RAMAL MONOPOS DENGAN UJIAN DARAH

LONDON: Saintis Iran berkata, mereka menemui kaedah mengesan kedatangan menopaus seseorang wanita hanya menggunakan ujian darah, semalam.

Melalui penemuan terbaru itu, wanita dianggap berpeluang merancang keluarga dan kerjaya dengan lebih awal.

Pensyarah Universiti Sains Perubatan Shahid Beheshti, Ramezani Tehrani, berkata hasil ujian darah itu menyediakan ruang kepada wanita menilai status kesuburan masing-masing beberapa tahun lebih awal.

blood cells copy Guna darah ramal menopaus 

“Ujian itu mengukur tahap hormon dihasilkan sel ovari dan menjangkakan bila mereka akan melalui menopaus dalam tempoh purata empat bulan,” katanya di persidangan Persatuan Reproduksi dan Embriologi Eropah, semalam.

Mengulas penemuan itu, pakar berkata, ia memang memberangsangkan tetapi keberkesanan ujian berkenaan perlu disahihkan dalam ujian berskala lebih besar.

Pensyarah Universiti Oxford, Dagan Wells, berkata kemungkinan tahap ketepatan ujian menopaus itu amat menarik.

“Orang ramai memang ternanti-nanti sesuatu seperti ini bertahun-tahun lamanya,” katanya.  Usia purata wanita mengalami menopaus adalah 51 tahun tetapi ia boleh berlaku lebih awal menyebabkan sukar bagi seseorang mengembangkan kerjaya sebelum memilih untuk menjadi ibu. Saintis Teheran itu mengambil sampel darah daripada 266 wanita berusia di antara 20 dan 49 tahun dan bermula pada 1998.

Mereka turut terbabit dalam satu lagi ujian dinamakan Kajian Lipid dan Glukos Teheran. – Reuters
/// hmetro ////

Ulasan

  1. “Ujian itu mengukur tahap hormon dihasilkan sel ovari dan menjangkakan bila mereka akan melalui menopaus dalam tempoh purata empat bulan,” katanya di persidangan Persatuan Reproduksi dan Embriologi Eropah, semalam

    BalasPadam

Catat Ulasan



Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.