berlampu, boleh mengundang kemalangan kepada pengguna terutama pada waktu malam dan ketika hujan lebat.

Tinjauan Utusan Borneo semalam di sepanjang Jalan Bau-Lundu mendapati terdapat lebih daripada lapan lokasi mengalami keretakan pada sistem pembetung jalan pada jarak kurang daripada dua kilometer antara setiap lokasi.



Jika tidak ditangani segera oleh pihak berkenaan, tidak mustahil jalan yang menjadi laluan utama bagi penduduk daerah Lundu, Sematan dan Bau ini akan runtuh seperti yang berlaku di Jalan Serian-Sri Aman, baru-baru ini.

Seorang penduduk dari kampung berhampiran, Bahing Maid, 61, yang ditemui memberitahu, hakisan tanah di sepanjang jalan tersebut kerap berlaku sejak tahun lepas.

Katanya, sistem pembetung yang terlalu uzur dan struktur jalan yang tidak mencapai standard merupakan punca utama kepada hakisan tanah dan keretakan jalan.

“Jalan Bau-Lundu ini menurut apa yang saya tahu merupakan Jalan Trans Borneo yang mana kami difahamkan adalah laluan yang menghubungkan Sematan hingga ke Tawau, Sabah.

“Jalan ini adalah di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR), tetapi kemungkinan ia telah di subkontrak kepada syarikat lain yang tidak dikenal pasti.

“Meskipun terdapat kerja-kerja baik pulih dijalankan, namun hakisan dan runtuhan tetap berlaku kemungkinan berpunca daripada sebab-sebab yang telah saya jelaskan awal tadi,” katanya.


Sumber : utusansarawak
.

1 ulasan:

  1. BAU: Pengguna jalan raya yang melalui Jalan Bau-Lundu berdepan risiko jalan runtuh kesan daripada hakisan tanah sehingga menyebabkan keretakan pada sistem pembetung dan jalan.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.