اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA.. JANGAN LUPA SUBSCRIBE YOUTUBE BELOYA TV DAN LIKE, FOLLOW SERTA SEE FIRST FACEBOOK PAGE BELOYA2U.COM UNTUK NOTIFIKASI PANTAS. SEMOGA ANDA TIDAK KETINGGALAN DENGAN LIVE PERKONGSIAN ILMU SERTA INFO YANG MENARIK

TEMBAK ISTERI BERASMARA DENGAN LELAKI LAIN

Berang melihat isteri kesayangan bermesra dengan lelaki lain, seorang anggota polis yang baru selesai menjalankan tugas bertindak di luar dugaan apabila melepaskan tembakan terhadap pasangan terbabit, semalam. Anggota polis berpangkat koperal itu yang sedang menunggang motosikal dikatakan terkejut apabila melihat kelibat isterinya bersama seorang lelaki di dalam proton Waja berhampiran rumahnya di jalan Papar Lama, kira-kira pukul 7 pagi.



Isteri polis terbabit pada mulanya cuba melarikan diri dengan memecut kenderaan, namun dikejar suaminya sambil mengarahkannya memberhentikan kenderaan. Bagaimanapun, isteri itu tetap memecut keretanya dan dalam keadaan kelam-kabut itu, suaminya yang berang melepaskan beberapa das tembakkan, namun tidak mengenainya.

Tindakkan luar dugaan suaminya itu menyebabkan si isteri terus memecut kenderaan ke Balai Polis Kinarut dan membuat laporan polis. Difahamkan, kekasih wanita itu dipercayai seorang anggota Pasukan Gerakkan AM (PGA) berpangkalan di Tawau, berpangkat lans koperal dan masih bujang.
Sementara itu, ketua jabatan siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Omar Mammah, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada pasangan suami isteri terbabit. "Suami mangsa yang juga anggota PGA Kota Kinabalu ditahan selepas membuat laporan berkaitan kejadian itu. "Anggota polis itu ditahan selepas beberapa minit isterinya mebuat laporan di balai sama." Katanya.

Sumber : HM

1 ulasan:

  1. Tindakkan luar dugaan suaminya itu menyebabkan si isteri terus memecut kenderaan ke Balai Polis Kinarut dan membuat laporan polis. Difahamkan, kekasih wanita itu dipercayai seorang anggota Pasukan Gerakkan AM (PGA) berpangkalan di Tawau, berpangkat lans koperal dan masih bujang.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.